Tuesday 23 April 2013

BISKUT CHOCOLATE BAR YANG SEDAP DAN RINGKAS

Seperti biasa, rutin di hujung minggu , saya akan mengambil dan menghantar My Iqbal di asrama untuk tuisyen di Jalan Pudu. Selesai menghantarnya pagi minggu lepas, saya buka nota-nota lama dalam simpanan mencari resepi mudah untuk bekalan dia di asrama petang ini.  Akhirnya... terjumpa resepi biskut yang simple ini. Memang belum pernah dicuba lagi. Lama dah sebenarnya simpan resepi ni, cuma belum berkesempatan mengujinya.

It's so simple and easy. Masa yang saya ambil tak sampai 30 minit untuk menyediakan bahan-bahan sehinggalah biskut ke oven.

INILAH HASILNYA ; BISKUT CHOCOLATE CHIP
Berikut cara membuatnya.

BAHAN-BAHANNYA:

1 cawan butter
3 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanilla
100 gms bar chocolate (saya gunakan Cadbury milk choc)
1 sudu besar fresh milk

CARA-CARANYA: (catatan nota dalam simpanan saya)









Ermmm... memang sedap biskut chocolate bar ni. Apalagi cara membuatnya mudah dan ringkas. Semasa proses membakar; baunya memang menyentap selera. Terlupa diet sekejap. Sesuai disediakan bagi para ibu yang tak punya waktu; tapi tetap ingin menyediakan hidangan air tangan sendiri untuk keluarga.

Memang berbaloi untuk dicuba; anak-anak pun suka.


Monday 22 April 2013

DAIRI IZZATKU PABILA KPJ JADI RUMAH KEDUA : PART 2

KANAK-KANAK KENCING BERDARAH...boleh jadi serius rupanya.

Day 5 :
Awal pagi selepas solat subuh, Izzat tiba-tiba bertanyakan " Umi, kalau kencing berdarah tanda sakit apa?". "Bila Izzat kencing berdarah? Banyakk ke darahnya?" tanya saya dengan nada yang cukup gusar dan terkejut. "Subuh tadi pukul 4. Banyakkk... merah sangat, pas tu sakit masa buang air kecil tu", jawabnya.
Saya menyuruhnya kencing semula dan ternyata kencingnya merah bercampur banyak darah.. Aduhhh... resah hati sungguh hati saya dibuatnya.

Mungkin mendengar aduan adiknya, sempat juga Ili google kenapa kanak-kanak kencing berdarah. Antara sebab-sebabnya adalah jangkitan kuman, kesan ubat yang kuat, batu karang, masalah buah pinggang dan boleh jadi simptom cancer juga. Hati jadi berdebar-debar dan doa tak putus, moga-moga sakitnya tak serius. Segera saya mengajak Ili menemani saya membawa Izzat ke hospital untuk berjumpa doktornya semula.

Kebetulan Dato' Dr. zul yang biasa merawat Izzat 'off' pula hari ni. So referlah pada doktor lain, Dr. Hoe. Semasa pundi kencing Izzat ditekan, dia rasa kesakitan yang amat sangat. Doktor arahkan untuk buat ultrasound dan pemeriksaan air kencing di lab.
Dalam menahan sakit, Izzat tetap ketawa menahan kegeliaan semasa ultra sound dilakukan

Inilah hasilnya :



Kadar WBC urine Izzat >350 hpf sedangkan kadar normal seorang kanak-kanak adalah sepatutnya 3.0 hpf.
Hasil ultasound mendapati lapisan dalam pundi kencing Izzat setebal 5 cm (yang berwarna puith); bermakna ada jangkitan di pundi kencing. "I'm going to insert the line to him, so we can put the antibiotic immediately", katanya. Doktor maklumkan Izzat mesti admitted immediately; at least for 5 days. Macam serius sangat bunyinya. Anyway, bukanlah masalah buah pinggang ataupun batu karang, cuma doktor perlu masa untuk tahu punca jangkitan kuman itu.
Line insert by Dr. Hoe ; Good boy Izzat ..so relax
Malam, Kathy sekeluarga bawa mak dan abah melawat Izzat di hospital. Saya jamu mereka dengan red velvet cupcakes yang sempat saya buat petang tadinya.

