Friday, 28 November 2014

SAMBAL UDANG KERING YANG MARBELOUS!!!

Assalamulaikum ... salam Jumaat yang barakah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dari segala yang kita telah lalui, amalan kita..., ketenangan dan kebahgiaan kita.... kesihatan dan rezeki harian kita. Aminnnn.....

Hari ini saya ingin berkongsikan satu resepi mudah pembuka selera. Saya namakannya sambal hijau. Kerana bahan asasnya adalah cili api. Resepi ini sebenarnya adalah resepi keluarga seorang sahabat, seseorang yang sangat saya kasihi, dan sememangnya sambal kegemaran beliau. Hingga kini pun, sekalipun tidak waktu sudah tidak mengizinkan untuk bersua, saya masih memasaknya kerana ia juga jadi kegemaran suami dan anak-anak saya. Memang terangkat!!! bila pekena sambal ni, berpeluh-peluh,  mak mertua lalu di belakang pun tak perasan. :(


BAHAN-BAHAN:

100 grms udang kering
15 biji cili api/padi hijau
7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Asam keping anggaran 1 inci
Sebatang serai
Sedikit garam

CARA MEMASAKNYA:

Basuh udang kering. Setelah bersih, rendamkan udang kering dengan air panas dalam 5 minit supaya udang tersebut lembut. Sementara itu, tumbuk cili api, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. (dalam kes saya, bawang merah dan bawang putih memang sentiasa ada stok yang dikisar dalam peti sejuk untuk menjimatkan masa memasak) Serai di ketuk kasar.

Panaskan minyak anggaran 5 sudu besar. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk beserta serai sehingga pecah minyak dengan api yang sederhana. Masukkan udang kering beserta air rendaman tadi,serta asam keping. Letakkan garam secukup rasa. Tumis sehingga masak dan pecah minyak.


Dah siap pun sambal hijau udang kering. Sedap dimakan sekadar dengan ikan goreng dan  nasi putih panas-panas. SELAMAT MENCUBA!!!!


Monday, 24 November 2014

PETUA MISS V KEMBALI GADIS

Ketakutan bagi seorang wanita adalah masalah miss v yang semakin kurang menyengat. Bimbang kalau-kalau en suami berpaling arah. Apatah lagi apabila telah melahirkan anak, usia semakin meningkat, miss v dah tak sama seperti mula-mula berkahwin. Petua di bawah merupakan amalan yang saya perolehi dari nenek saudara saya (al fatihah untuk beliau) yang merupakan bidan kampung. Kebetulan depan rumah arwah nenek dulu, ada sebatang pokok inai yang rendang. Masa remaja, saya memang suka ke rumahnya sebab suka menumbuk daun inai untuk dipakai di jari. 


Rupa-rupanya daun inai bukan saja untuk memerahkan kuku dan rambut, ianya juga boleh dijadikan bahan utama; untuk mengetatkan miss v secara alami.


BAHAN-BAHAN: 

1. Daun inai 

2. Daun pegaga 

3. Daun limau purut 

4. Pinang muda 


CARA-CARANYA:


Tumbuk kesemua bahan di atas untuk mendapatkan airnya yang pekat (boleh ditambah sedikit air jika perlu). Tapis. Gunakan air campuran bahan di atas untuk miss v. Caranya, celup  cotton bud/jari anda di dalam cecair berkenaan, dan oleskan di dalam lubang miss v. 


# NOTA ; perlu diingatkan bahan tersebut hendaklah disimpan di dalam peti ais kerana tiada sebarang pengawet dan boleh tahan untuk penggunaan seminggu.


Lakukan setiap hari selepas mandi petang sehingga anda puas dengan hasilnya. InsyaAllah, kalau selalu mengamalkannya , miss v akan kembali ketat seperti dara:) 


SELAMAT MENCUBA. Bila dah cuba , baru tahu kesan Urmmmhpppnya....


Monday, 17 November 2014

ROTI YANG SUPER DUPER GEBU'S

Assalamualaikummmm.....!!! semoga pembaca sentiasa berada di dalam rahmatNya.

