Thursday, 20 June 2013

CARAMEL ALMOND COOKIES YANG RANGUP..


Sejak tahun lepas lagi selalu intai-intai biskut ini. Bila tengok harganya, rasa x tergamak nak beli. Kenapalah mahal sangat. Anggaran 200 grm berharga RM 25 (lebih kurang sebalang yang kecil tu ajer). So.. berazam lah satu hari nanti nak membuatnya sendiri.

Satu hari, ketika di kedai membeli barangan kek, nampak tulisan tepung FLORENTINE. Saja dengan ramahnya, saya bertanya pada adik sale asisstant tu,
Saya: "tepung ni untuk apa yer dik?".
Sale asisstant " Oh...tepung ni untuk buat biskut caramel almond yang tengah top sekarang ni kak", jawabnya sambil tunjukkan gambar biskut berkenaan.

Alhamdulillah, dalam hati berbunga kesyukuran. Akhirnya kutemui juga cara nak buat cookies ni.

Rupanya, biskut ini semudah ABC untuk menyediakan. Bahan-bahan yang diperlukan juga ada tertulis di peket tepung berkenaan.
Jom kita tengok cara-caranya:

BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung Florenta
250 gm kekacang
* (campuran yang saya buat adalah 150 gm badam keping, 50 gm biji labu, 40 gm biji bunga matahari dan 10 gm bijan hitam)


CARA-CARANYA:
  • Satukan semua bahan kekacang.
  • Bakar dalam oven pada suhu 160C selama     5 minit
  • Satukan semua bahan (kekacang dan     tepung) di dalam satu bekas dan gaul rata    sehingga semua kekacang bersalut     sempurna dengan tepung. Sebaiknya    kekacang dalam keadaan masih panas.

Kekacang yang telah digaul dengan tepung florenta

  • Sediakan loyang empat segi dan dialas    dengan kertas kek sahaja (kertas kek ini     boleh digunakan berulangkali. Oven masih    dalam suhu 160 C.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan      ratakan nipis-nipis dengan ketebalan yang      sama
  • Bakar di dalam oven selama 10 minit
  • Potong biskut kepada kepingan yang      dikehendaki ketika masih panas lagi sebaik     shj di keluarkan dari oven). Potong     menggunakan pemotong pizza atau pisau.
  • Simpan biskut dalam bekas kedap udara

Biskut dipotong mengikut saiz dan bentuk yang dikehendaki.
Ini rupanya cookies yang dah siap..ermmm...
Sangat crunchy.

Selamat mencuba!!!

8 comments:

  1. Tpg tu brp sepaket? Sedapnyrrr..terasa rangupnye..

    ReplyDelete
  2. Memang rangup..
    Tepung tu berbeza harganya; kalau di BAGUS harga sepeket RM 26.90. Harga di Bake With Yen pula more cheaper RM 17.90.

    ReplyDelete
  3. As salam Kak, nak tanya...butter dan gula tak perlu letak ker? semata mata tepung florentine ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik....
      Memang x perlu letak butter @ telur. Campurannya semata-mata tepung florenta & kekacang

      Delete
  4. salam tepung florenta x der ...klu saya guna tepung crispy almond mcm ne yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf yer, saya tak pasti pula boleh atau tidak menggunakan tepung crispy almond. Mby boleh dapatkan kepastian dari owner/salegirl kedai yang menjual tepung tu..

      Delete
  5. Semalam baru kenal caramel almond ni. singgah kat petronas, RM27 you! Teringin nak makan, beli la. Hari ni google cari resepi, dapat pulak resepi awak yang amat terang dan jelas. Terima kasih banyak2, lepas ni nak carik tepung florenta tu. Nak buat banyak2, nak bagi pada kawan2, sedara-mara & jiran2...

    ReplyDelete
  6. Selamat mencuba en Azalan. Moga berhasil dan dapat dimanfaatkan keenakkannya bersama teman n taulan:)

    ReplyDelete