Day 6 :
Kebetulannya hari minggu, jadi saya punya waktu untuk menjaganya. Pagi, suhu badan Izzat meningkat, demam rupanya. Segera saya memaklumkan pada doktor dan itulah adalah simptom jangkitan kuman di pundi kencingnya. Bila kencing, dia masih mengaduh kesakitan begitu juga dengan pundi kencingnya bila ditekan. Rawatan antibiotiknya masih diteruskan untuk 2 kali sehari. Tengahari, sample air kencing Izzat diambil untuk pemeriksaan makmal lagi. Malam keputusan sample air kencing, menunjukkan peratusan penurunan kadar bacaan WBC urine dari 350hpf kepada 12hpf (KADAR NORMAL BAGI KANAK-KANAK ADALAH 3hpf). Me and doctor happy for the result, nampaknya ada perubahan positif.

Captured... while Izzat having treatment in the ward
Day 7:
Ili menemani Izzat di hospital kerana saya harus ke pejabat. Awal pagi lagi sample air kencing Izzat di ambil lagi untuk pemeriksaan. Bagaimana pun dia masih mengadu sakit bila buang air kecil. Demamnya, alhamdulillah dah kebah, cuma dia masih kelihatan agak lemah juga. Doktor maklumkan, result urine test Izzat masih tidak consistant; dia tak happy dengan keputusan air kencing Izzat sebab kalau  semalam kadar WBC urinenya dah turun kepada 12hpf , hari ini naik hasil ujian urinenya, naik pula kepada 18hpf. Eh...ehhh kuman ni masih aktif lagi. Doktor juga maklumkan, antibiotik yang diberi kurang memberi kesan pada kuman-kuman berkenaan.  

Hati bertambah resah mendengar berita itu, nak tak nak terpaksalah apply EL untuk esok dan seterusnya untuk jaga Izzat di hospital sehingga dia sembuh. Sayu sangat rasanya, saya berdoa mohon Allah segera sembuhkan dia @ alihkan saja sakitnya pada diri ini. Tak sampai hati tengok anak sakit begitu...,Well... at this time i need to give need extra care my little boy.
Malam, overnight di hospital menemani dia. Thnxs God, Ili dan Idham pun ada bersama. 

Day 8:
Awal pagi jam 5.30 bangun dan bersiap untuk hantar Idham balik ke rumah menuggu van sekolahnya. Jam 8.00 pagi saya sudah ke hospital semula. Sempatlah berjumpa doktor semasa visit pagi itu. Izzat maklumkan, masih sakit ketika pundi kencingnya ditekan.  Doktor juga maklumkan hasil test urine semalam kadar WBC urine Izzat hanya turun dari 18hpf kepada 15hpf. " I'm not happy for the result, so today i'm going to add extra dose for the antibiotic, it's means the dose need to be completed another 5 days", he said. 
Siannya kat Izzatku.... sepatutnya esok dah boleh discharge, kena tambah pula lagi 5 hari. Malam, Izzat mengadu sakit sepanjang ubat dimasukkan. Tangan tempat insert line ubat dah agak bengkak.
Mummy love
Day 9:
So, sebab tangan dah agak bengkak, ubat tak boleh dimasukkan di tempat yang sama. So awal pagi jam 8, kena insert line lagi. Kali ni di lengan kiri pula. Hasil urine test hari ini lebih positif, WBC urinenya turun kepada 5hpf. Alhamdulillah and happy, he's condition getting better.
Mak dan abah datang ziarah lagi. Ada kesempatan ; tengahari ketika di rumah
masak kek marble yang marvellous untuk bekalan abah dan mak balik ptg ini. Malam sebelum ke hospital sempat juga membuat sebuah kek ceri, kali ini untuk staff nurse di hospital yang merawat Izzat. Next.., i will post both recipes. Kek yang simple, moist dan sedap.
Cherry cake for the staff nurse
Marble cake for abah and mak        
Day 10:
Keadaan Izzat semakin sihat. Selepas pemeriksaan doktor pagi tu, kami bersarapan di kafe. Saya dan Ili ke Kota Damansara menziarahi mak dan abah, sambil singgah beli sup ayam kampung di seksyen 7. Memang favourite abah. Izzat ok jer di tinggalkan sendirian. Malamnya; kami sekeluarga tidur lagi di hospital menemani Izzat.

