Lewat petang sewaktu memandu ke hospital untuk melihat Izzat, telefon berdering panggilan dari adikku. Tetiba suara kecil manja kedengaran di hujung sana, " Umi, Nana nak kek umi...!!!". Oh, Nana rupanya. Terpaksalah melayan anak kecil ini bercakap. " Ok, Nana... nanti umi buatkan untuk Nana, sekarang umi abang Izzat tengah sakit, umi sibuk sikit. Nanti umi buatkan yer," janjiku pada si comel Nana.
Nana adalah anak bongsu adik saya berumur 2 1/2 tahun. Pemalu , tapi kalau bercakap di telefon keletah yang amat sangat.
Si comel Nana . |
Teringat-ingat suara kecil Nana dengan permintaannya itu. Tak sampai hati nak menghampakanya. Walaupun agak keletihan, malam, balik sahaja dari hospital, cepat-cepat sediakan bahan-bahan; sekali lagi red velvet cupcakes. Mujur bahan kelmarin masih berbaki dalam simpanan. Kali ini khas untuk si Nana. Kebetulan ibunya menelefon akan datang menziarahi Izzat esok malam katanya. Sempatlah untuk saya menyediakan permintaan si kecil Nana ni.
Alhamdulillah, jam 11.30 pm, siaplah membakar redvelvet cupcakes ni. Esoknya, sebelum ke hospital barulah saya letakkan isingnya.
INI DIA KHAS UNTUK NANA & MAMANYA....
Semasa di hospital, seronok tengok Nana makan dengan berselera sekali. Rupanya dia memang suka redvelvet cupcakes. Samalah macam ibunya juga.
Sengaja buat colour yang agak terang dan berwarna warni untuk menarik perhatian dan minat anak-anak kecil macam si comel Nana ni.
Ada masa nanti pasti umi akan buatkan lagi untuk Nana. Umi LOVE u Nana.
No comments:
Post a Comment