Sunday 31 March 2013

WHISPER OF THE HEART : IBM


No. 1 : Benar sebenar-benarnya. Biarlah semalam yang berlalu terus berlalu. Andai ada yang manis, jadikan kenangan indah. Kalau yang pahit, jadikan pengajaran. Hari yang berlalu adalah pengalaman yang amat berharga. Berterimakasih pada Nya atas ilmu yang diturunkan melalui pengalaman. Tiada siapa yang harus dipersalahkan; the best choice is REDHA. 

No. 2 : Ada ketika, teras amat sakit bila orang berkata yang negatif tentang kita. Ada masanya pula, kita teralpa apabila pujian datang melambung pada kita. Semuanya biasa saja memberi kesan pada jiwa dan perlakuan kita. Cuma terkadang kita terlupa; kita berhak pada diri kita sendiri. So let's us decide, and it's true don't let other's think be yours.

No. 3 : Adat sebuah kehidupan, ada masanya gembira, ada ketikanya duka, susah senang silih berganti. Tidaklah manusia itu diuji kalau bukan untuk mempertingkatkan keimanannya dan daya tahan diri. Bersikap positif, itu lebih baik kerana segala kesukaran akan jadi mudah.

No. 4 : Bersikap adillah pada diri sendiri. Benar sekali, selama kita cuba membandingkan diri kita dengan orang, tentu tiada kesudahannya. Dalam aspek tertentu, kita mungkin lebih dari orang lain, namun dalam kebanyakan keadaan kita akan rasa selalu kurang dari orang lain. Hanya yang empunya diri tahu apa yang telah dan sedang dilalui. Sesungguhnya Sang Pencipta memberikan sesuatu atas kemampuan hambaNya. Dengan sifatNya Yang Maha Pengasih, segala apa yang datang dalam kehidupan adalah tanda kasihNya agar kita selalu ingat pada Nya. Sesunggunya Allah Maha Mengetahui apa yang baik buat kita. Ameennnn...

No. 5 : Jangan terlalu berfikir pada sesuatu yang di luar jangkauan kita. He3... boleh jadi stress kita dibuatnya bila apa yang difikirkan tidak 'turn up' sebagaimana yang diharapkan. Kesimpulannya, LEAVE IT to GOD. Berharap, bertenang, usaha dan doa.. pasti ada hasilnya. Apapun DIA MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat hambaNya.

No.6 : Saya lebih percaya, BAHAGIA itu letaknya di hati. Kalau hati kita bahagia, akan terserlah di wajah dan perlakuan kita seharian. Jiwa yang kacau, akan menyumbang kepada sikap yang negatif dan kemurungan yang berpanjangan. Kalau kita perhatikan, ada orang susah, tapi bahagia hidupnya. Ada orang kaya, tapi sering merungut hidup tak tenang. Dalam apa jua keadaan, dengan siapa pun kita... ciptalah bahagia di hati sendiri, kerna ia hak milik kita.

No. 7 : SENYUMLAH... SENYUMLAH... masalah datang dan pergi. YAkinlah pasti ada sinar menanti di hadapan..

BELIEVE IN GOD, TRUST URSELF, AND BE HAPPY...



Tuesday 26 March 2013

ATASI PERASAAN NEGATIF ANAK

John Gray Ph. D. di dalam bukunya 'Children Are From Heaven' berpesan tentang lima perkara mengasuh dan mendidik anak secara positif.
  • Boleh saja berbeza
  • Boleh saja membuat kesalahan
  • Boleh saja menginginkan lebih banyak
  • Boleh saja berkata tidak, tetapi Ayah dan Ibu adalah BOS dalam keluarga
Menyentuh perkara ketiga, emosi negatif anak-anak yang sering menguji ibu bapa adalah seperti marah, sedih, takut, muran, mengamuk, malu, cemburu dan ragu-ragu. Perasaan seperti ini sering ditunjukkan oleh anak-anak kecil yang sedang berkembang. Perkembangan emosi pasti perlu dititik beratkan oleh ibubapa. Mendidik anak agar dapat mengatasi emodi seperti di atas pastilah penting agar mereka dapat berkembang dengan optima sehingga dewasa.