Day 11:
Pagi sebelum bersarapan, Izzat dibawa semula untuk menjalani ultra sound bagi memastikan keadaan  bladdernya completely ok. Alhamdulillah, he's recovered, dah tak ada virus tu lagi. Doctor said, Izzat can be discharged tomorrow. Oh God..! tak sabarnya nak tunggu sehari lagi. Dah lama sangat rasanya semua ahli keluarga tak berkumpul di rumah bersama-sama.


Day 12:
Tunggu sekali lagi dose antibiotik dan Izzat dah boleh balik ke rumah. Alhamdulillah, jam 2 petang segalanya selesai; dan SELAMAT TINGGAL KPJ SELANGOR..
ALAHAMDULILLAH, Izzat dah sihat.

Sayangg k Ili..(.peneman setia Izzat), tq ya temankan Abil di hospital...






Friday 19 April 2013

DAIRI IZZATKU PABILA KPJ JADI RUMAH KEDUA : PART 1

Sejak Izzat kena asma, dalam 2 minggu ini KPJ Selangor dah jadi rumah kedua kami. Saban hari berulang untuk melihat keadaan Izzatku, ada masanya saya dan anak-anak lain turut bermalam di hospoital menemani dia, Mujurlah dapat bilik yang selesa. Ingin saya buat catatan rententan sepanjang 2 minggu ini. Memang memenatkan tetapi segala harus dilalui, syukurlah semua ahli keluarga memberikan kerjasama dalam menghadapi kesukaran ini.

Day 1 ;
Dr. Norizah dari panel klinik kami menyarankan Izzat mendapatkan rawatan di hospital memandangkan dah 2 hari berturut-turut keadaaan asmanya tidak ada perubahan (saya terpaksa EL sebab bimbangkan kesihatannya). Saya mohon merujuk dia ke KPJ Selangor, since Izzat memang ada rekod di sana. Setelah berjumpa doktor pakar, beliau memaklumkan Izzat terpaksa di tahan di wad, sekurang-kurangnya untuk 2 hari.  Izzat ditempatkan di wad 512, tingkat 5. Dia perlukan rawatan berterusan untuk nabulizer setiap 2 jam sekali. Dah 2 hari saya EL, jadi terpaksalah kakaknya Ili menemani adikknya di hospital malam itu, sebab esok saya dah tak boleh 'off' lagi.
Suasana ruang legar di tingkat 5 KPJ Selangor. Nampak ceria dengan dekorasi barunya
Day 2 ; 
Setelah mendapatkan nabulizer setiap 2 jam sejak jam 6 petang semalam, nafasnya semakin baik. Tapi suara dah jadi serak pula sebab kena sakit tekak pula dan dia mengadu kesejukkan . Oh...ohh... rupanya kena demam panas pula. Syukur belum berapa serius. Tambahan ubat demam pula diberi. Petang, balik saja dari pejabat, sempat juga dia memsan; "Umi, nak makan ayam KFC, nanti belikan ya!,".  Malam semasa melawat Izzat dan kakaknya di hospital, keadaannya tambah baik dan selera makannya meningkat. Tentulah tangan umi yang menyuapkannya, bertambah-tambah lagi makannya.

