Wednesday 27 February 2013

INGATAN BUAT DIRIKU...


12 perkara ini akan sentiasa kuingati selalu....

1. Mendoakan anak-anak untuk berjaya dunia & akhirat.

2. Mendoakan anak-anak agar ditetapkan iman & sentiasa dalam rahmat Allah.

3. Menegur anak bila nyata salah dari sudut agama. Tegas dan jelas dalam teguran. Mana yang tidak sekail-kali boleh dilakukan tanpa kompromi, perlu dijelaskan dari awal, contohnya tentang membuka aurat.

4. Bila orang lain menegur anak kita, jangan defensif, mana yang salah perlu diakui sebagai salah dan cepat-cepat perbaiki serta bertaubat.

5. Jangan sekali-kali berhenti berdoa untuk anak.

6. Beri tumpuan untuk bangunkan kebijaksanaan anak-anak dalam hidup dan agama, bukan sekadar kepandaian akademik.

7. Sentiasa mendorong, mendidik dan membangunkan diri anak-anak dalam sudut kemahiran dan kecekapan rohani dan jasmani, bukan mengongkong, memaksa dan mengawal.

8. Sentiasa mendengar dan memahami sepenuh hati dan perasaan luahan anak.

9. Sentiasa didik anak untuk berupaya mengawal dirinya sendiri berteraskan prinsip Islam, bukan kita yang mengawal mereka.

10. Sentiasa ingatkan mereka bahawa semua perkara perlu dilakukan kerana Allah bukan kerana ibubapa.

11. Sentiasa bersedia untuk membantu bukan untuk menentu dan membelenggu.

12. Berikan perhatian kepada keperluan emosi bukan sekadar keperluan fizikal.

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH NYA SERTA MEMELIHARA DIRI INI DAN KELUARGAKU...ameennn..

Tuesday 26 February 2013

HOMEMADE PIZZA


My Iqbal memang sukakan 'western food'. Favourite nya; DOMINOS's pizza. Anak bujang ni pun rajin menonton Astro AFC channel. Satu hari:

"Umi.., Naqib tengok AFC channel hari ni; cara-cara buat roti dan pizza. Macam senang jer..," katanya.
"Oooo... ok.., kalau macam tu, jom kita cuba buat pizza sendiri, Naqib pun suka kan,".. jawabku.

Percubaan pertama, doughnya kurang menjadi, tak berapa lembut. Tapi habis licin juga 5 pizza bersaiz sederhana (kalau ke Domino's agaknya RM 70 - RM 100 juga tu.. he3...).

Kali kedua, kami mencuba lagi, ermmmm.. berjaya mendapatkan doh yang lembut dan lazat.

Resepinya mudah dan ringkas:


Pizza base :

  • 2 cawan tepung roti (high protein flour)
  • 2 sk yis mauripan
  • 90 ml air suam
  • 70 ml susu segar suam
  • 1 sk garam halus
  • 2 sb gula
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb susu tepung
Cara-cara : 
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. 
Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam. 
Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.

Topping/Filling : (2 large pizza)
  • 400 g daging cincang (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh) 
  • sedikit garam dan gula
  • 3 sudu besar mentega
 Untuk hiasan :
  • sedikit oregano kering
  • cendawan shitake
  • hirisan nenas
  • hirisan kapsikum
  • hirisan bawang besar
  • keju parut
  • lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.

Untuk Sos Keju :

* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam

Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.
Nota: Sos keju dimasak oleh My Idham


Pizza's in making..


INILAH HASILNYA... Walaupun gambar tidak berapa jelas, tapi memang sedap.


Berbaloi buat pizza di rumah, 'rich with topping', kita bebas nak letak topping apa,  dan boleh buat pelbagai perisa ikut keinginan. Keluar saje dari oven, sekejap jer pizza dah licin. Memang sedap dimakan panas-panas.

Semangat Naqib tambah berkobar-kobar, apalagi bila projek pizzanya di post di twitter mendapat maklumbalas balas dari kawan-kawan. Ramai yang nak mencuba. Sebelum pulang ke asrama petang itu, sempat juga dia memasak 2 pizza saiz sederhana untuk dijamu kepada rakan-rakannya di asrama.

Alhamdulillahh...rezeki dikongsi dengan rakan-rakan dengan kebolehan yang ada. 
Hasilnya; rakan-rakan memuji kelazatannya. 

Semoga Naqib akan terus mencuba resepi yang lain nanti. Thanks to my Idham also.., for being a good kitchen helper. Sedap, lazat dan lemak manis rasa pizza tu bila ditambah dengan sos keju yang dibuat oleh Idham.

YUMMYYY... ILI'S LOLIPOP CAKES


Ermmmm... so yummyyy... projek terbaru Ili, simple , colourful yet delicous. Memang sedap, melted in the mouth and kids favourite. Apalagi bentuknya macam lolipop (gula-gula kegemaran kanak). 