Maka, peranan orang tua adalah mencipta kesempatan-kesempatan yang sesuai bagi anak-anak untuk merasakan dan mengutarakan perasaan negatif mereka. Namun begitu, perasaan-perasaan negatif ini sering diutarakan pada waktu yang tidak tepat oleh anak-anak. Hal ini sudah tentu perlu diterima dengan lapang dada. Jangan cepat melatah dan terburu-buru dengan menunjukkan tindakan negatif juga. Seorang ibu biasa tersilap melepaskan perasaan negatif itu, apatah lagi seorang anak yang sedang berkembang.

Seperti kebanyakan ibu bapa sedia maklum, anak-anak cepat menyerap tindakan yang diperlihatkan ibunya. Sekiranya ibu bapa mula menyuarakan perasaan risau, takut, malu, marah dan sedihnya kepada anak, maka anak-anak akan mempelajari sesuatu daripada situasi itu. Apakah yang mereka pelajari?

Anak-anak perlu didorong dan diajar mengatasi sesuatu kondisi. Dengan mengekspresi emosi ibu bapa, hal ini tidak akan memberi pelajaran yang baik untuk anak. Dengan bertindak secara optimis dan berfikir positif, ibu bapa mampu mengawal perasannya dan tidak mengekspresinya sehingga anak-anak terasa beban dengan situasi itu kemudian mereka lebih cenderung untuk menunjukkan emosi negatid tersebut. Mereka tidak dapat belajar cara mengatasi suatu kondisi dengan akal yang matang, tetapi mengatasi dengan emosi yang negatif. Kerana itulah yang dicontohi ibu bapanya. 

Sebagai contoh. seorang anak memanjat pokok, kemudian sang ibu mula menghalangnya dengan berkata ; "jangan panjat pokok itu, ibu takut kamu akan jatuh nanti." Terdapat cara yang lebih baik dalam menghadapi situasi ini. Sebagai contoh, ibu yang permisif, tidak akan menghalang, sebaliknya akan bertanyakan apa tujuan anak memanjat pokok itu dan mengingatkan risiko sekiranya jatuh kalau tidak berhati-hati.

Maka dengan ini, anak kita pasti berkembang dengan positif. Bukan kita yang menghambat perkembangannya, malah kita yang mengembangkan perasaan ingin tahu, cinta, kepimpinan dan sebagainya dalam diri seorang anak.

Tuesday 19 March 2013

'CHEESE CAKE' AIR TANGAN ILI


Alhamdulillah, sepanjang menunggu keputusan SPM keluar, ada saja projek di dapur anak dara ini. Cheese cake yang senang dibuat, tak perlu di masak hanya simpan di peti sejuk saja. Memang sedap, walaupun rupanya tidak secantik kek komersial, tapi rasa tetap sama macam kek Secret Recipe's. Nampaknya My Ili dah berjaya membuktikan , cheese cake nya memang menjadi. PRACTICE MAKE PERFECT. 

PLAIN CHEESE CAKE

BLUEBERRY CHEESE CAKE: HER FIRST TRIED..

OREO CHILLED CHEESE CAKE
Jom kita lihat cara membuatnya:


OREO CHILLED CHEESECAKE

Bahan-bahan:

BASE :
200 gm biskut Oreo - dibuang krim dan dikisar (saya beli yang telah siap dikisar di BAGUS)
70 gm mentega dicairkan

CARA MEMBUATNYA:
Sediakan tin bulat 7" jenis loose yang boleh dibuka bawahnya. Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut Oreo dan digaul rata. Tekan pada dasar acuan sehingga padat. Sejukkan sebentar dalam peti ais selama 30 minit.