My Izzat...
Day 3 ; 
Semasa lawatan doktor sessi pagi, beliau mengesahkan keadaan Izzat semakin baik dan boleh 'discharged' petang ini. Ili memaklumkan perkara ini melalui telefon, dan saya memohon 1/2 EL untuk urusan keluar hospitalnya. Petang jam 6 baru selesai semuanya, dan WELCOME HOME Izzat...!! 
Hati berbunga kelegaan, bila anak dah sihat semula. Alhamdulillah....
Bekalan ubat yang dibawa pulang
Day 4; 
Saya pergi ke pejabat dengan nafas yang lega (sebab anak dah sihat dan ada di rumah). Tak perlulah terkejar-kejar ke hospital seperti 2 hari yang lalu. Memang pengalaman yang amat memenatkan. Apapun, saya tak benarkan Izzat ke sekolah , sebab nampak badannya masih agak keletihan (mungkin sebab tinggal beberapa hari di hospital jangka saya). Balik saja dari pejabat, dia nampak sihat. Saya tanya juga "kenapa tak keluar main petang ni?",. "Umi kasi ker?" tanyanya. " Boleh jer," jawab saya memandangkan sejak 4 hari lalu dia tak keluar bermain. "Tapi balik cepat ya". pesanku sambil menyediakan makan malam.

Balik saja bermain, Izzat menangis. Kawan tolak sehingga dia terjatuh, dan dia menangis kesakitan sebab bahagian pinggang belakangnya terkena batu.
Malam tu, saya urutkan perlahan-lahan pinggangnya dan nampak tak adalah kesan serius seperti luka dan benjolan. Dek kerana kepenatan, saya tertidur dengan anak-anak malam itu.

BERSAMBUNG PART 2


Thursday 18 April 2013

CUPCAKES BUAT SI COMEL NANA

Lewat petang sewaktu memandu ke hospital untuk melihat Izzat, telefon berdering panggilan dari adikku. Tetiba suara kecil manja kedengaran di hujung sana, " Umi, Nana nak kek umi...!!!". Oh, Nana rupanya. Terpaksalah melayan anak kecil ini bercakap. " Ok, Nana... nanti umi buatkan untuk Nana, sekarang umi abang Izzat tengah sakit, umi sibuk sikit. Nanti umi buatkan yer," janjiku pada si comel Nana.

Nana adalah anak bongsu adik saya berumur 2 1/2 tahun. Pemalu , tapi kalau bercakap di telefon keletah yang amat sangat. 
Si comel Nana .
Teringat-ingat suara kecil Nana dengan permintaannya itu. Tak sampai hati nak menghampakanya. Walaupun agak keletihan, malam, balik sahaja dari hospital, cepat-cepat sediakan bahan-bahan; sekali lagi red velvet cupcakes. Mujur bahan kelmarin masih berbaki dalam simpanan. Kali ini khas untuk si Nana. Kebetulan ibunya menelefon akan datang menziarahi Izzat esok malam katanya. Sempatlah untuk saya menyediakan permintaan si kecil Nana ni.

Alhamdulillah, jam 11.30 pm, siaplah membakar redvelvet cupcakes ni. Esoknya, sebelum ke hospital barulah saya letakkan isingnya.

INI DIA KHAS UNTUK NANA & MAMANYA....
 Semasa di hospital, seronok tengok Nana makan dengan berselera sekali. Rupanya dia memang suka redvelvet cupcakes. Samalah macam ibunya juga.

Sengaja buat colour yang agak terang dan berwarna warni untuk menarik perhatian dan minat anak-anak kecil macam si comel Nana ni.




Ada masa nanti pasti umi akan buatkan lagi untuk Nana. Umi LOVE u Nana.




