Tuesday, 15 January 2013

HIDUP BERMADU : AMALKAN 3 S



Nora telah 5 tahun menjadi isteri kedua. Kisah bermula apabila Nora dan Hisham mula berkenalan sebagai rakan niaga. Hisham memang berniat untuk memperisterikan Nora; apatah lagi sebagai seorang lelaki yang baik budi Hisham memang mahu meneruskan pernikahan dalam keadaan harmoni. Isteri pertama memberi kebenaran setelah beberapa kali dibawa bercuti oleh Hisham dengan Nora. Hubungan Nora dan isteri pertama Hisham juga mesra.

Isteri pertama memberi keizinan, dengan syarat "abang pandai-pandailah bernikah, saya tidak mahu tahu bila dan di mana", katanya. Bila telah mendapat 'green light', Hisham dan Nora sepakat melansungkan pernikahan dalam keadaan yang amat sederhana demi menjaga hati banyak pihak.

Bermulalah episod realiti hidup bermadu. Tidak semanis rasanya madu.  Isteri pertama kemudiannya tidak menyangka Hisham benar-benar menikahi Nora. Rupa-rupanya selama ini, keizinan diberi hanya manis di mulut, untuk memaparkan diri sebagai isteri yang memahami dan selalu menyokong sang suami. Suami menyangka Tie memang isteri mithali kerana mengizinkan beliau bernikah satu lagi. Hakikatnya, Tie tidak boleh menerima suaminya ada orang lain. Pergerakan Hisham mula dikawal. Kalau ke luar daerah mesti dengannya. Demi menjaga situasi, Hisham ikutkan sahaja kehendak Tie. Tiada lagi ruang untuk bermalam dengan Nora. 
Kesal, sedih..., Nora merasakan diri tertipu. Sangkanya Hisham mampu berlaku adil sebagaimana yang dijanjikan sebelum perkahwinan. Sangkanya juga, beliau akan mempunyai madu yang berhati mulia dengan sikap ramah dan izin yang diberi sebelum berkahwin.

Bermula dari saat pernikahan juga sebenarnya, Nora tidak pernah ada giliran. Alasan suami, isteri pertama tak boleh ditinggalkan. Janjinya, akan mengaturkan dengan cara yang terbaik dan adil. Mohonnya pada Nora, berilah ruang waktu untuk dia membetulkan keadaan.

Begitulah hari-hari yang dilalui seterusnya, Nora terpaksa banyak mengalah. Memang Tie terus mendesak suami agar menafikan hak Nora sebagai isteri kedua. Setiap kali disuarakan agar Hisham bermalam di rumah Nora, keadaan akan jadi tegang. Lebih baik tidak disebut, kalau hanya menimbulkan amarah.

Bertafakur....

Nora cuba berfikiran positif. CUBA PASRAH DAN REDHA KALAU INI YANG KEHIDUPAN YANG TELAH DITENTUKAN NYA.
Jalan keluar bagi Nora bagi Nora adalah dengan mengamalkan petua 3 S : HIDUP SYUKUR, HIDUP SIBUK dan HIDUP SIHAT

Bukan hanya untuk Nora, tetapi kepada semua wanita yang menjalani cabaran hidup, jika tiada tiga aspek ini dalam hidup, pastinya anda akan terus terjerat dalam derita duniawi.
  
1 – Hidup syukur

Lupakanlah kesedihan dengan banyak mengingati anugerah Allah SWT yang dikurniakan kepada diri dan keluarga. Nikmat Allah bukan berupa harta dan kesihatan sahaja, tetapi juga nikmat dibelanya kita daripada kejahatan makhluk-Nya. Betapa Allah telah melindungi kita dan orang-orang yang kita kasihi daripada perbuatan jahat manusia, ataupun musibah yang datang tidak berbau, kehilangan harta benda dan nyawa. Allah SWT telah mencukupkan keperluan hidup kita dan menyempurnakannya dengan keperluan jiwa kita iaitu hidayah Allah.