Setiap kali nak ke sekolah, si bongsu saya selalu meminta RM 2 untuk bekal belanjanya. Kalau saya beri lebih, dia akan pulangkan semula . "Tak mau umi;  Nabil nak RM 2 saja", katanya. Wondering juga, apalah yang dia nak belanjakan dengan duit itu  sejumlah itu (he3... sebab kalau abang-abangnya tidak kurang RM 5 seorang) macam tak cukup jer nak beli makanan di kafe sekolahnya (apapun sekolahnya dah pun menyediakan 3 kali meals sehari). Sebagai ibu, saya bimbang kalau-kalau dia sekadar membeli manisan sebagai kudapan yang tidak berapa baik untuk kesihatan.

Rupa-rupanya, setiap hari sementara menuggu van sekolah sampai Izzat akan membeli roti. Dan seketul roti bergula denga saiz sebesar tapak tangan dijual dengan harga RM2. Sememangnya tidak dinafikan, dia akan makan yang ringan-ringan sebagai lapik perut sebelum waktu makan malam kami jam 7 malam. 

Daripada si anak selalu membeli roti; kenapa tidak saya sendiri membuatnya untuk santapan anak. Bila uminya dah pandai buat homemade roti, RM 2 Izzat tetap saya beri sebagai wang tabungan dia, boleh lah menambah duit simpanan harian dia. Hari ini saya kongsikan resepi asas doh roti (sebenarnya dah beberapa kali mencuba); dan hasilnya memang ter'sangat'lah GEBU's. 

BAHAN-BAHAN:


300 grms tepung roti high protin

50 grms susu tepung (saya guna susu Anlene)
50 grms telur/sebiji
50 grms/ 2 sudu besar mentega (saya guna buttercup)
80 grms yis
120 ml air
2 sudu besar madu asli
2 sudu besar gula
1 sudu besar bread softener
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:


Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk mixer dan diputar menggunkan pemutar roti selama 15- 20 minit tanpa henti. Doh akan kelihatan lembut tetapi kental. Keluarkan dari mangkuk mixer dan diuli sedikit dengan tangan membentuk bulat. 

Sediakan sebuah mangkuk yang terlebih dahulu di sapu dengan minyak zaitun (supaya doh tidak melekat dalam bekas berkenaan). Letakkan doh roti tapi, salut dengan plastik dan biarkan selama 45 minit - 1 jam. Selepas 1 jam doh akan akan naik 3 kali ganda dan sangat lembut.

Keluarkan doh tersebut , uli sebentar  doh untuk melepaskan udara yang terperangkap. Kemudian dibentuk bulat atau dengan bentuk yang dikehendaki.

Saya buat bentuk di atas (ala-ala menocang rambut gituu...).

Kemudian taburkan gula (sebab si bongsu saya gemar roti manis sebegini). Tutup adunan dengan plastik/kain bersih dan biarkan selama 1 jam.

Beginilah kejadiannya selepas 1 jam; doh yang mengembang naik dan sangat lembut ;)

Persiapan seterusnya, panaskan oven 170C selama 10 minit. Masukkan doh ke dalam oven dan bakar selama 17- 20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Roti yang telah masak akan berwarna keperangan. Setelah dikeluarkan dari oven, sapukan dengan sedikit butter di atasnya bagi memberi efek berkilat pada roti berkenaan.



Dah siap my homemade roti tocang  yang super duper GEBU'S, sedia untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang. Ermmm... so yummy...!!! apatah lagi di cicah dengan kopi O atau teh O. Boleh juga dimakan begitu saja, sebab rasanya yang manis dan sangat lembut. Paling seronok bila melihat Izzat saya makan, sekali hadap 2 , 3 ketul habis; memang favourite nya.

SILA LAH MENCUBA...!!!


Saturday, 15 November 2014

ISTERI CANTIK DAMBAAN SANG SUAMI

Kehidupan di dalam sebuah perkahwinan memang mencabar. Apatah lagi buat sang isteri, yang jiwanya ternyata sangat halus dan mudah dibuai emosi. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Mana mungkin sebuah rumahtangga tidak pernah dilanda badai; kalau pun bukan badai tetap ada onak dan durinya. Sebuah perkahwinan, memerlukan pengorbanan, kekuatan dan keyakinan pada Yang Esa atas mahligai yang dibina demi mencari redhaNya. 

