Friday 28 November 2014

SAMBAL UDANG KERING YANG MARBELOUS!!!

Assalamulaikum ... salam Jumaat yang barakah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dari segala yang kita telah lalui, amalan kita..., ketenangan dan kebahgiaan kita.... kesihatan dan rezeki harian kita. Aminnnn.....

Hari ini saya ingin berkongsikan satu resepi mudah pembuka selera. Saya namakannya sambal hijau. Kerana bahan asasnya adalah cili api. Resepi ini sebenarnya adalah resepi keluarga seorang sahabat, seseorang yang sangat saya kasihi, dan sememangnya sambal kegemaran beliau. Hingga kini pun, sekalipun tidak waktu sudah tidak mengizinkan untuk bersua, saya masih memasaknya kerana ia juga jadi kegemaran suami dan anak-anak saya. Memang terangkat!!! bila pekena sambal ni, berpeluh-peluh,  mak mertua lalu di belakang pun tak perasan. :(


BAHAN-BAHAN:

100 grms udang kering
15 biji cili api/padi hijau
7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Asam keping anggaran 1 inci
Sebatang serai
Sedikit garam

CARA MEMASAKNYA:

Basuh udang kering. Setelah bersih, rendamkan udang kering dengan air panas dalam 5 minit supaya udang tersebut lembut. Sementara itu, tumbuk cili api, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. (dalam kes saya, bawang merah dan bawang putih memang sentiasa ada stok yang dikisar dalam peti sejuk untuk menjimatkan masa memasak) Serai di ketuk kasar.

Panaskan minyak anggaran 5 sudu besar. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk beserta serai sehingga pecah minyak dengan api yang sederhana. Masukkan udang kering beserta air rendaman tadi,serta asam keping. Letakkan garam secukup rasa. Tumis sehingga masak dan pecah minyak.


Dah siap pun sambal hijau udang kering. Sedap dimakan sekadar dengan ikan goreng dan  nasi putih panas-panas. SELAMAT MENCUBA!!!!


No comments:

Post a Comment