Nora sedar, Hisham seorang lelaki yang bertangunggjawab terhadap tugasnya sebagai suami. Saban hari, selepas waktu kerja sehingga jam 10 malam, Hisham akan berada bersama Nora. Hisham juga ringan tualng membantu tugas di rumah, amat memahami lesunya setelah tugasan pejabat dan tidak lokek dengan wang ringgit. Paling utama dialah tunggak keluarga yang tidak jemu menasihati, mendidik ahli keluarga agar berperibadi mulia dan selalu dekat dengan Allah. Nora juga sentiasa mengharapkan doa suami agar diri serta jiwanya sentiasa tenang dan selamat.

Hati yang bersyukur tidak mudah diperdaya oleh syaitan kerana ia sentiasa berpijak di atas jalan Allah. Kembali kepada Allah, jika tersasar dan menganggap mudah segala ujian kerana ia adalah lumrah kehidupan. Bukankah ramai lagi manusia yang lebih tinggi ujiannya berbanding dengan diri kita? Jika dinilai nikmat Allah itu, sebenarnya ia melimpah-limpah jika dibandingkan ujian yang sedikit.

2 – Hidup sibuk

Bila kehendak tidak dipenuhi, apa lagi ketika malam bertemankan sepi, Nora seringkali berendamkan air mata. Namun, menyedari, situasi itu hanya akan memburukkan keadaan. Nora mula menyambung sillaturrahim dengan rakan-rakan lama. Pertemuan dengan sahabat-sahabat lama selalu memberi inspirasi positif pada diri Nora. Ada saja masa , mereka akan berjumpa sebagai mengeratkan sillaturahim.  Syukur Allah mempertemukan sahabat-sahabat yang mendorong ke arah jalan yang benar.


Saban hari, pulang sahaja dari pejabat, bersama suami, Nora akan meluangkan masa untuk berjoging , masak bersama atau apa sahaja akitviti yang mengeratkan hubungan dalam tempoh sesingkat waktu. Rugi rasanyer kalau bersulam rajuk dan tangis; sudahlah waktu bersama suami amat singkat. Suami juga sering mengingatkan supaya jangan diikutkan rasa nanti binasa. Kalau hujung minggu, ada sahaja aktiviti keluarga yang dirancang bersama suami dan anak-anak.

Justeru, atasilah masalah hati dengan membuat hati sentiasa sibuk, jika ia dibiarkan kosong nanti yang duduk di dalamnya adalah syaitan. Jangan hancurkan hati dengan tangan anda sendiri, rawatlah ia dengan bertafakur, isilah dengan ilmu, sibukkannya dengan amal-amal soleh. Jika terjaga dari lena di malam hari, Nora membentang sejadah mengambil waktu yang terluang untuk bersama PenciptaNya. Itulah saat paling hening yang untuk Nora mencipta ketenangnnya sendiri.

Jika hati disakiti, carilah tempat selamat dan hindari sarang-sarang penyamun yang cuba menyakiti hati anda untuk kali kedua. Sibukkan diri dengan memanafaatkan setiap detik yang berlalu agar ia membuahkan pahala. Satu saat kita berdendam akan kita tangisi di dunia dan di akhirat nanti, manakala satu saat kita bekerja serta beramal  menjadi kegembiraan dunia dan akhirat juga.

3 – Hidup sihat

Kebahagiaan itu bermula dari hati dan tubuh badan yang sihat. Jika hati sakit, pastinya boleh menjejaskan kesihatan jasmani juga. Hiduplah dengan aktiviti kecergasan, berjogging dan bersenam, menjaga badan dan kecantikan diri, melakukan kerja-kerja amal yang bermanafaat, melancong sambil bertakafur, makan makanan yang seimbang, selain itu makanan rohani juga jangan dilupakan. Berazamlah untuk mengatasi segala dugaan dengan syukur, sibuk dan sihat.

