Assalamualaikummmm.....!!! semoga pembaca sentiasa berada di dalam rahmatNya.
Setiap kali nak ke sekolah, si bongsu saya selalu meminta RM 2 untuk bekal belanjanya. Kalau saya beri lebih, dia akan pulangkan semula . "Tak mau umi; Nabil nak RM 2 saja", katanya. Wondering juga, apalah yang dia nak belanjakan dengan duit itu sejumlah itu (he3... sebab kalau abang-abangnya tidak kurang RM 5 seorang) macam tak cukup jer nak beli makanan di kafe sekolahnya (apapun sekolahnya dah pun menyediakan 3 kali meals sehari). Sebagai ibu, saya bimbang kalau-kalau dia sekadar membeli manisan sebagai kudapan yang tidak berapa baik untuk kesihatan.
Rupa-rupanya, setiap hari sementara menuggu van sekolah sampai Izzat akan membeli roti. Dan seketul roti bergula denga saiz sebesar tapak tangan dijual dengan harga RM2. Sememangnya tidak dinafikan, dia akan makan yang ringan-ringan sebagai lapik perut sebelum waktu makan malam kami jam 7 malam.
Daripada si anak selalu membeli roti; kenapa tidak saya sendiri membuatnya untuk santapan anak. Bila uminya dah pandai buat homemade roti, RM 2 Izzat tetap saya beri sebagai wang tabungan dia, boleh lah menambah duit simpanan harian dia. Hari ini saya kongsikan resepi asas doh roti (sebenarnya dah beberapa kali mencuba); dan hasilnya memang ter'sangat'lah GEBU's.
BAHAN-BAHAN:
300 grms tepung roti high protin
50 grms susu tepung (saya guna susu Anlene)
50 grms telur/sebiji
50 grms/ 2 sudu besar mentega (saya guna buttercup)
80 grms yis
120 ml air
2 sudu besar madu asli
2 sudu besar gula
1 sudu besar bread softener
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:
Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk mixer dan diputar menggunkan pemutar roti selama 15- 20 minit tanpa henti. Doh akan kelihatan lembut tetapi kental. Keluarkan dari mangkuk mixer dan diuli sedikit dengan tangan membentuk bulat.
Sediakan sebuah mangkuk yang terlebih dahulu di sapu dengan minyak zaitun (supaya doh tidak melekat dalam bekas berkenaan). Letakkan doh roti tapi, salut dengan plastik dan biarkan selama 45 minit - 1 jam. Selepas 1 jam doh akan akan naik 3 kali ganda dan sangat lembut.
Keluarkan doh tersebut , uli sebentar doh untuk melepaskan udara yang terperangkap. Kemudian dibentuk bulat atau dengan bentuk yang dikehendaki.
Saya buat bentuk di atas (ala-ala menocang rambut gituu...).
Beginilah kejadiannya selepas 1 jam; doh yang mengembang naik dan sangat lembut ;)
Persiapan seterusnya, panaskan oven 170C selama 10 minit. Masukkan doh ke dalam oven dan bakar selama 17- 20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Roti yang telah masak akan berwarna keperangan. Setelah dikeluarkan dari oven, sapukan dengan sedikit butter di atasnya bagi memberi efek berkilat pada roti berkenaan.
Dah siap my homemade roti tocang yang super duper GEBU'S, sedia untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang. Ermmm... so yummy...!!! apatah lagi di cicah dengan kopi O atau teh O. Boleh juga dimakan begitu saja, sebab rasanya yang manis dan sangat lembut. Paling seronok bila melihat Izzat saya makan, sekali hadap 2 , 3 ketul habis; memang favourite nya.
SILA LAH MENCUBA...!!!
No comments:
Post a Comment