Thursday, 11 July 2013

RAMADHAN DAH MASUK HARI KE-2

Syukur Alhamdulillah, hari pertama puasa dapat dilalui dengan sempurna oleh keluarga saya. Bimbang juga ketika bangun sahur, saya rasa suhu badan Izzat panas; aduhaii... demam pula dia. Tapi dia gagahkan juga bersahur, saya beri dia ubat demam dan suruh dia mandi awal pagi. Mujurlah sekolahnya cuti hari pertama Ramadhan. Anjakan saya untuk membawanya ke pejabat ditolak, sebab dia selesa di rumah saja katanya. Setiap 2 jam saya menghubungi dia, bertanyakan keadaan suhu badannya. Tengahari, bila suhu badannya meningkat lagi, saya berpesan supaya dia berbuka puasa; sambil dalam hati berdoa : Ya Allah berilah kesihatan baik dan kekuatan untukku, suami dan anak-anak dalam menjalani ibadah puasa Mu tahun ini!!

To my surprise bila balik saja petang itu, Izzat masih berpuasa. Alhamdulillah, demamnya pun dah kebah. Syukur pada Mu ya Allah. Terimakasih juga en Hubby yang membantu saya menyediakan juadah berbuka puasa, ringkas dan ala kadar saja tapi sudah cukup mengenyangkan.

Selesai solat Maghrib, kami ke masjid baru seksyen 13, Shah Alam untuk menunaikan solat Tarawih. Berbunga rasa hati, apabila masjid itu cukup meriah di imarahkan dengan kehadiran ramai jemaah muslimin dan muslimat. 

Sebelum tidur malam itu, sempat juga packing 20 bekas ketupat daun palas berinti serunding daging untuk diberi kepada staff di off esok pagi. Ermmm... puasa-puasa xbleh nak cerita sangat tentang makanan, tapi ketupat ni memang SEDAPPP!!!. TQVM sahabatku Norwati kerana sudi bawakan tempahan saya yang banyak/berat ini.
20 packs ready to be distributed

InsyaAllah, saya berhajat untuk melebihkan pemberian di bulan Ramadhan. Amalan bersedekah, amalan yang sangat dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ketika seorang hamba berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun kepadanya, lalu salah satu berkata, "Ya Allah, berilah pahala kepada orang yang menginfakkan hartanya. Kemudian malaikat yang satu berkata," Ya Allah, binasakanlah orang-orang yang bakhil." 

Semoga kita sentiasa lembut hati untuk beramal jariah, AMINNNN.......


No comments:

Post a Comment