Sempena menghargai orang-orang tersayang yang ada di sisi, saya ingin berkongsi My "LOVE COOKIES". Bila dah jadi, memang cantik dan sweet bangettt... Nonstop captured the love cookies pictures, it so beautiful.....
Sebelum ke pejabat awal pagi itu, saya memesan 'kitchen assigment' untuk Ili; supaya dia menyediakan doh untuk biskut LOVE ini serta sugar icing pastenya. Nanti selepas pualng dari pejabat , bolehlah saya melakar biskut-biskut comel yang menjadi kegemaran Izzat ini.
Sebenarnya. adunan biskut ini sama dengan adunan My Cute Little Bear Cookies sebelum ini. cuma kali ini saya olah dengan acuan bentuk LOVE. Apapun saya catatkan sekali lagi resepinya agar mudah untuk rujukan.
BAHAN UNTUK DOH:
225 gm butter (saya setia dengan brand buttercup)
75 gm gula icing
1 biji telur (suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla
440 gm tepung naik sendiri @ 440 gm tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
2 sudu besar serbuk coklat van houten
CARANYA ;
- Ayakkan tepung
- Satukan butter dan gula icing ; pukul/whisk dengan kelajuan sederhana anggaran 10 minit; hingga bertukar warna keputihan dan kelihatan berkrim
- Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul adunan sehingga sebati
- Perlahankan mixer (slow) dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
- Putar hingga menjadi doh yang tidak melekit di tangan (saya uli dengan tangan bila adunan dah agak likat)
- Balut dengan plastik wrapping, dan simpan di dalam peti sejuk selama 3-5 jam ( saya buat doh malam, keesokkan pagi baru My Ili ambil alih memasak doh berkenaan)
Keluarkan doh dari peti sejuk.
Panaskan oven 160 C.
Uli doh perlahan-lahan (doh yang baru dikeluarkan dari peti sejuk agak keras; tapi jangan bimbang) sehingga adunan lembut. Roll dengan roller sehingga adunan tebal anggaran 1/2 cm dengan acuan LOVE, dan susun di dalam dulang pembakar (jarakkan sedikit sahaja sebab adunan akan mengambil sedikit ruang untuk mengembang).
Bakar selama 20 minit dengan api atas bawah (saya alihkan kedudukan/pusingkan dulang pembakar selepas 10 minit supaya biskut masak sekata). Bila dah masak, sejukkan dan boleh diteruskan dengan proses meng'icing'. Ili simpan di dalam bekas kedap udara sebab masa tidak mengizinkan untuk terus mencorakkan biskut LOVE ini.
BAHAN UNTUK ISING:
800 gm gula ising
1/3 cawan meringue powder (beli di kedai kek)
3/4 air masak (suhu bilik)
1 sudu besar jus lemon
CARA-CARA:
Satukan gula ising dengan meringue powder; gaul dengan mixer dengan kelajuan palin perlahan agar sebati.
Masukkan air serta jus lemon sedikit demi sedikit ; digaul sehingga adunan agak kental dan sedikit berkilat. Adunan ini kemudiannya sedia untuk diletakkan pewarna mengikut kreativiti masing-masing.(UNTUK TUJUAN INI, GUNAKAN PEWARNA BERASASKAN AIR SAHAJA, JANGAN GUNAKAN PEWARNA 'OIL BASE')
Malam; sambil menonton tv, saya ambil peluang mendekorasi My LOVE cookies, sambil anak-anak memberi idea dan punya kehendak corak masing-masing (ini masa yang sangat menggembirakan, sebab masing-masing pun take part). Memang sesuailah biskut ini dinamakan LOVE cookie, because we do it with LOVE.
Alhamdulillah, sempat juga rezeki ini dikongsi bersama dengan Nana dan Ayid (my niece). Biskut ini memang kegemaran kanak-kanak sebab rasa isingnya yang manis seperti gula-gula.
Sesuai juga dijadikan door gift untuk sebarang majlis. Comelkannn...
SALAM SAYANG DARI KAMI....
No comments:
Post a Comment