photo by My Iqbal; Langkawi |
Dengar saja ayat; suamiku ingin berkahwin lagi merupakan halilintar pada seorang isteri. Hidup bermadu merupakan mimpi ngeri bagi ramai wanita. Berdasarkan kisah teman, paparan ceritera di televisyen, catatan kisah masyarakat; memanglah menjadi satu ketakutan seorang wanita untuk menempuh kehidupan bermadu.
Jangan menunding jari pada insan yang bergelar isteri kedua. Bukan kehendak diri, tapi suratan memang tidak mampu diduga. Sudah berada di tempat, yang berat dipikul ; walau pahit ditelan jua.
Tidak semanis rasanya madu, kerana hidup bermadu tetap ada onak durinya. Antara fenomena pahitnya hidup bermadu:
1. Suami tidak berani berterus terang dengan isteri pertama tentang kehadiran isteri kedua (isteri sembunyi).
Kesannya:
- Justeru, setiap kali mengunjungi isteri sembunyi terpaksa dilakukan secara senyap-senyap takut diketahui oleh isteri pertama. Berbagai helah terpaksa dilakukan bila cuba mencari peluang untuk bersama isteri kedua, tentulah berbohong jalan paling selamat
- Isteri pertama akan sangat kecewa jika kebenaran diketahui, terasa diri tertipu oleh sang suami tercinta. Maka berlakulah kemelut rasa amarah, hingga tiada lagi kebaikan sang suami hanya kerana suami berkahwin lain. Mula mencari alasan untuk suami agar menghabiskan masa bersama keluarga pertama. Kalau tidak dituruti, alamat ungkit mengungkit dan perang besar kerana bagi si isteri suami adalah pesalah yang patut dihukum. Akibatnya, ramai lelaki jadi pak turut.
- Isteri sembunyi tiada hak penggiliran, apa tidaknya bila dah berkahwin secara sembunyi. Orang lain berumahtangga, suami ada di sisi. Tidur malam sebagai penguat semangat dalam hubungan suami isteri , tapi bila tak diberi hak sedemikian maka terpaksalah sang isteri redha sekalipun tidak diadili.
- Suami seringkali terpaksa berbohong; kena pula si suami tidak berani mengakui kehadirannya pada isteri pertama, tentulah payah nak beri alasan kalau soalan bertubi datang pada suami dari isteri pertama, pergi mana? kenapa lambat? pergi dengan siapa?buat apa? dan macam-macam lagi. Sesekali tu bolehlah cari alasan, tapi kalau dah selalu,lama-lama sang suami jadi pak turut pula
- Kalau sesuatu perkara berlaku kepada si suami; seperti sakit dsb, isteri sembunyia terpaksa mendiamkan diri kerana kalau datang menziarah, nanti jadi perang besar pula, Kasihan pula dengan keadaan sang suami yang sedang kesakitan, alamat bertambah sakitnya nanti.
- Bagaimana kalau suami meninggal ya? Kalau menziarah, nanti boleh jadi kejutan dan mungkin perang besar, kalau tidak menziarah pula; jawabnya makan hati isteri sembunyi itu
2. Perkahwinan kedua tidak didaftarkan. Kesannya:
- Di sisi undang-undang perkahwinan di anggap tidak sah walaupun cukup syarat dari hukum agama . Isteri sembunyi tidak boleh menuntut apa jua hak, kerana tidak tercatat haknya dalam undang-undang berdaftar. Nak ungkit, bawa mahkamah; lupakan saja kerana jawapan pasti tuntutan itu pasti tidak menyebelahi isteri sembunyi.
- Lebih teruk lagi, kiranya mendapat zuriat, anak tidak boleh didaftarkan untuk mendapat sijil kelahiran.
- Jangan harap isteri kedua boleh membuat sebarang tuntutan harta sepencarain di mahkamah, kerana dari segi undang-undang perkahwinan tanpa daftar dianggap tidak sah.
- Andai suami ambil mudah tangunggjawab (NAUZUBILLAH)... kasihan isteri sembunyi kerana menjadi mangsa kerakusan nafsu lelaki
3. Isteri sembunyi rasa tersisih, tidak setaraf dengan isteri pertama.
- Apa tidaknya, hidup bersosial dengan keluarga terdekat terutama sebelah suami harus dilupakan kerana takut rahsia terbongkar. Jangan ambil mudah upload sebarang photo di laman sosial, nanti jadi bukti pula. Kenalah isteri sembunyi berkorban rasa; orang lain tak ada rahsia dengan suami sendiri, tapi tidak isteri sembunyi. Suami pun kena disembunyikan. Bila terserempak dengan kawan-kawan suami yang mengenali isteri pertama, aduhhh... boleh mengelabah dibuatnya. Pandai-pandailah berlakon layar he3..
- Apa saja keperluan pakaian suami, isteri pertama yang diberi peluang melakukannya. Isteri sembunyi X BERTANGUNGJAWAB?? bukan tidak bertangunggjawab, tapi apalah rasanya bila keperluan disediakan tidak boleh digunakan. Konon nanti banyak soalan yang tidak boleh dijawab dari isteri pertama. Semua keperluan sang suami, isteri pertama kena tahu sumber datangnya. Sampai bila suami nak menipu??... kalau tahu perempuan lain yang bagi, alamat tsunami pula dengan isteri pertama.
- Sang suami sudah hidup lama dengan isteri pertama, banyak onak duri pahit manis yang dilalui bersama. Tentulah, kekadang terluncur di lidah memuja muji isteri pertama ; lebih menyakitkan bila cuba dibandingkan dengan isteri sembunyi. Waduhhhh.... boleh merana jiwa dibuatnya. Sebaik manapun isteri sembunyi, jangan harap lebih baik berbanding pihak sana. Pandai-pandailah isteri sembunyi menghargai diri sendiri.
Soo... fikir-fikirkanlah. Bukan mudah hidup bermadu bila perkahwinan dirahsiakan. Jangan mengambil risiko berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak.
# p/s
saya sekadar berkongsi rasa; entahlah tercuit juga rasa hati bila mendengar kisah teman dan taulan. Mungkin dalam liku kehidupan di situ ada sesuatu yang boleh diambil sebagai pengajaran.
No comments:
Post a Comment