Sunday 12 July 2015

BISKUT MERINGUE KISSES; THE BEST...


Kebanyakan biskut menggunakan telur kuning sebagai salah satu bahan dalam adunan. Jadi, kerapkali putih telur yang diasing disimpan dalam peti sejuk dan kemudiannya terbiar begitu saja.

Untuk tidak membazirkannya, apa kata kita gunakan putih telur untuk membuat biskut yang tak kurang sedapnya ini. Biskut ini sangat ringan, crunchy dan cair di mulut. Cumaaaa..... kena banyak bersabar dengan biskut ni sebab masa yang diambil untuk memasaknya agak lama

BAHAN-BAHAN:

4 biji putih telur
1/4 tsp cream of tartar
1/4 tsp garam halus
1 cawan gula halus ising
1 tsp perisa mocha
5-10 titis pewarna coklat (optional)



CARA-CARA :

Panaskan oven 80C terlebih dahulu selama 10 minit. Letakkan kertas pelapik non stick paper di atas dulang pembakar dan ketepikan

Satukan putih telur, cream of tartar dan garam. Putar dengan kelajuan maksima selama 2 minit (sehingga adunan menjadi buih-buih halus yang sangat ringan)

Semasa proses memutar adunan dilakukan, perlahan-lahan masukkan gula ising sedikit demi sedikit. Gunakan spatula untuk mengais adunan ditepi mixer agar semua adunan dapat di putar oleh mesin.. 

Teruskan memutarkan adunan dengan kelajuan maksima sehingga adunan betul-betul ringan dan tidak menitik.

Masukkan perisa  & pewarna mocha. putar sehingga adunan rata. JANGAN TERLEBIH PUKUL KERANA ADUNAN AKAN SEDIKIT MENCAIR NANTI. Adunan dah tak menjadi kalau begitu.

Ambil dan masukkan adunan ke dalam plastik piping yang telah diletakkan acuan yang sesuai/dikehendaki untuk membentuk biskut kelak.

Pipe adunan terus ke atas dulang pembakar yang sedia dilapik (PERINGATAN: jangan sesekali menngunakan kertas pelapik biasa, kerana biskut nanti akan melekat pada kertas berkenaan).

Bakar sehingga 1 jam (sehingga biskut kering). Kemudian biarkan di dalam oven selama 1 jam lagi (boleh juga semalaman) sehingga betul-betul ringan dan kering.

Simpan di dalam bekas kedap udara, JAngan sesekali simpan di dalam petisejuk. Nanti biskut akan lembab dan melekit.

*Pesanan penting : Semasa membuat biskut meringue ini, untuk mendapatkan hasil yang sangat ringan dan foamy seperti Styrofoam, hendaklah menggunakan bekas stainless steel atau mangkuk kaca. Elakkan menggunakan mangkuk plastik.


M & M CHOCOLATE COOKIES YANG LAZAT

Persiapan hariraya yang sederhana untuk kami sekeluarga tahun ini. Saya sedayanya untuk cuba menyediakan juadah kuih muih dengan air tangan sendiri. Jadinya, pilihan biskut kenalah yang menepati citarasa anak-anak.

M & M cookies ini sebenarnya adalah 1st try saya. Hasilnya, alhamdulillah memuaskan. Sekilas pandang, daya penarik utamanya adalah chocolate M & M yang berbagai warna sangat menyerlah di atas adunan biskut berwarna chocolate.

Cumaa... anak-anak bujang memberi komen tak kena pada tekak mereka (mungkin sebab rasa chocolate yang kuat). Apapun ianya menjadi kegemaran si dara saya. Siap tanya lagi; "ehhh... kenapa umi buat sikit jer, SEDAP sangat apaaa biskut ni", Huhhhh... LEGA rasa hati bila biskut yang kita buat LAKU juga. Lebih rasa seronok lagi, bila bawa balik kampung ; biskut ini jadi kegemaran anak-anak saudara pula especially Ikhwan. Mak pun dok rajin juga mengunyah biskut ni :). Ermmm.... Alhamdulillah, FINISHED!!! habuk pun tak tinggal. Siap ada request supaya buat lagi. 

Di sini saya sharingkan resepinya:
Bahan-bahan diayak dan satukan :

  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung rose 
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko gelap aka dark choc/biasa(nak sedap, pilih yg ader brand can Van Houton ker)
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor @ gula perang
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang (walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional (saya tak letak)

Cara-cara :

Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.

Masukkan kuning telur dan pukul rata.

Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.

Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.

Selepas buat bentuk bebola doh biskut tadi...leperkan...lebih cepat masak.. Gunakan alas non stick di atas dulang pembakar supaya mudah dialih bila telah masak.

Kemudian hiaskan biskut anda dengan M & M di atas biskut.

Panaskan oven 150c atau ikut kesesuaian oven anda.

Masukkan cookies dalam oven. Biar dalam 15 ke 20 minit. Kalau buat kecil-kecil lagi cepat masak. 

Masa keluar dari oven, biskut akan sedikit lembik. Biskut akan mudah dialih ke rak untuk disejukkan apabila menggunakan pelapik non stick (walaupun mahal sedikit yang bagusnya pelapik ini re- cycle). Tetapi kena berhati-hati dan perlahan-lahan supaya biskut tidak berderai. Biarkan sejuk dan ia akan mengeras dgn sendiri..

Kalau masih ada bahagian yg lembik jugak walaupun dah sejuk (selalunya bahagian tengah) masukkan dalam oven lebih kurang 5 minit lagi..

Siap sudah biskut yang sangat attractive in colour :)

Saturday 11 July 2015

RED VELVET COOKIES YANG SEDAP


Alhamdulillah siap juga MY RED VELVET yang sedap dan mengancam. Biskut ini memang jadi kegemaran anak-anak. Selain rasanya yang lazat, lemak-lemak rasa chocalate, manis yang sedang-sedang dan sangatlah rangupnya dengan adanya badam sebagai bahan utamajuga. Jom kita tengok resepinya.


BAHAN-BAHAN :
  • 120 grm buttercup
  • 10 grm minyak sapi
  • 100 grm gula castor
  • 120 grm tepung gandum
  • 50 grm tepung beras
  • 50 grm badam cincang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar serbuk
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu besar pewarna bright red
  • 30 grm choc chip 
  • 30 grm semi choc chip 
CARA ;
  • Ayak bahan kering. Satukan tepung gandum, tepung beras, dan serbuk koko; diayak dan dikepikan
  • Di dalam mesin pemutar satukan buttercup, minyak sapi dan gula castor. Putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat
  • Tambahkan telur dan putarkan sebati
  • Kemudian tambahkan esen vanillan dan pewarna merah dan putar lagi hingga adunan rata
  • Masukkan bahan yang telah diayak tadi, gaul dengan kayu@ spatula sahaja sehingga rata
  • Tambahkan badam, choc chip dan choc chip semi
  • Gaul adunan sehingga rata
  • Bolehlah sudukan/terap adunan di atasa adunan pembakar
  • Hiasan permukaan doh dengan baki choc chip

Adunan yang telah siap diterap dan sedia untuk dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 17 minit.



Another version of my red velvet cookies. Yang ni tak terap dengan acuan, bulat-bulatkan saja... senang dan cepat. Hasilnya tetap yummy!!!