Sejak Izzat kena asma, dalam 2 minggu ini KPJ Selangor dah jadi rumah kedua kami. Saban hari berulang untuk melihat keadaan Izzatku, ada masanya saya dan anak-anak lain turut bermalam di hospoital menemani dia, Mujurlah dapat bilik yang selesa. Ingin saya buat catatan rententan sepanjang 2 minggu ini. Memang memenatkan tetapi segala harus dilalui, syukurlah semua ahli keluarga memberikan kerjasama dalam menghadapi kesukaran ini.
Day 1 ;
Dr. Norizah dari panel klinik kami menyarankan Izzat mendapatkan rawatan di hospital memandangkan dah 2 hari berturut-turut keadaaan asmanya tidak ada perubahan (saya terpaksa EL sebab bimbangkan kesihatannya). Saya mohon merujuk dia ke KPJ Selangor, since Izzat memang ada rekod di sana. Setelah berjumpa doktor pakar, beliau memaklumkan Izzat terpaksa di tahan di wad, sekurang-kurangnya untuk 2 hari. Izzat ditempatkan di wad 512, tingkat 5. Dia perlukan rawatan berterusan untuk nabulizer setiap 2 jam sekali. Dah 2 hari saya EL, jadi terpaksalah kakaknya Ili menemani adikknya di hospital malam itu, sebab esok saya dah tak boleh 'off' lagi.

Suasana ruang legar di tingkat 5 KPJ Selangor. Nampak ceria dengan dekorasi barunya |
Day 2 ;
Setelah mendapatkan nabulizer setiap 2 jam sejak jam 6 petang semalam, nafasnya semakin baik. Tapi suara dah jadi serak pula sebab kena sakit tekak pula dan dia mengadu kesejukkan . Oh...ohh... rupanya kena demam panas pula. Syukur belum berapa serius. Tambahan ubat demam pula diberi. Petang, balik saja dari pejabat, sempat juga dia memsan; "Umi, nak makan ayam KFC, nanti belikan ya!,". Malam semasa melawat Izzat dan kakaknya di hospital, keadaannya tambah baik dan selera makannya meningkat. Tentulah tangan umi yang menyuapkannya, bertambah-tambah lagi makannya.

My Izzat... |
Day 3 ;
Semasa lawatan doktor sessi pagi, beliau mengesahkan keadaan Izzat semakin baik dan boleh 'discharged' petang ini. Ili memaklumkan perkara ini melalui telefon, dan saya memohon 1/2 EL untuk urusan keluar hospitalnya. Petang jam 6 baru selesai semuanya, dan WELCOME HOME Izzat...!!

Hati berbunga kelegaan, bila anak dah sihat semula. Alhamdulillah....
Day 4;
Bekalan ubat yang dibawa pulang |
Saya pergi ke pejabat dengan nafas yang lega (sebab anak dah sihat dan ada di rumah). Tak perlulah terkejar-kejar ke hospital seperti 2 hari yang lalu. Memang pengalaman yang amat memenatkan. Apapun, saya tak benarkan Izzat ke sekolah , sebab nampak badannya masih agak keletihan (mungkin sebab tinggal beberapa hari di hospital jangka saya). Balik saja dari pejabat, dia nampak sihat. Saya tanya juga "kenapa tak keluar main petang ni?",. "Umi kasi ker?" tanyanya. " Boleh jer," jawab saya memandangkan sejak 4 hari lalu dia tak keluar bermain. "Tapi balik cepat ya". pesanku sambil menyediakan makan malam.
Balik saja bermain, Izzat menangis. Kawan tolak sehingga dia terjatuh, dan dia menangis kesakitan sebab bahagian pinggang belakangnya terkena batu.
Malam tu, saya urutkan perlahan-lahan pinggangnya dan nampak tak adalah kesan serius seperti luka dan benjolan. Dek kerana kepenatan, saya tertidur dengan anak-anak malam itu.
BERSAMBUNG PART 2
No comments:
Post a Comment