BAHAN-BAHAN:
227 gram mentega
170 gram tepung naik sendiri
150 gram gula kastor (resepi asal 170 gram; saya kurangkan sebab tak mahu manis sangat)
5 biji telur dari peti sejuk
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette
3 sudu makan serbuk koko - diayak (guna van haouten ; untuk di adun menjadi adunan cokelat)
Cara-caranya:
1. Asingkan putih telur dengan kuning telur
2. Pukul kuning telur dengan mentega, susu pekat, ovallette dan esen vanilla
3. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur dengan gula sehingga ringan
4. Masukkan sedikit demi sedikit bahan no 3 ke dalam adunan no 2, dan pukul hingga kembang
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan di kaup rata (kaedah kaup menggunakan spatula secara perlahan bagi menggelakkan kek berlubang-lubang)
6. Ambil sebahagian adunan di dalam bekas lain;untuk dicampurkan dengan serbuk coklat
7. Di dalam acuan, letakkan adunan secara berselang seli antara adunan vanilla (plain) dan adunan cokalat
8. Apabila dibakar, adunan akan beralun seperti gambar yang disertakan.
I love this cake so much. Memang dari kecik lagi pun, kek ni jadi favorite saya. Kebetulannya mak pun memang suka kek ini. So setiap kali balik jumpa mereka, saya akan usahakan kek ini untuk mereka.
Teksturnya yang gebu dan lembab.Ermmmm..... so sedappp!!
Resepi kali ini saya menggunakan choc emulco. Rasa choc nya agak kurang berbanding resepi saya menggunakan choc van houten.
Ermmmm.... MARVELLOUS!!!
No comments:
Post a Comment