Sementara base kek sejuk, bolehlah kita sediakan dan buat cheese cakenya pula.

BAHAN-BAHAN:
250 gm cream cheese 
250 gm non-diary whipping cream
80 gm gula castor
60 ml air (suhu bilik)
15 gm gelatin (pastikan yang halal yer!)
3 keping bikut oreo (diramas kasar-kasar)

CARANYA:
Panaskan gelatin dan air sehinga cair dan bergaul sebati. Setelah sejuk, taungkan gelatin ke dalam adunan keju dan pukul sebati.
Masukkan krim putar yang telah dipukul tadi dan pukul sebentar saja.
Biskut Oreo yang telah diramas kasar dimasukkan ke dalam adunan dan digaul rata.
Tuangkan ke atas base biskut Oreo yang kita simpan di peti sejuk (telah mengeras).
Untuk hiasa, bolehlah letak beberapa keping biskut Oreo ke dalam loyang; di selang selikan dengan adunan keju.
Simpan dalam peti sejuk sekuarang-kurangya selama 5 jam sehingga keras (sebaik-baiknya semalaman).

SENANGKAN... , TAK PAYAH DIMASAK. CUBALAH, MEMANG SEDAP. Huhhh.huuu bila dah makan; lupa dietku..

Congrate My Ili. Umi proud of you...

Monday 18 March 2013

THE MAKING OF CHEESE TART

Hujung minggu yang sibukkk.. biasalah masa untuk menguruskan rumah dan anak-anak sepenuh masa. Seawal jam 8 pagi dah keluar, mengajar Ili praktis memandu. Sedang sibuk menjdi gurunya, telefon berbunyi dari staff yang sedang OT di off. "Puan,...bla...bal..bla...". Ada masalah timbul, isu kecil saja ; tentang pemandu pejabat. Kekadang hal kecil jadi besar bila kurang kerjasama @ ada yang cuba ikut kepala sendiri sahaja. Sambil mengajar Ili, sambil menyelesaikan masalah melalui telefon. Ok , settle the problem within 15 minit... oh Wakkk.. Wakkk (nama diberi).

Selesai pratikal memandu, jam dah pukul 9, masa untuk bersarapan. Tak sempat nak masak, breakfast di kedai. Lepas breakfast masa untuk cuci mata dan shopping di Bagus. Cari acuan untuk cheese tart crust (bought 40's small size and 12's medium saiz). Minggu ni ; projek memasak dengan main ingredients CHEES..

Cheese... cheese... cheese..
Uminyer merancang untuk mencuba resepi cheese tart; si dara pula teringin nak makan lagsane......"kita buat lagsane saje umi untuk lunch hari" ujar si Ili. Ok lah Ili; alamat hilang diet umi awak ni....

As Ili busy with her lasagne, i'm preparing the ingredients for cheese tart pula. Selama ini kalau Hari Raya menjelang, mesti tak miss order cheese tart, sedap sebab rasanya yang manis berlemak. Nampak macam rumit yang membuatnya , tapi hujung minggu ni mesti nak usahakan juga. Bila dah buat, tidak lah sesukar mana pun. Jom kita lihat cara membuatnya...

   BAHAN UNTUK DOH CRUST:

  • 170 gram buttercup
  • 50 gram gula icing
  • 1 biji telur saiz B (suhu bilik)
  • 1 camca perisa vanilla
  • 290 gram tepung gandum
    CARA MEMBUATNYA:
  1. Campurkan butter dengan icing, dan dikacau perlahan-lahan dengan senduk kayu. Apabila telah nampak tekturnya sebati (licin dan berkilat), 
  2. Masukkan telur dan icing dan kacau lagi sehingga sebati dalam 3 hingga 5 minit.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil di kaup dengan senduk. Bila adunan dah agak kental, boleh diuli dengan tangan saja.
  4. Untuk mendapatkan .... yang sedap dan rangup, balut doh dengan plastik dan simpan di dalam peti ais selama 3 jam (sebaik-baiknya 1 malam)


Adunan yang telah dicampur butter, icing, telur dan perisa vanilla. Gambar masih proses awal lagi, perlu dikacau perlahan-lahan supaya teksturnya sekata dan licin. Kemudian barulah dicampurkan dengan tepung, sedikit demi sedikit.

