Wednesday 25 June 2014

RAHSIA SIHAT DAN CERGAS


Assalamualaikummmm.. salam sejahtera. Semoga pembaca mendapat rahmat dari Nya di setiap detik waktu yang ditempohi... aminnn

Hari ini, saya ingin berkongsikan amalan saya sejak 20 tahun yang lepas; untuk kecergasan dan kesegaran badan yang berterusan. Teringat lagi, ketika mula nak memasuki alam perkahwinan, nenek ada mengajar membuat ramuan jamu sendiri. Katanya " bila dah jadi isteri, badan kenalah cergas dan nampak cantik selalu. Nanti kalau asyik letih dan pucat jer muka, suami nak pandang pun tak selera". Masa tu, saya tak lah berapa faham kenapa lah arwah nenek cakap begitu, sebab ialahhh kann... usia pun muda lagi, badan pun sihat tak lah rasa apa-apa kekurangan. Apa pun, saya turuti pesan nenek dan makan jer lah jamu yang nenek sediakan. Alhamdulillah, walaupun baru mendirikan rumahtangga, ramai yang menegur, wajah saya nampak ceria dan kemerahan ; serta tak letih walaupun kurang tidur (dalam hati rasa, eihh... betul juga cakap nenek ni :).

Sejak itu, saya sentiasa mengamalkan jamu buatan sendiri. Sehingga kini, apabila usia telah mencecah 47 tahun, alhamdulillah saya sihat dan sentiasa cergas dengan segala macam kesibukan menguruskan keluarga di samping berkerjaya. Pada hari minggu pula, selain menguruskan ruamhtangga (tak ada maid sejak 3 tahun ini); masih juga saya berkesempatan untuk berjoging dan menguruskan hal anak di asrama serta urusan perniagaan anak-anak. Really 'busy mum'. Hari ini saya akur dengan kebenaran pesanan dan nasihat nenek lebih 20 tahun yang lalu. Tidak sia-sia rupanya jamu yang saya amalkan. 

Kini arwah nenek pun dah meninggal (Al fatihah utk beliau). So saya membuat sendiri jamu ini hasil tunjuk ajar dari arwah nenek. Ramuan utama terdiri dari kunyit dan madu tualang asli serta beberapa lagi campuran herba rahsia arwah nenek.

Inilah jamu saya; yang saya namakan MY GOLDEN SECRET.


KHASIATNYA :
  1. Melancarkan perjalanan darah
  2. Memudahkan sistem penghadaman
  3. Meningkatkan kadar metabolisme; badan cepat berpeluh
  4. Mencergaskan badan sepanjang hari
  5. Muka kelihatan kemerahan dan berseri
Saya juga jual jamu ini : sebekas ada 60 biji, untuk sebulan. Sesiapa berminat boleh whatsapp/hubungi saya di talian 019-2125811 . 
JOM SAMA-SAMA SIHAT DAN CERGAS


Wednesday 18 June 2014

KHASIAT KUNYIT

Salam sejahtera untuk semua pembaca/pengunjung blog ini. Lamanya saya tidak membuat catatan di sini. Kesibukan harian yang melanda menyebabkan empunya blog kekedangnya hanya berkesempatan menjenguk sekejap-kejap sahaja di laman catatan sendiri. Ish... ish..., bukan alasan yang bagus sebenarnya. Insya Allah akan terus consistant dalam blog ini.

Apalah kisahnya, sampai tahap sibuk tsunami kebelakangan ini...he3..? Apa pun bersyukur dengan anugerah Allah di atas keajaiban sumber alam semulajadi ; lalu saya sibuk meng'implementasi'kan ramuan sendiri menggunakan herba-herba asli yang sememangnya menjadi amalan saya untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat rapat yang sangat mengambil berat dalam aspek kesihatan dan kecantikan :)

Kali ini saya nak membuat catatan mengenai KUNYIT . Kebanyakan jamu buatan saya sendiri menggunakan kunyit yang juga dikenali sebagai herba emas sebagai bahan utama. Kenapa saya suka kunyit; and it's works on me n frens yang dah mencuba resepi jamu buatan saya.


Untuk pengenalan wajah, ini adalah pokok kunyit. Mudah ditanam di pasu atau di halaman-halaman rumah. Daripada ubi kunyit sehinggalah ke daunnya, kesemuanya boleh dimanfaatkan.

KHASIAT KUNYIT:

  • Bersifat antioksidan yang membantu meningkatkan kesihatan diri secara keseluruhan. Kurkumin yang terkandung dalam kunyit mempunyai sifat antioksidan, antimikroba, anti inflamasi dan anti glikemik. Kesemua ini akan dapat menguatkan sistem imunisasi badan agar kita sentiasa sihat dan mencegah daripada beberapa penyakit
  • Kunyit berperanan sebagai antiseptik semulajadi yang membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat.
  • Kunyit juga sebagai ejen awet muda/melambatkan proses penuaan; kerana ia menyumbang kepada pertumbuhan sel dan meremajakan sel.
  • Kunyit bersifat anti kanser; pengambilan awal yang berterusan boleh menggelakaan terkena kanser.
  • Kunyit bertindak mendetoksifikasi racun berbahaya dan bahan kimia dari tubuh badan.
  • Kunyit dapat meningkatkan metabolisme dalam badan dan sangat sesuai untuk individu yang mahu menurunkan berat badan.
  • Kunyit dapat menyembuhkan pigmentasi yang disebakan oleh pancaran matahari.
  • Dapat membersihkan kulit wajah, membuat kulit tampak bersinar dan cerah.
  • Kunyit juga berfungsi sebagai antiseptik untuk penyakit-penyakit gangguan kulit seperti enzime, ruam merah dan selulit


Kunyit hidup yang segar dan baru dituai



Antara perawatan penyakit yang boleh digunakan dengan kunyit adalah :

  • Batuk : rebuskan kunyit dengan halia dan sedikit gula merah. minum sehari sekali selepas makan sehingga batuk sembuh

  • Menghilangkan bisa-bisa dalam badan : tumbuk kunyit, campurkan sedikit air dan di tapis. Tambahkan sedikit madu ketika meminumnya
  • Mengatasi selesema : Sapukan kunyit hidup di bahagian hidung dan dada. Nampak macam comot sikit lah, tapi penyembuh alami yang terbaik dan tak perlu keluar RM
  • Masalah keradangan : rebus dan minum air kunyit.
  • Masalah pencernaan usus
  • Mencuci darah kotor (haid/selepas bersalin) dan mempercepatkan pengecutan rahim
  • Membantu mengatasi masalah kemurungan dan alzhemier
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Sakit gastrik : ibu kunyit hidup, sehelai daun betik yang telah tua dan ibu garam kasar sebesar jari. tumbuk halus dan campurkan dengan 1/2 cawan air. Tapis dan minum air berkenaan
  • Menggelakkan penyakit leukemia