Sunday 2 June 2013

MY PURELY CHOCLATE CAKE

Saya memang penggemar choc moist cake, terutama yang diselaputi dengan choc ganache. Sangatlah sukanya, sampai kalau makan tu tak beringat dengan jadual diet. Dek kerana ketagih, saya menjadi dealer kepada jualan kek moist supaya dapat harga yang murah; he3.. bukan untuk menjual tapi untuk makan sendiri. Alahaiii  yaiii... lama-lama tak larat dah nak beli aje, sebab kalau beli nak dapat harga dealer kena beli dalam volume yang tertentu.

Setelah mencuba beberapa resepi kek chocalate, nampaknya resepi di bawah ini sesuai dengan citarasa saya sekeluarga. Alhamdulillah .... dah berjaya membuatnya sendiri di rumah. 


Inilah rupanya hasil percubaan pertama my purely choclate cake. Seadanya hiasan yang ringkas, belum begitu mahir mendeko; mungkin jari jemari masih keras. Never mind, believe in myself; PRACTICE MAKE PERFECT, insya Allah...
My Idham, yang selama ini kalau tentang kek; so..so.. saje selera nya. Tapi kali ini, ermmmm... SEDAPLAH Umiii!! Jadi favoritenyer pula.

Dua hari kemudia, buat lagi. Kek di atas untuk santapan anak-anak buah di off. Alhamdulillah, good respond dari mereka yang merasa.

Jommm kita lihat cara membuatnya.

Penyediaan bahan terbahagi kepada 3 bahagian secara berasingan:
Panaskan ketuhar pada 160C semasa bahan-bahan disediakan.

BAHAN A:
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
# Semua bahan di atas disatukan dan   
   diayak bersama
   Ketepikan

BAHAN B
3 biji telur A saiz
300 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
#Nota : saya tambahkan 2 sudu besar susu pekat untuk kek yang lebih lembut dan moist

BAHAN D
250 ml air panas

CARA-CARANYA:
  1. Satukan semua bahan B. Puku adunanl hingga putih
  2. Masukkan minyak dan susu cair serta 2 sudu besar susu pekat
  3. Pukul hingga sebati
  4. Masukkan bahan A tadi sedikit demi sedikit secara kaup balik adunan dengan spatula
  5. Tambahkan air panas dan gaul rata
  6. Adunan sedia untuk dibakar; 
  7. Sekiranya disediakan dalam acuan kecil-kecil 6" x 3 " @ cupcakes, masa pembakaran yang diperlukan 40 minit
  8. Sekiranya menggunakan acuan 8"x8" masa yang diperlukan ialah 1 jam.
  9. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan
Dengan sukatan adunan di atas, saya boleh dapat 4 mini kek bersaiz loyang 4" x 8". 
Setelah kek masak, saya belah dua dan lapiskan dengan cream chees dan choc ganache. Pastikan choc ganache sedikit kental sebelum dipiping. 
Lapiskan kek menjadi dua lapisan, dan letakkan di dalam peti sejuk anggaran 15 minit, sebelum keseluruhan kek di tuang dengan choc ganache. 
Masukkan dalam petisejuk sebentar, bila choc ganache agak mengeras, bolehlah dihias kek tersebut.
Saya hiaskan kek dengan cream cheese bunga ros dan polkadot untuk sedikit seri.


Ini pula tempahan pertama dari Cik Jah untuk anak-anaknya. Harap Firdaus, Adah, Ayid dan Nana suka.

My cream cheese recipe:

Bahan-bahannya:

250 gm cream cheese
120 gm unsalted butter
1 1/2 cawan gula ising
2 sudu besar krimwell (supaya mudah mendeko)

My choc ganache recipe:

Bahan-bahan:

150 ml whipping cream
500 gm coklat masakan (saya pilih brand An Nur)- hiris kecil2
1 sudu besar butter

Cara-caranya:

1. Panaskan whipping cream secara
    double boiler
2. Masukkan coklat & butter dan
    gaulkan hingga cair dan adunan likat
    & berkilat.

# NOTA
- kalau nak letak di atas kek, sejukkan kek terlebih dahulu dalam peti sejuk. tuangkan coklat ganache yang sudah sejuk dan simpan semula di dalam peti sejuk

- Kalau untuk dijadikan cream hiasan kek, masukkan dalam pipping beg dan sejukkan sebentar di dalm peti sejuk agar adunan sedikit keras


Sumber rujukan:
Blog masam manis Azlita

No comments:

Post a Comment