Thursday, 16 May 2013

TART PEANUT BUTTER YANG EKSKLUSIF

Sempena Hari Guru semalam; molek kiranya saya mencuba satu resepi baru supaya boleh dibawa oleh anak-anak untuk guru mereka sekolah. Kebetulannya sehari sebelum itu, saya dan anak-anak menonton channel AFC, Bake With Anna Olson yang sedang menunjukkan cara-cara membuat Tart Peanut Butter. 

Nampak menarik dan sangat menyelerakan. Apalagi anak-anak pun menyokong untuk saya mencuba resepi itu. Siapa yang tak kenal Anna Olson kan; seorang 'pastry chef' dari Kanada yang terkenal, cantik pula tu. Siapa sangka.., dari seorang Banker dan belajar bidang politik ketika di universiti satu ketika dulu; dek kerana minatnya di bidang masakan, kini menjadi selebriti pastry terkenal. She's my favorite celebrity; maklumlah bagi orang yang baru belajar macam saya kena banyak buat rujukan dan teladani orang yang berpengalaman dan berjaya di bidang ini.

Terimaksih en Hubby kerana lewat petang itu juga sudi membantu mencarikan bahan-bahan keperluan untuk tart ini. Kebetulannya dia memang peminat kekacang, pendek kata apa saja resepi berasaskan kekacang, kena pada tekaknya.  Bila ada kerjasama begini, memang bersemangat dan seronok nak ber'eksperimen' resepi baru. Saya olah sedikit mengikut citarasa dan kesesuaian kami (xlah 100% ikut resepi Anna Olson he3..).

Ini hasilnya.... 
BELIEVE me.., urmmm...the taste soooo rich and exclusive. Bila dah cuba; baru tahu rasanya.

Sesuai untuk hidangan minum petang yang mewah.

JOM KITA TENGOK CARA-CARANYA:

BAHAN-BAHAN UNTUK CRUST:

1/4 cawan 'unsalted peanuts' (saya guna brand Tong Garden; rasa lebih berlemak dan krimmy)

1/4 cawan gula icing
1 cawan tepung serbaguna
4 sudu besar serbuk coco (saya gunakan brand Van Houten)
6 sudu besar butter
3 biji kuning telur
1 sk esen vanilla

CARA-CARA:
  • satukan peanuts, gula, tepung, serbuk coco ke dalam food processor dan dimesin sekali (cara ini    mengelakkan adunan menjadi peanut butter).
  • kemudian masukkan butter sehingga adunan sekata (crumbly texture)
  • masukkan kuning telur dan esen vanilla, sehingga adunan sekata (boleh juga diuli sebgai pilihan)
  • balut adunan dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk anggaran 30 minit.
  • selepas 30 minit, masukkan adunan ke dalam acuan muffin. jangan lupa di tengah-tengah bahagian dicucuk dengan garpu untuk laluan udara
  • panaskan oven 160C; dan bakar selama 15-20 minit sehingga pertengahannya kering. Sejukkan

Sementara crust itu sejuk, jom kita sediakan untuk isian tengah tart; Choc ganache dan peanut butter krim.

BAHAN-BAHAN UNTUK CHOC GANACHE:

3/4 cawan whipping cream
170 grm bittersweet choc; dipotong halus-halus ( saya gunakan brand An Nurr)

CARA-CARA:

Panaskan whipping cream secara double boiler. Masukkan choc yang telah di potong-potong dan kacau sehingga choc cair bersama whipping cream. Kacau lagi sehingga likat. Biarkan adunan sejukkan 15 - 20 minit (perlu sambil di kacau supaya adunan likat dan berkilat). 


BAHAN-BAHAN PEANUT BUTTER:

1 1/3 cawan peanut butter
1/2 cawan cheese krim
2/3 gula ising (diayak)
2 1/2 sudu besar susu pekat
1 1/3 cawan whipping cream
1 sudu besar esen vanilla

CARA-CARA:

Pukul peanut butter bersama cheese krim sehingga sebati dan likat. Masukkan gula icing dan susu pekat sedikit demi sedikit (sambil adunan di pukul).
Di dalam bekas yang berasingan, pukul whipping cream bersama vanilla sehingga adunan kembang dan ringan. Masukkan ke dalam adunan peanut butter tadi dan kacau sehingga sebati.
Gambaran tart yang dipotong. Isiannya terdapat choc ganache juga

Masa untuk filling pulaaa...


1. Masukkan sedikit choc ganache
2. Lapisan kedua, masukkan peanut butter cream
3. Untuk lapisan ketiga letak sedikit choc ganache mengikut hiasan masing-masing. 

Siappp... dan sedia untuk dihidang.




MY REF : Peanut Butter Chocolate Chips by Anna Olson

No comments:

Post a Comment