Ahad minggu kedua bulan Mei adalah sambutan Hari Ibu. Bagi saya setiap hari adalah hari untuk mengingati ibu. Kalau pun bukan hadiah berharga yang dapat diberi setiap hari, saya mewajibkan diri ini memberi sedekah al Fatihah untuk mak dan abah, dan mohon agar setiap kebaikan saya adalah untuk mereka juga.
Terimakasih mak, atas kasih sayang dan doa yang sepanjang hayat ini. Sungguh tiada tandingan kasih seorang ibu, melahirkan menjaga dan doa yang sentiasa mengiringi perjalanan hidup ini. Syukur... kerana masih diizinkan untuk bersama dengan mak sehingga usia ini. Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya pada mak, memberi kesihatan yang baik, dan memelihara mak selalu.
My big family, mak abah, abang, brother and sister. |
Saat yang paling membahagiakan seorang ibu, apabila semua anak cucu berkumpul semua. Riuh rendah itu penghibur laranya, tak kisah walau penat melayan kerenah anak cucu. Tentunya nostalgia waktu kami semua kecil dulu mengimbau kembali kerana itulah saat manis yang pernah dilaluinya satu ketika dulu.
My Ili, My Iqbal, My Idham and My Izzat. Umi love u all so muchhh... |
Syukur, saya juga diberi nikmat menjadi seorang ibu. Merasai kepayahan mengandung, kesakitan melahirkan, malam berjaga, bertungkus lumus untuk anak-anak, jerih payah membesarkan amanah Allah ini memang sungguh amat terduga. Namun... segalanya itu amat membahagiakan; sukar nak diucapkan dengan kata-kata. Seorang ibu masih utuh tersenyum untuk anak-anaknya, seorang ibu masih mampu menyorok duka di hati, seorang ibu masih teguh berdiri mendukung semangat anak walau dalam saat sesukar mana pun..
Allahhu Akbar, Maha Besar Mu ya Allah..., di atas segala kurniaan ini.
A small gift from my Ili. Comel apron tu; dan biskut pun cute.. Pandai gadis Umi ber'eksperimen' di dapur. Sesungguhnya amal jariah akan berterusan pahalanya selagi makanan itu menjadi darah daging hayat orang yang menerima. Semoga Ili akan selalu berkongsi kebolehan yang ada untuk dikongsikan hasilnya dengan orang sekeliling.
Tq my dear Ili...
Ini pula dari My Izzat. Sangat kreatif hasil tangannya. A diamond of LOVE.. Dari sehelai kertas dilipat-lipat menjadi bentuk diamond yang kecil, bila dibuka... TARAAA... diamond yang besar dengan tulisan di dalamnya.
Tq Izzatt... Semoga Izzat menjadi anak yang soleh yang sentiasa dapat membahagiakan Umi dunia & akhirat.
Tq sayanggg..
Sungguh bukan hadiah yang seorang ibu dambakan dari seorang anak. Cukuplah anak mengerti jerih payah ibunya, mengiringi doa dalam setiap solat dan amalan yang membawa kebaikan untuk hidupnya. Kerna.. setiap kebaikan si anak, ibubapa jua turut merasa kemanisannya.
No comments:
Post a Comment