MY RED VELVET CUPCAKES


Hari minggu yang sibuk. Kena pula Izzat masih di wad. Masa ada kelapangan, take turn dengan Idham menemani Izzat di hospital; saya dan my Ili balik ke rumah. Alhamdulillah, selesai kerja-kerja di rumah, sempat juga mencuba resepi red velvet cupcakes. Dah seminggu eager sangat nak mencuba cawan comel yang baru dibeli; untuk membakar cupcakes di dalam nya.

Just bagi arahan pada Ili, "tolong googlekan umi resepi red velvet cup cakes". Tahu-tahu sedang saya sibuk di dapur, Ili dah siap print resepi yang diminta. Bila dah siap, nyata resepi ini menghasilkan cupcakes yang gebu, lembut dam moist.

























Untuk ingatan saya juga, di sini saya catatkan resepinya.

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred b
  • 250 gram mentega beku tanpa garam
  • 3 cawan tepung naik sendiri
  • 2 cawan gula kastor
  • 4 sudu makan pewarna Red Bright 
  • 1 cawan buttermilk 
  • 1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun okay)
  • 2 sudu makan serbuk cokalat van houten
Cara-cara:
  • Panaskan ketuhar pada darjah 170C
  • Ayakkan bahan tepung menjadi satu bahagian kedalam sebiji mangkuk. Ketepikan
  • Pukul mentega dan gula
  • Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
  • Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
  • Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati (lakukan dengan kadar secepat mungkin)
  • Tuang adunan ke dalam bekas cupcakes dan bakar hingga masak.
  • Untuk oven saya; masa memasak yang digunakan adalah 25 min menggunakan api bawah dan 10 minit api atas bawah



KRIM ISING:


  • 250 gram krim keju Philllidephia
  • 1/2 cawan krim putar
  • tambahkan sedikit gula ising (lebih kurang 2 sudu makan)

Caranya:

  1. Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer- sederhana)
  2. Campur sedikit butter (agak-agak lebih kurang sesudu besar) dan putar bersama bahan di atas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
Nota: Proses memasak saya; bakar selama 20 minit dengan suhu 160C api bawah; dan 10 minit api atas bawah dengan suhu 170C.


tekstur yang gebu
finished!!

ALAHAI IZZATKU, ASMANYA DATANG LAGI....

Lama rasenya tidak berkesempatan untuk membuat catatan baru di blog. Nyatanya, dua minggu yang berlalu adalah hari-hari yang memerlukan tuntutan masa, tenaga dan perhatian yang agak lebih pada keluarga dan kerja.

Jumaat malam Sabtu, sekolah Izzat mengadakan program Amal Sabab. Semua pelajar dikehendaki bermalam di sekolah. Antara lain program yang dijalankan adalah tazkirah, tayangan video dan program qiamulail di malam hari. Ini pertama kali Izzat mengikuti program berkenaan. He's so eager to join the programme. Sebagai ibu, tentunya saya juga gembira kerana anak tidak memberi alasan untuk mengikuti program baik seumpama itu. Cuma, dihati terdetik juga, janganlah Izzatku ini kena asma, maklumlah program agak thight, kena pula tidur di dewan yang berhawa dingin. Kalau di rumah pun, saya akan memastikan dia tidur dengan berbaju tebal dan berstokin.

Alhamdulillah, sepanjang malam program berlalu dengan baik. Tiada sebarang panggilan kecemasan dari pihak sekolah mmeans, Izzat OK..

Selesai sahaja program keesokkan harinya, saya dapat melihat wajah ceria Izzat walaupun agak keletihan. Balik saja ke rumah, dia terus tidur hingga ke petang. Bangun hanya untuk solat dan makan, kemudian sambung tidur lagi. Memang nampak letih benar. Kesihatannya masih nampak ok, tidak membimbangkan.

Petang Ahad, mula kedengaran Izzat batuk-batuk kecil. Alamak... ni petanda asmanya seperti biasa. Just bagi ubat yang memang sedia dalam simpanan. Malam jam 4 pagi, dia mula sukar nak bernafas. Seksanya tengok dia tidur, terpaksa tidur bersandar. Awal pagi, jam 6 dah bawa Izzat ke klinik, dan doktor sahkan asmanya datang lagi. Ambil nabulizer, dan saranan doktor untuk datang datang lagi ke klinik untuk ulangan rawatan sebelah petang dan malam..

