Sunday, 14 July 2013

CANTIKKK... BISKUT INDAH BERPUSAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

Semoga hari ini hari yang menceriakan dan membahagiakan kita, diberi kesihatan yang baik dalam menunaikan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain.
Sekejap saja rasanya, hari ini dah masuk hari ke-6 berpuasa. Alhamdulillah, saya dan keluarga dapat menjalani ibadah itu dengan baik sepanjang hari-hari yang berlalu. Adalah terlepas sekali tidak bersahur, almaklumlah terlajak tidur agaknya sampaikan alarm berbunyi pun tak sedar. Mujurlah kena hujung minggu, kuranglah letihnya kerana boleh meminumkan sedikit aktiviti luar.

Walaupun Aidilfitri 3 minggu lagi, saya kira ramai yang dah mula memikirkan biskut apa yang nak dibuat untuk hidangan keluarga tersayang dan sahabat handai sempena aidil fitri ini. Insya Allah, tahun ini saya berazam nak membuat sendiri biskut-biskut dan kek untuk hidangan keluarga dan tetamu serta buah tangan ketika menziarahi saudara mara nanti.

Ingin saya kongsikan di sini sejenis biskut yang pernah saya cuba beberapa bulan yang lalu. Cantik biskut berpusar ini, kata orang; cinta bermula dari pandangan DARI MATA JATUH KE HATI. Tentu kalau tetamu datang berkunjung, jatuh hati melihat warnanya yang ceria; kena pula dihiasi dengan pula 'sprinkles' yang berwarna warni; memang mengancam!!!
Saya namakannya Biskut Indah Berpusar. Dengan kombinasi warna yang terang, ianya sangat menarik perhatian, apalagi nak membuatnya pun mudah. Mungkin boleh jadi pilihan dalam senarai untuk biskut raya tahun ini.

Di sini saya kongsikan resepinya:

BAHAN-BAHANNYA:

1. 2 cawan tepung kek
2. 1/2 sudu teh baking powder
3. 1/4 sudu kecil garam (tidak perlu 
  sekiranya menggunakan salted butter)
4. 1/4 cawan gula castor
5. 2/3 gula ising
6. 375 gram unsalted butter
7. 1 sudu kecil vanilla
8. 1/2 sudu teh strawberry emulco
9. 1/2 sudu teh pewarna merah  (terpulang kepada tahap kemerahan    warna yang dikehendaki)
10. 2 sudu besar tepung kek (asingkan, tujuan untuk ditaburkan semasa menerapan adunan)
11. 1 1/2 cawan 'colourful sprinkles' untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA:

  • Satukan tepung, baking powder, garam dan gula di dalam food processor dan dimesin rata perlahan-lahan. 
  • Masukkan butter sedikit demi sedikit, sehingga habis. Di peringkat awal, adunan sedikit berderai, tetapi apabila semua butter telah dimasukkan, adunan akan menjadi sebati.
  • Tambahkan esen vanilla, dan mesin lagi sehingga adunan menjadi betul-betul kental dan bersatu.
  • Bahagikan samarata adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan emulco strawberry, dan pewarna rose merah dan digaul rata. Pastikan warna sebati. (kalau adunan agak lembik, boleh tambahkan sedikit tepung )
  • Satu bahagian lagi dibiarkan tanpa warna (atau bolehlah diwarnakan mengikut warna pilihan)
  • Ambil sebahagian adunan berwarna merah. Letakkan di atas kertas waxed, kemudian letakkan sehelai kertas wax lagi di atas adunan itu dan roll menggunakan roller di antara kerta berkenaan. Anggaran boleh mendapat 11 x 8 1/2 inci dengan ketebalan 1/8 inci. Tanggakan kertas wax di atas lapisan adunan tadi
  • Buat perkara yang sama pada adunan yang tidak diwarnakan. Pastikan saiz dan ketebalannya sama. 
  • Kemudian letakkan di atas lapisan adunan merah tadi
  • Adunan yang telah dilapis itu digulung perlahan-lahan. Pastikan semasa proses menggulung dilakukan tiada udara terperangkap di antaranya.
  • Simpan adunan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sehingga maksimum 3 hari.
  • Setelah dikeluarkan dari peti sejuk, tanggalkan waxed paper dari adunan dan roll kan adunan tersebut di atas colourful sprinkles yang ditabur di atas dulang rata supaya semua bahagian luar adunan disaluti sprinkles.
  • Potong adunan 1/4 @ 1/8 inci (ikut ketebalan yang diingini) dan letakkan di atas dulang pembakar yang dialas kertas pembakar. Jarakkan, kerana biskut akan sedikti mengembang.

Bakar di dalam oven dengan suhu 170C ( ikut kesesuaian oven masing-masing ) selama 15 hingga 17 minit sehingga adunan sedikit keemasan. 
Semasa proses membakar ini, urmmmhhh.... bau semerbak rumah dengan haruman strawberry
Close up foto. Keliling biskut yang dihiasi colourful sprinkles dan ianya juga penyedap biskut ini sebenarnya. Terasa kerangupan dan manisnya setiap kali tergigit sprinkles tu. Warna pun cun dan sangat menyerlah.

SELAMAT MENCUBA.....

No comments:

Post a Comment