Adunan yang telah disalut plastik, simpan di dalam peti ais
2 hingga 3 jam untuk mendapatkan crush yang sedap

Setelah adunan dikeluarkan, tibalah masa untuk menempa dengan acuan. Pastikan bahagian tengah dicucuk dengan garpu supaya mudah untuk di pisahkan dari acuan bila telah masak nanti. Masak selama 17 minit dengan suhu 150C.


    BAHAN UNTUK FILLING:
  • 190 gram cream cheese ( saya pilih brand Philidelphia). Keluarkan dari peti sejuk 20 - 30 min sebelum digunakan; pastikan sedikit sejuk (tak mahu suhu bilik)
  • 50 gram gula castor
  • 1 biji telur (saiz B)
  • 1 camca perisa vanilla
    CARA-CARA:
  • Pukul cream cheese dengan gula sehingga gebu
  • Masukkan telur dan vanilla
  • Pukul lagi 2 - 3 min
    CARA-CARA FILLING:

    Sebelum letak filling cheese, saya letakkan bluberry jem untuk lebih sedap. Kemudian baru letakkan 
    cream cheese tadi di atasnya. Bakar dengan suhu 150C selama 7 minit. (nak tahu filling dah masak @ 
    belum, sentuh dengan jari;ianya masak kalau tidak melekat )

Blueberry filling
Cream cheese filling
     
HASILNYA:

Alhamdulillah, inilah hasil percubaan pertama ; lakaran kurang mahir dari amatur. Tapi rasanya memang lazat. Sekejap saja dah licin.



Esoknya atas permintaan anak-anak, buat lagi. Selepas mengambil Naqib di asrama, hantar ke tuition di Jalan Pudu, balik singgah pula di pasar tani (cari barang dapur pula), sempat juga mengajar Ili memandu sekejap, terus balik. Rumah pula nak dikemas, tapi syukurlah kerjasama anak-anak memudahkan urusan, masing-masing ambil tanggungjawab bersama.

Selesai, masak untuk lunch, sementara menunggu untuk ambil Naqib dari tuition penuhi permintaan anak-anak yang nakkan cheese tart lagi. Kali ini design buah blueberry pula:




Siap blueberry cheese tart, packing untuk Naqib bawa balik ke asrama, hantar sikit untuk jiran sebelah; Alhamdulillah dapat dikongsikan rezeki bersama.
Lewat petang hantar pula Naqib ke asrama...

Maha Besar Mu ya Allah, dalam kesibukan terkejar ke sana sini, Engkau masih memberi kekuatan buat hambaMu ini.melunaskan tanggungjawabku pada anak dan keluarga.
Semoga Kau menjadikan anak-anakku, anak-anak yang soleh dan memlimpahkan kebahagian buat kami sekeluarga. Aminnnn....


Sunday 17 March 2013

BENARKAH ISTERI MALAS MEMBELAI PENYEBAB SUAMI CURANG???


Lelaki selalunya akan memberikan alasan isteri tidak lagi memberikan perhatian atau isteri tidak lagi mengancam atau isteri itu ini begitu begini, untuk menghalalkan tindakan mengapa mereka curang. Sebahagian besarnya, kaum Adam memang pandai menutur kata , mengolah cerita. Biar seribu alasan yang boleh mereka beri, kenapa tidak dilihat dari satu sudut memperbaiki diri sendiri juga. 