Rawatan Isnin, masih belum menyelesaikan masalah. Hari Selasa pagi, kena bawa lagi Izzat untuk rawatan susulan... aduhai kesiannya dia. And to my suprise, asmanya masih berpanjangan;  doktor kemudian syorkan Izzat dimasukkan ke ward untuk penjagaan lebih rapi.

Lalu saya membawanya ke KPJ Selangor, berjumpa doktor pakar yang selalu merawatnya Dato' Dr. Zuklifli. Confirm kena admitted sebab doktor kata kahaknya banyak. Need consistent nabulizer for every 2 hours. Kalau itu yang lebih baik untuknya, why not.. Sabar sajelahhh...


Kesian juga pada Izzat, kerana tidak dapat ke sekolah sepanjang waktu sakit ini. Sebagai ibu, tentunya saja hati diruntun resah.Apalagi tuntut kerja di pejabat tidak membolehkan untuk saya mengambil cuti dalam waktu terdekat ini untuk selalu bersamanya di hospital. Syukur alhamdulillah, ada kakaknya My Ili yang boleh menemani Izzat di hospital.

Doa umi, semoga Izzat cepat sembuh ....

Thursday 4 April 2013

COKLAT CHIP COOKIES ALA FAMOUS AMOS

Hurmmmm... cookies ni semasa dibakar; baunya bisa saja menyentap selera, pasti nak rasa. Nak buatnya juga senang dan tidak rumit. Anak kecil pun boleh membantu. Kira-kira kalau ke dapur nak buat biskut yang jadi kegemaran ramai ni, memang elok sangat libat anak-anak. Selain belajar sesuatu yang baru, boleh juga mengeratkan kasih sayang. Saya namakannya 'family biscuits' sebab semua tangan anak-anak menyumbang sama untuk membuat "JEMPUT-JEMPUT' biskut ni.
So, selepas siap mengolah biskut Teddy bear, saya mulakan projek ini pula. Ia lahhh kan..., kalau anak nak bawa bekal balik asrama, sejenis tentu tak cukup . Apatah lagi untuk bekalan seminggu.
Cuma masih ada beberapa aspek yang perlu penambahbaikan dalam pembikinan biskut ni. Hasil pertama ni agak kurang memuaskan sebab teksturnya agak halus sedangkan famous amos yang biasa dijual agak kasar dan lebih crunchy; walaupun rasanya OK. Anyway, tak sampai 2 hari dah habis di makan oleh anak-anak. 

Maybe i should try another recepi's.  So untuk resepi ini saya tak catatkan di sini, sebab hasilnya kurang umphhhh...
Insya Allah, akan cuba resepi lain pula.


Monday 1 April 2013

MY CUTE LITTLE BEAR

Dah seminggu cuti persekolahan berlalu. Esok My Iqbal dah nak balik semula ke asrama. Mulalah fikiran mencongak-congak apa bekalan untuk si anak nanti. Bila hari persekolahan, anak-anak lain juga akan membawa bekal biskut ke sekolah untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, dapat menyemai amalan bersedekah di hati anak-anak.

Teringat acuan Bear 3 serangkai yang dibeli oleh Ili 2 bulan yang lalu. Masih belum diguna lagi. Hurmmm... sambil melayari internet, ternampak biskut Owl dari blog Masam Manis Azlita (tq Azlita atas perkongsian resepi dan cara membuatnya; izinkan ilmu tu untuk akak ya.. )
English cookies ni nampak cantik dan cute sangat. So, the 1st cookies untuk bekalan seminggu My Iqbal dan adik-adiknya di rumah. Let's try...