GOOD JOB Ili...!!! 


Friday 22 February 2013

PETUA TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Saya selalu pening kepala kalau anak susah nak makan. Saya yakin, ramai para ibu di luar sana juga menghadapi masalah yang sama. Terpaksa ditunggu dan menggunakan pelbagai cara nak memujuk anak makan. Paling rasa susah hati, bila anak susah makan, berat badan tidak mencapai berat sewajarnya sesuai usia, dan ini akan mengundang bermacam penyakit pada si anak. Apatah lagi sekarang ni, amat bahawa kalau anak jatuh sakit, macam-macam virus menyebabkan sakit jadi berpanjangan.

My Izzat termasuk dalam kategori anak yang susah nak makan. Akibatnya, bdan kurus sangat, dan selalu tak bermaya bila di sekolah. Balik sekolah jer, pastinya kelelahan. Pelbagai cara dah dibuat, macam-macam pil vitamin diberi, masih begitu juga. Alhamdulillah..terjumpa petua mudah ini untuk tingkatkan selera makan kanak-kanak. So, why not give a try, it's simple, easy and very cheap.

Caranya macam ini:
  • Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih
  • Patah2kan sampi panjang agak2 jari kita ( saya blender kasar daun kucai tu, kemudian tapis, airnya kehijauan)
  • Campurkan dengan air suam2 kuku, separuh baldi kecil saja
  • Bila anak mandi petang, lebih kurang nak senja gitu (jam 6-7 ptg), lepas sabun dan mandi bersih, gunakan air kucai tadi sebagai bilasan terakhir
  • Tuangkan sehingga 3-4 cedok air
  • Urut-urutkan dada dan belakang anak
  • Bersihkan kesan-kesan daun (kalau ada yang terlekat di badan anak)
  • Tidak perlu bilas dengan air biasa
Selepas 2 hari mencuba, Izzat cergas saja balik dari sekolah. Ceria dan boleh main di taman lagi (tidak seperti hari-hari lalu, dia yang lesu).

Paling menyeronokkan, dia makan berselera sekali. Petang balik sahaja sekolah (sessi persekolahan Izzat dari jam 8.00am hingga 4.30 pm) dia dah minta nak makan ringan-ringan , rotilah, biskut ker kek... etc. Jam 7 malam, makan nasi pula. Aikkk... jam 9.30 mlm nak tidur pun cakap lapar dan nak makan lagi...

Nampaknya, mandi air kucai ni beri kesan positif juga pada dia. Heran juga, sekadar petua atau ada sesuatu di sebalik kucai tu. Tapi no harm trying, IT'S WORKS....!!!

Apa kucai tu ??


Daun kucai


Search dari Wiki, khasiat kucai adalah seperti berikut:

Daun kucai mengandungi vitamin A, vitamin B ,vitamin C, kalium dan asid folik. Ia dipercayai mampu melegakan sakit tekak, sakit perut, melindungi diri daripada penyakit jantung dan stoke, membantu tubuh menentang bakteria dan meningkatkan kebolehan tubuh untuk mencerna lemak. 

Selain itu, ia dapat merangsang selera makan, membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau, merendahkan tekanan darah tinggi. Kandungan vitamin C dalam kucai mampu mencegah selsema. Daun kucai juga mempunyai sumber baik beta karotena yang membantu memperbaiki penglihatan mata dan membersihkan 'acne'.

Kucai bertindak sebagi antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembanga usus. Ia juga melancarkan perjalan darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah dengan menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air suam panas lalu diminum. Lebih mujarab kalau diminum setiap pagi. (Wondering...if kids can drink this???)

Anyway, dengan memandikannya pun, nampaknya boleh memberi kesan yang dikehendaki. Kids can accept this way, much better for them.

Itulah petuanya,.... bolehlah cuba kalau nak ya...



Monday 4 February 2013

OREO CREEP MADE BY ILI

Ili's oreo creep in green


Inilah hasilnya orea creep cubaan pertama Ili. Dah buat sekali, tinggi pula permintaan dari adik-adiknya. Berulanglah dan hari-harilah dalam seminggu tu Ili busy dengan creep nyer... 
WELL DONE & GOOD JOB ILI!!!

2nd tried : purple in colour

2nd try, konon nak buat light blue katanya... , campuran terlebih kombinasi,
 purple pula yang turn up.. 
Oklah tu Ili, apa pun rasenya tetap yummyyyy...

Another project as a gift while visited her frens at AYSK, colourful oreo creep;


Sharing here the simple recipe for the oreo creep:

Bahan-bahannya:
-20 grm tepung gandum
-20 grm tepung ubi
-10 grm tepung kastard
-10 grm tepung jagung
-1 biji telur
-1 sudu kecil minyak masak
-40 ml susu cair
-150 ml air
-sedikit pewarna
-perisa vanila

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis. Kalau pekat tambah sedikit air.

