Sepanjang bulan Ramadhan ini, setiap hari ada saja tazkirah atau kisah-kisah lucu yang disebaliknya ada pengajaran yang saya terima dari sahabat-sahabat melalui What's App group. Hari ini saya nak kongsikan salah satu kisah yang dihantar dalam group kami pagi ini dari sahabat kami Zam. Suka baca cerita ni..
Tersebutlah al kisah perbualan antara dua beranak.
Pemuda : "Abah, saya dah buat keputusan untuk berkahwin".
Abah : "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"
Pemuda : "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."
Abah : "Abah bantah sekeras-kerasnya."
Pemuda : "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"
Abah : "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum Roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."
Pemuda : "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"
Abah : "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."
Pemuda : "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."
Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan t-shirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri
solehah idaman kalbunya.
Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah
kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah
tu.
Suami : "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"
Isteri : "Boleh. Saya isteri awak sekarang."
Suami : "Awak pakai purdah boleh tak?"
Isteri : "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..si YES!! , selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."
Suami : "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)
Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati kerkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih bersemi, hati bertaut.
Pemuda : "Terimakasih abah!".
Abah : "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya Allah terus segar. Kau faham tak?".
Pemuda: " Faham abah. Anda mampu mengubahnya."
Abah : " Salah tu. Anda mampu mendidiknya."Pemuda dan abah ketawa bersama.
Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah. Segalanya mungkin. Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.
# Jangan cari yang sempurna di mata sahaja... insyaAllah yang teruk di mata kita pun boleh terima didikan kalau betul caranya.
bagus2 post nie :)
ReplyDeletesaya suka baca..
:)
<a href="www.kadkahwinonline.com>Kad Kahwin Online</a>