MY CUTE LITTLE BEAR
My teddy bear  in family
Projek membiskut dimulakan pada malam minggu dengan bantuan My Ili. Petang lagi Ili dah bancuh adunannya, kemudian simpan di peti sejuk. Malam jam 9 baru mulakan aktiviti menerap biskut-biskut tu.
   
With daddy bear JERSEY No 10 
Foto-foto di bawah adalah teddy bear yang sedang diolah dan disolek. He3.... agak mengerutu bear tu; kononnya nak lakar bulu bear..

Bears at their little house

We're family

Feel GOOD, looking GOOD...urmmmm... memang sedap. Tak sia-sia melakar biskut yang jadi kegemaran anak-anak ini.


Glitters Teddy bears
Pengolahan biskut teddy bear yang comel:
adunan ini boleh hasilkan 20 teddy bear size besar (6 cm) dan 20 teddy bear size sederhana (4 cm).

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT DOH BISKUT :

225 gm mentega(salted)
150 gm gula icing (saya kuranmgkan 75 gm shj sebab tak suka manis sangat; lagipun royal icing nanti dah memang manis)
1 biji telur (suhu bilik)
1 sudu teh esen vanillan
2 sudu teh baking powder
450 gm tepung gandum

CARANYA:

Ayakkan bersama tepung dan baking powder, ketepikan.
Satukan butter dan gula icing, dan pukul hingga berkrim.
Tambahkan telut dan esen vanila.
Dan terus pukul sehingga sebati.
Perlahankan mixer, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Putar hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Balut dengan plastik warapping, dan simpan di dalam peti sejuk selama 3-5 jam. (kalau dapat semalaman lagi bagus).

Langkah seterusnya:

Panaskan oven 160C.
Sambil oven dipanaskan, kita boleh mulakan proses mencanai doh. Keluarkan doh dari peti sejuk dan uli perlahan-lahan. Doh yang telah dikeluarkan dari peti sejuk ini agak keras, tetapi teruskan menguli perlahan-lahan dan lama kelamaan doh akan lembut. Canaikan doh setebal 1/4 cm dengan acuan pilihan dan letakkan di dalam dulang pembakar.


biskut siap disusun di dulang pembakar
TAraaa... sedia untuk dibakar. Bakar selama 20 minit dengan penggunaan api atas bawah. (sambil pusingkan kedudukan dulang pembakar setelah biskut 1/2 'cooked' supaya biskut masak rata).

Bila dah masak, susun dan sejukkan biskut lebih kurang 1/2 jam sebelum proses men'icing' dilakukan. (saya selesa melakukannya semasa biskut dalam keadaan suam-suam kuku; the icing melted easier..he3).

BAHAN UNTUK ROYAL ICING:

800 gm gula icing
1/3 cawan meringue powder (boleh beli di kedai kek)
3/4 air masak (sejukkan pada suhu bilik)
1 sudu besar jus lemon

CARA MEMBUATNYA:


Satukan gula icing dengan meringue powder, serta digaul menggunakan mixer pada kadar perlahan agar sebati.
Masukkan air serta jus lemon sedikit demi sedikit sehingga adunan agak kental dan sedikit berkilat. Dah siap proses ni, bolehlah di asing-asingkan untuk dicampur pewarna pilihan masing-masing. (INGATAN : JANGAN GUNAKAN PEWARNA YANG BERASASKAN 'OIL', GUNAKAN YANG BERASASKAN AIR SHJ).
proses lakaran pertama
Semasa proses men'icing', kena buat 'lay out' sebagai lakaran awal. Saya gunakan nozel yang saiz kecil untuk lay out, dan untuk 'refill' keseluruhan biskut saya gunakan nozel yang besar sikit. Lukisan untuk mata dan lain-lain dibuat selepas base icing sedikit mengeras.

Biarkan biskut sehingga icing benar-benar keras (tidak lekit di tangan), barulah disimpan di dalam bekas kedap udara.

My Idham and My Izzat favourite cookies
SELAMAT MENCUBA!!!!