Saturday, 3 August 2013

BISKUT RAYA : NUTTELLA COOKIES...



Tahun ini saya berazam untuk membuat sendiri cookies untuk sempena menjelang aidilfitri.Walaupun  tinggal 5 hari sahaja lagi, saya kira belum terlambat untuk memulakan projek membaking biskut. Orang tertanya2 juga pada saya, ada ke masa nak buat, kat luar banyak biskut yang canggih2 ada dijual, tak penat ke.... anad so on...so on soalan yang keluar. 

Saya juga punya pendapat yang begitu satu ketika dulu, senang dengan 'kuih tujnuk', tak penat dan macam-macam pilihan ada. Apalagi dengan kerja harian yang menuntut waktu yang sangat panjang. 

Tapi tidak untuk kali ini, Sengaja saya mengambil cuti awal supaya saya punya waktu untuk ber'eksperimen' sendiri hasil air tangan sempena syawal tahun ini. Yang lebih utama, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk bersama-sama dengan anak menyiapkan projek cookies pilihan mereka. Setiap anak saya beri kebebasan untuk membuat biskut pilihan mereka. They have to get the recipes, then maklum pada saya. Of course, uminya kena membelikan bahan-bahannya. 

Ianya adalah sangat-sangat indah yang akan saya kenang sepanjang hayat kelak. Inilah masanya untuk saya mengajar anak-anak samada lelaki atau perempuan bagaimana memngenali bahan-bahan cookies, menyukat bahan-bahan, mengajak mereka shopping di kedai bahan-bahan kek. Sampai pernah salah satu pelanggan bertanya pada anak saya yang ke 3, (ketika saya melepaskan dia sendiri masuk ke kedai kek ;sementara saya menunggu di kereta), adik beli tepung ni nak buat apa? Selamba anak saya menjawab, nak buat biskut......? Mungkin pemandangan yang tidak biasa agaknya dia melihat anak bujang saya (tingkatan 2) bershopping di kedai bahan-bahan kek.


Alahai... melalut-lalut pula  bercerita di atas. sebenarnya nak berkongsi resepi membuat NUTTELA COOKIES yang sangat ringkas, sedap dan semudah ABC membuatnya. Biskut ini adalah pilihan anak kedua saya Iqbal Naqib. Dari mencari resepi, menyukat bahan dan mengulinya serta siap hendak dibakar, dialah yang membuatnya, pkokonya 'air tangan' dialah.
Sangat MUDAH, hanya dengan 4 bahan , masa penyediaan anggaran 5 minit dan membakar 8 minit, the cookies DONE!!!!.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan (150 grm) tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan (115 g) gula caster
  • 1 cawan nuttella
CARA-CARA:

1. Panaskan oven 160C. Alaskan baking tray dengan baking paper
2. Ambil adunan cookies, dan bulat2 kan dan tekakkan sedikit anggran sebesar syiling 50sen
3. Susun di atas tray dan sedia untuk dibakar.


SELAMAT MENCUBA!!!!

No comments:

Post a Comment