Wednesday 5 August 2015

KARI KEPALA IKAN DENGAN MANGGA MUDA YANG AMAT SEDAPPPP....


Resepi berasaskan kepala ikan memang kegemaran saya. terimakasih en suami yang selalu membelikan ikan yang besar-besar; he3... dan tentunya kerana dia tahu isterinya yang satu ini penggemar kepala ikan.

Catatan saya kali ini adalah kari kepala ikan dengan mangga muda yang sangatlah sedapnya...:). Memang menjadi favorite kami suami isteri.

BAHAN-BAHAN:

A. 1 ekor kepala ikan jenahak/merah (dicuci bersihkan dengan limau nipis untuk hilangkan bau hanyir)

B. Bahan tumis dihiris halus :
     3 biji bawang merah
     2 biji bawang putih

C. Bahan tumis dimesin :
     5 biji bawang merah (kecil)
     2 biji bawang putih
     1 inci halia
     3 sudu besar rempah kari (saya guna BABA's)

D. Sedikit air asam jawa
     1 biji santan kelapa

E. Sayuran/buah:
     10 Kacang bendi sederhana besar (direbus lebih dahulu)
     1 biji tomato
     1 biji mangga muda (yang agak masam)    
 

CARA-CARA:
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan bahan tumis B sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan tumis C dikacau rata sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan santan.
  • Masukkan kepala ikan. Anggaran 10 minit, masukkan pula tomato dan mangga muda.
  • Apabila kepala ikan telah hampir masak, masukkan kacang bendi.
  • Gunakan api perlahan sambil  mencedok perlahan-lahan kuah agar santan masak rata dan tidak pecah minyak. Kepala ikan tidak boleh terlalu digaul untuk mengelakkan dagingnya hancur.  
  • Apabila menggelegak, perlahankan api.
  • Anggaran masa memasak 45 minit.
Yang pasti, tak payah ke restoren mamak untuk pekena kepala ikan lagi.

Tuesday 4 August 2015

UDANG BUTTER BERNESTUM YANG MANIS BERLEMAK

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI:
Jasad fizikal memerlukan makanan yang cukup dan berkhasiat untuk membesar sihat. Kalaulah takdirnya, manusia itu kekurangan makanan, tubuh badan akan lemah dan lesu. Banyak perkara yang akan terbengkalai. Wajah kusam, tubuh badan kurus kering dan berbagai penyakit akan mudah datang menghinggap..

Itu secara fizikalnya. Secara rohaniahnya, hati kita juga memerlukan makanan yang cukup untuk tumbuh subur menjadi hati yang tenang dan bahagia. ZIKRULLAH adalah makanan utama pembekal khasiat untuk hati. Bertambah lagi vitamin untuk hati apabila diisi dengan perasaan kehambaan yang jitu terhadap Sang Pencipta, prasangka yang baik-baik terhadap sesama makhluk Allah. Hati akan tumbuh subur,  ketenangan dan bahagia abadi pasti jadi milik empunya diri.


Coretan kisah semalam....., badan terasa letih sepanjang perjalanan pulang dari pejabat. Rasa semacam tidak larat nak menyediakan juadah makan malam petang ni. Plan nak order makanan dari luar sahaja. Sampai sahaja di rumah, alahai.... lagi tambah penat melihat Idham terbaring di ruang tamu manakala Naqib di biliknya dengan pakaian sekolah lagi. Apalagi... membebel lah uminya ini. Rupa-rupanya bukan salah mereka. "Hujan lebat sangat tadi umi, habis semua basah. Pukul 4 ptg baru balik sekolah. Van k Intan tak datang ambik pula. Terpaksa balik naik teksi", terang Idham panjang lebar, bila tengok uminya geram sebab lauk basah belum keluar dari peti sejuk. Hu3... dah lambat nak memasak ini. Apapun, kesian pada anak-anak yang keletihan, uminya ke dapur sendirian.

Teringat ada udang dan ikan kembung. Yang mudah lembut bila dikeluarkan dari peti sejuk. Apalagi sinsing lengan baju, masak nasi. Dan lauk yang semudahnya sahaja, ikan kembung goreng tepung dan udang butter bernestum. Sharing here; untuk panduan ibu-ibu yang kesuntukan masa, tapi masih mampu menyediakan juadah enak untuk keluarga :)

Resepi mudah udang masak butter bernestum.

BAHAN-BAHAN:

500 grams udang sederhana besar (disiang dan dibersihkan. Toskan)
5 ulas bawang putih (dipotong dadu halus-halus)
3 biji cili padi (dipotong halus)
20 helai daun kari
2 sudu besar mentega
1 sudu besar nestum
1 cawan susu cair IDEAL

CARA-CARA:

Panaskan kuali
Masukkan mentega sehingga cair dan panas
Tumis bawang putih. Agak setengah masak, masukkan daun kari dan cili padi sehingga naik bau.
Masukkan udang, dan goreng sehingga setengah masak
Masukkan susu cair . Kacau sehingga mendidih
Masukkan nestum dan kacau rata.
Angkat dan sedia untuk hidangan.


Senang, ringkas, cepat dan yang pastinya memang YUMMY Oyshiii.... sehingga menjilat jari.