Yang pasti kaum Adam adalah pemimpin pada isteri dan keluarga. Lemah kepimpinannya, maka pincanglah rumahtangga itu. Si isteri pula adalah penghibur sang suami, kalau sudah lupa tugas utama tentulah suami tidak betah di rumah kerana tiada keseronokan lagi. Kebetulan terbaca artikel di bawah, saya kira menarik untuk dikongsikan bersama. Marilah sama-sama kita renungkan, semoga kita kembali pada landasan sebenar mengapa kita memilih untuk hidup bersama. 

Isteri diciptakan untuk mententeramkan hati suami. Seberapa berat pun tugas dan peranannya dalam rumahtangga, isteri yang baik akan bersedia menyediakan hatinya untuk suami merasakan keselesaan. Mengapa hati? Tentulah kerana hati adalah punca kesempurnaan keperibadian kita di sisi suami.
Bayangkanlah jika hati anda sakit, mesti porak peranda isi rumah, anak-anak disakiti perasaannya, suami pula umpama penjenayah yang dimusuhi. Tiada sedikit pun kebaikan suami yang diingat, semua terkubur hanya kerana anda tidak puas hati dengan kesalahan remeh yang dilakukannya.
Jika hati isteri sakit, dia hanya mahu suami memujuk dan membelai, mengalah dan kalau boleh mencium kaki meminta maaf. Tetapi, dia tidak sedar bahawa suami pun memiliki hati yang akan terluka jika terus menerus ditekan dan dipersalahkan atas semua konflik yang berlaku.
Suami juga manusia yang perlukan belaian, kasih sayang dan teman untuk berkongsi rasa. Dia bukanlah sebuah robot yang hanya tahu menjalankan tanggungjawap, menyelesaikan tugasan dan menyediakan diri untuk semata-mata berkhidmat. Suami dan isteri hakikatnya sama-sama memiliki perasaan dan akal fikiran.
Satu kelemahan yang amat ketara dalam diri suami dan isteri adalah kurangnya kemahiran membelai pasangan. Bukan hanya isteri yang mempunyai masalah sebegini, suami pula kadang-kadang memandang remeh masalah ‘sentuhan’ ke jiwa isteri.

Beban kerja di pejabat yang sudah terlalu berat, ditambah pula usaha mencari pendapatan sampingan di luar waktu pejabat yang memenatkan fikiran dan tubuh badan, di rumah suami mesti bertarung pula untuk mempastikan perasaan isteri tidak tercedera. Masa amat mencemburui mereka berdua, kadang-kadang sentuhan dan belaian yang diberi seolah-olah sekadar basa-basi sahaja. Lebih teruk lagi, mereka telah kepenatan dengan komitmen lain sehingga sama-sama rela tidak dibelai dan membelai.
Apabila mereka lebih banyak menghabiskan waktu dengan teman sekerja dalam menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain, maka tiada maknanya perkahwinan itu berdiri. Masing-masing tidak mampu menjalankan fungsi dan tanggungjawapnya kepada pasangan.
Akibatnya terjadi banyak perceraian dalam kehidupan metropolitan yang mencabar iman kerana suami dan isteri tidak memiliki masa yang cukup untuk bersama. Sebenarnya benang yang kusut itu dapat dileraikan jika mereka mahu berusaha dan bekerja keras mendapatkan kembali belaian dari pasangan masing-masing. Jadi bagaimana teknik membelai pasangan untuk mereka yang sibuk?
Berjanjilah untuk menjayakan pertemuan dengan gembira

Sudahlah jarang bersama, masing-masing kepenatan jadi apabila bertemu, ambil peluang pula untuk bercakaran. Simpan dulu rasa tidak puas hati terhadap pasangan, tinggalkan dulu pakaian dari dunia luar sana yang penuh tekanan dan kesedihan, gantilah dengan baju baru, suasana baru dan pembawaan imej diri yang segar, ceria dan gembira.

