Wednesday, 3 July 2013

JUS AVOKADO : ERMMMM SEDAPNYER!!!

AVOCADO DAN KHASIATNYA UNTUK WANITA

Umumnya kita biasa mendengar buah avokado yang sangat sinonim sebagai bahan asas produk kecantikan kerana kandungan vitamin C, E dan K yang tinggi. Buah ini memang sangat popular di Indonesia. Kalau di sana dipanggil buah alpukat.

Saya dan keluarga memang mengemari buah yang lemak-lemak manis ini dan halus teksturnya. Tapi saya kurang gemar memakannya begitu saja, cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan membuat jus minuman. Mudah dan simple sajer untuk menyediakan jus yang sangat berkhasiat ini.
 Jus avokado yang dah siap!!!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji buah avokado yang telah masak (nak tahu buah yang telah masak, tekan sikit dan terasa buah agak lembut)
  • 3 gelas air masak/tapis
  • 1 sudu gula kasar
  • 2 sudu besar susu pekat

CARANYA:

  1. Kupas buah avokado dan dibuang kulitnya. 
  2. Campurkan semua bahan dan dimesin sehingga likat (kadar kelikatan jus bergantung kepada keperluan seseorang; kalau mahu sedikit cair tambahkan sedikit air lagi).
  3. Tuangkan dalam gelas, dan curahkan Hesrley choc atas dia atasnya. 
Jus yang telah dicurah choc di atasnya

Khasiat jus avokado:

  1. Buah yang kaya dengan vitamin C, E dan K
  2. Rendah kandungan gula dan garam
  3. Mengandungi antioksida dan potasium untuk menggelak daripada penyakit radang sendi 
  4. Mengandungi asid folik yang boleh menggelak serangan jantung dan kanser
  5. Mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta
  6. Kandungan lemak tidak tepunya membantu proses perkembangan bayi dan kanak-kanak

Apalagi... jomm dapatkan khasiat avokado dengan cara yang sedap dan lazat. Silakan...


Sumber rujukan khasiat avokado:
Artikel penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


No comments:

Post a Comment