Boleh juga di blender.., cuma hasilnya akan sedikit berbuih. Kena hilangkan buih-buih itu dahulu. Untuk mengelakkan creep akan berlubang bila banyak buih.


Ambil sesenduk kecil... tuang adunan dalam kuali yang dipegang.. layangkan bahan masak dalam kuali agar adunan sekat. Masak atas api kecil (pastikan api kecil agar masak sekata). Masak hingga kering angkat, tak perlu terbalikkan semasa mengangkat.


Filling:

-150 ml fresh cream diputar hingga kental
-oreo secukupnya (oreo ditumbuk halus-halus @ beli yang serbuk)

Cara:

-letakkan fresh cream di atas creep, kemudian diikuti oreo dan
 letak lagi fresh cream di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah

Siapppp...

ILI JADI GADIS PINGITAN

Selesai sahaja SPM 2012, gadisku Ili menyatakan hasratnya untuk bekerja.


"Boleh lah Umi , Abi..., jadi chasier kat Speedmart pun ok!...", ujarnya memujuk aku dan suami. Kebetulannya pasaraya Speedmart memang tak jauh dari kediaman kami. Terfikir juga, daripada tak buat apa-apa di rumah , mengapa tidak dibenarkan dia bekerja, sementelah adik-adik bersekolah; tentu dia boring sendirian di rumah. "Nanti Umi dan Abi bincang dulu," kataku pada Ili.

Sessi perbincangan..
Suami ada pendapat lain. " Anak dara kita tu baru lepas bertungkus lumus belajar, biarlah dia rehat, nanti tiba masanya dia bekerja, kerja lah sungguh-sungguh, sekarang ni ada masa terluang duduklah rumah ajer... lagipun selama ni dia kan tinggal di asrama, banyak kerja-kerja rumah yang anak dara tu kena belajar...," . Hu.huu..hhuu.. panjang lebar suami bersyarah padaku.

Tapi betul juga, si gadis manisku ini perlu membiasakan diri dengan jadual di rumah pula. Bangun pagi-pagi, kemas dan bersihkan rumah, basuh baju, belajar-belajar pegang periuk belanga di dapur... heyyyy... memang tak tercatat kalau nak cerita kerja di rumah. Apatah lagi dah 3 bulan tak ada maid, jadi memang kerja-kerja rumah kena diuruskan sendiri.



Hari berganti minggu....., itulah rutin jadual yang terpaksa Ili lalui. Memang payah untuk dia... aku selaku ibunya juga stress dibuatnya, apa tidaknya... kena bising dan berleter selalu. Susah betul nak pastikan dia bangun pagi, memegang penyapu dan kayu mop. Kekadang mengadu penat lah, tarik muka masam lah... dan ughhh... 1001 kisah mengatur si gadis ini. 

Sebulan berlalu, alhamdulillah she used to adopt with the situation. Dah kurang grumbling, bila aku pulang saja dari off, dia jadi peneman setiaku di dapur untuk menyediakan juadah makan malam.

Satu hari, she made a miracles request. "Umi, nak try buat oreo creep," katanya. "ok, kakak senaraikan bahan-bahannya nya, and ikut umi gi beli", jawabku. Bermulalah episod gadisku mencuba resepi-resepi baru., khususnya buat dessert.

Tak sangka, dia punya bakat terpendam.



CONGRATULATIONS ILI!!!!



Sunday 3 February 2013

RAHSIA SEBUAH KEHIDUPAN




Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah…
1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya. Sakit memang sakit, bukan kata orang lain, diri sendiri pun memang tersiksa apabila diri mengarahkan agar menahan nafsu. Namun itulah hakikatnya, sebuah kemenangan pasti ada pengorbanannya. Kitalah yang kuat, kalau menang dalam pertarungan itu.
2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sakit zahir nampak di mata; banyak juga tempat untuk berubat. Bagi yang bersyukur, alhamdulillah... sakit dilalui dengan tenang kerana ia tahu kenapa dan mengapa sakit itu datang. 
Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka. Penyakit hati ini sukar diubati, susah nak dibantu sebab tidak nampak pada mata zahir. Kerana itulah ibadat dan muhasabah diri kena berterusan agar hati sentiasa terubat.
3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya. Apa tidaknya, kalau sampai nafsu beraja di hati, tentulah perlakuan sukar dikawal. Menjadi ikutan bila mempengaruhi orang lain pula.
4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.
5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.
6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.
7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.
8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalu banyak.
9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.
10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.
11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.
12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.
13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung. Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Bolehlah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.
JOM... CERMIN DIRI MUHASABAH JIWA.. 
Semoga kita temui sebuah ketenangan