Seperti biasa, rutin di hujung minggu , saya akan mengambil dan menghantar My Iqbal di asrama untuk tuisyen di Jalan Pudu. Selesai menghantarnya pagi minggu lepas, saya buka nota-nota lama dalam simpanan mencari resepi mudah untuk bekalan dia di asrama petang ini. Akhirnya... terjumpa resepi biskut yang simple ini. Memang belum pernah dicuba lagi. Lama dah sebenarnya simpan resepi ni, cuma belum berkesempatan mengujinya.
It's so simple and easy. Masa yang saya ambil tak sampai 30 minit untuk menyediakan bahan-bahan sehinggalah biskut ke oven.
INILAH HASILNYA ; BISKUT CHOCOLATE CHIP |
BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan butter
3 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanilla
100 gms bar chocolate (saya gunakan Cadbury milk choc)
1 sudu besar fresh milk
CARA-CARANYA: (catatan nota dalam simpanan saya)
Ermmm... memang sedap biskut chocolate bar ni. Apalagi cara membuatnya mudah dan ringkas. Semasa proses membakar; baunya memang menyentap selera. Terlupa diet sekejap. Sesuai disediakan bagi para ibu yang tak punya waktu; tapi tetap ingin menyediakan hidangan air tangan sendiri untuk keluarga.
Memang berbaloi untuk dicuba; anak-anak pun suka.
No comments:
Post a Comment