Nora mula menjinakkan diri dengan aktiviti riadah. Bentuk badan perlu dijaga agar sedap mata suami memandang, kesihatan mesti diutamakan agar tidak menyusahkan orang lain, dan hidup kena sentiasa ceria. Hujung minggu digunakan sebaik mungkin untuk 'jungle walk' di samping menghirup udara segar. Kalau ada saja masa terluang, Nora mencuba resepi-resepi terkini, dimasak dengan keikhlasan dan kasih sayang agar keluarga sentiasa merasa air tangannya.


 Mohonlah pertolongan Allah dan bergantunglah pada tali-Nya.


MASYA ALLAH.....


11 comments:

  1. Seronok baca kisah ni Ros. Seringkali isteri ke2 dilabelkan sbg mengongkong suami namun rata2 yg saya jumpa sebaliknya. Apa yg dituliskan ini adalah yg terjadi pd kebanyakan pasangan poligami. Kebetulan pula nama yg Ros tulis ni sama pula dgn Nora tapi jalan cerita hidup saya & Nora ini agak berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Nora... Sorry ter'kebetulan' pula nama dalam cerita di atas sama dengan nama Nora kann.. Tapi tak ditujukan pada Nora; cuma mmg hasil pengalaman benar seorang isteri yang menjadi isteri kedua. Banyak lagi kisah-kisah yang mungkin boleh dikongsikan, cuma belum sempat diketengahkan lagi. Sharing is caring, mana tau antaranya boleh dijadikan panduan buat semua yang terlibat kan :)

      Delete
  2. Subhanallah...sy bermohon sy de kekuatan hati seperti akak...sy akan cube terapkan dlm diri..sy juga isteri ke 2...situasi kita sedikit berbeza..tp sy suke dgn entri nie...sy harapkan Allah permudahkan segalanya utk sy...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..kuatnya Nora ni. sya tk mampu kak.skitnya buat sya stiap malam bertemankn airmata dn kesakitan. kekadang saya sendri tdk knal siapa dri sya. seprti tdk rela dgn ketentuanNya yg sya isteri ke2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis.... memang hanya yang mengalami mengerti erti kesakitan itu. Percayalah sis tidak berkeseorangan. Ramai lagi wanita yang saya temui menerima nasib yang sama. Jalan terbaik adalah; belajar BERDAMAI DENGAN TAKDIR ILLAHI. Terimalah ketentuan Illahi dengan tenang. Mohonlah pertolongan dan tagihlah kasihNya. CARI CINTA HAKIKI DARI ILLAHI. Insya Allah, Allah akan tunjukkan jalan pada setiap permasalahan. Doa saya moga sis kuat, tabah dan tenang selalu serta sentiasa dalam limpahan rahmatNya.

      Delete
  4. Saya juga pernah jadi isteri kedua, mengandung, berpantang, membesarkan anak sendiri.akhirnya saya dilepaskan.memang tak mudah.jika telah ditakdirkan bermadu, sabar kunci utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu sis for sharing. Sabar mudah dilafaz, hanya yang melalui faham erti sebuah rasa SABAR. Insyaallah selagi kita berpegang pada tali Allah, selama itu bantuan Allah pasti ada. Semoga sis temui kebahagiaan

      Delete
  5. Saya juga pernah jadi isteri kedua, mengandung, berpantang, membesarkan anak sendiri.akhirnya saya dilepaskan.memang tak mudah.jika telah ditakdirkan bermadu, sabar kunci utama.

    ReplyDelete
  6. Saya juga pernah jadi isteri kedua, mengandung, berpantang, membesarkan anak sendiri.akhirnya saya dilepaskan.memang tak mudah.jika telah ditakdirkan bermadu, sabar kunci utama.

    ReplyDelete
  7. tq sis untuk entry ni.. cuba cari kekuatan sebanyak mungkin. saya mmg tak kuat. sangat tak kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r welcome sis nadya yang dirahmati Allah. Carilah kekuatan dengan mengembalikan semua cinta dan pengharapan kepada Yang Empunya cinta ; ALLAH SWT. Pasti sis akan temui jalan keluar pd setiap persoalan. Semoga Allah permudahkan segala urusan sis.

      Delete