Bukan anda seorang saja yang mesti melakukannya, tapi buatlah ‘aku janji’ dengan pasangan anda jika bertemu, kedua-duanya mesti melupakan kesedihan dan stress dari luar rumah. Pertemuan yang indah tidak akan berjaya jika suami melampiaskan kemarahannya kepada isteri akibat tekanan dari luar, begitu pula isteri yang suka merungut di depan suami semua serba tak cukup, susah dan mengadu perkara-perkara yang tak sedap didengar telinga suami.

Cubalah berjanji dengan pasangan, setiap kali bertemu, anda berdua mesti melupakan kesedihan dan tekanan sebaliknya meraikan pasangan dengan gembira.
Singkirkan gangguan yang menjejaskan misi romantik

Suami perlu bersedia apabila berjumpa isteri, begitu juga dengan isteri, sekurang-kurangnya menyikat rambut dan memakai pakaian yang wangi dan cantik. Mereka mesti pandai membangkitkan syahwat pasangannya dengan pelbagai gaya romantik, tidak semestinya berakhir dengan hubungan seks, sekurang-kurangnya sentuhan dan belaian ikhlas itu boleh menenteramkan hati.
Singkirkan rasa malu, takut bertepuk sebelah tangan dan keraguan untuk membelai pasangan. Kalau anda tidak mulakan, Mungkin tiada peluang lagi untuk memperbaiki hubungan. Kalau suami mengeluh kepenatan, anda boleh melakukan urutan untuk melegakannya. Suami mesti adil jika isteri mennyentuh, sekurang-kurangnya berikanlah respons positif.
Jangan habiskan malam di bawah kawalan internet dan membiarkan isteri putus asa di dalam bilik tidurnya. Agihkan masa dengan bertanggungjawap, jika mahu melakukan sesuatu, ajaklah isteri bersama-sama.
Libatkan isteri walaupun anda terlalu sibuk, sekurang-kurangnya minta dia duduk menemani anda sambil bersentuhan kulit. Isteri pula jangan leka dengan anak-anak sehingga melalaikan suami. Setiap malam tidur bersama anak dan suami pula tidak berpeluang merasai hangatnya degupan jantung isteri.
Masa bersama pasangan menjanjikan syurga

Sekali lagi anda mesti mengejar masa. Masa bersama suami adalah ibadah yang akan mendatangkan ganjaran besar. Dari mula memandangnya, bercakap manis dan menyentuhnya, mempamerkan senyuman ikhlas, ketawa bahagia dan lupakan sengketa adalah pahala. 

Menyediakan segala keperluan, mengenyangkan perut dan menghapuskan dahaga akan mengalirkan pahala ke dalam catatan amal seorang isteri. Suami pula membalas kebaikan isteri dengan layanan yang lebih baik lagi seolah-olah sedang membina mahligai cinta mereka di syurga.

Pasangan anda adalah sumber pahala dan kebaikan, Namun mereka boleh berubah menjadi mimpi ngeri dan neraka hidup jika anda tidak melayan pasangan dengan niat ibadah kerana Allah.
Belaian iman jangan dilupakan

Kadang-kadang semua telah pun dilakukan untuk membuat pasangan bahagia, dengan pengorbanan mental, fizikal dan wang ringgit yang tidak terkira. Namun tidak jua datang harapan indah hidup bersamanya . Mengapa? Kerana anda dan suami melupakan belaian jiwa.

Kembalilah kepada agama, tuntunlah pasangan anda mendekatkan diri kepada Allah. Hubungan yang rapat dengan Tuhan akan membersihkan hati, menguatkan keyakinan dan mendatangkan cinta yang tulus. Iman pasti mampu menjaga setiap pasangan dari penyelewengan nafsu yang memburu.


Every Man's wish...
I’m not a Prince

but My Life-Partner should be a Princess


Real Man's wish...
My Life-Partner may not be a Princess

but I Promise I’ll treat her like a Princess... !