Sesekali jiwa rasa luluh pabila duga mendatang. Mulalah resah bertandang di hati. Namun kita punya pilihan untuk membiarkan ianya bersarang dalam diri atau menukar ia jadi bahagia. Saya selalu mencari ketenangan dengan pembacaan dan mendekatkan diri padaNya. Alhamdulillah, syukurrr... kerana saya terpilih menjadi seorang wanita yang bergelar "ISTERI".

"Betapa aku ingin menjadi isteri yang CANTIK di mata suami... akan ku usahakan"; bisik hatiku.

Just sharing this article; 


Aku Dikurniakan Isteri Secantik Dirimu


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Oleh:Syahidah

SUBHANALLAH!!!, Sungguh seorang wanita adalah cantik.


Kecantikan seorang isteri mengisikan kekosongan keteduhan dalam jiwa dan hati suami. Dia adalah peneduh yang tiada dapat terbeli dengan hitungan wang ringgit, kecuali hanya dengan kemuliaan sebuah mahar.

Kecantikan seorang isteri bukan hanya terletak di atas kehalusan kulit munggil dan wajah yang gebu semata-mata. Lebih dalam lagi, makhluk yang berada disekitarnya pun dapat merasakan kelembutan anugerah Allah yang ada dalam calon bidadari surga itu. Dia terpancar dalam keikhlasan pengabdian, keteduhan jiwa, kelembutan hati, tunduknya mata, halusnya ucapan, serta keindahan perilakunya.

Kecantikan seorang istri terletak dalam imannya. Dia sadar dan mengerti untuk apa dia hidup, dan dia mengerti mengapa dan kepada siapa dia harus mengabdi.

Kecantikan seorang isteri terletak pada lidahnya, iaitu ketika dia dapat merendam resah, amarah dan kesedihan sang suami dengan kata- kata indah yang menyejukkan hati. Memberikan layanan batin yang memberi  ketenangan sang suami.

Dan semua terasa istimewa apatah lagi apabila dia memberikan separuh jiwanya satu pengertian, bahkan mungkin dari pada dirinya sendiri. Kecerdasan belahan hatinya tersebut dalam mengatur kata dan kepintarannya dalam membaca situasi hati sang suami agar selalu tenang, menjadikannya “hadiah” yang tak ternilai. SUBHANALLAH!!!!

Kecantikan seorang isteri adalah dari penerimaannnya. Keredhaannya terhadap apa yang digariskan Allah sang maha pengatur dalam menerima suami apa adanya, serta bagaimana dia merawat serta berhati-hati dalam menyiasati kekurangan sang suami agar tersimpan rapi hanya sebagai aibnya saja, menjadikannya penasehat kepercayaan sang nahkoda rumah tangga.

Kecantikan seorang isteri terletak pada tangannya. Dengan tuntunan hati yang hanya karena Allah, dia menjadikan tangannya bukan hanya sebagai pemegang kekuasaan dan ratu di rumah, namun dia juga dapat menjadi penawar semua yang ada didalamnya, dalam kedamaian yang tak dapat terukur dan terbeli dengan apapun.

Kecantikan seorang isteri terletak di matanya. Kelembutan pandangan saat berada di antara keluarga dan atau ketika dia berhadapan dengan sesama makhluk menjadikan dia peneduh serta perwujudan kasih sayang Allah yang maha rahman.

Kecantikan seorang isteri terletak pada seberapa besar dia dapat menjaga rasa malunya. Dia tahu caranya menutup aib yang memang sudah tertutup rapi disimpan oleh Allah. Dia paham caranya agar tidak merosak kecantikannya sendiri dengan kata- kata kasar dan bebelan.

Dihindarinya membuat mati rasanya sang suami dengan semua kecerewetan dan tuntutan yang tidak wajar. Disimpannya dengan rapi kurniaan bakat genit, kecantikan tubuh dan kemanjaan sikap kerana hanya untuk dipersembahkan kepada yang paling berhak iaitu suami.

Kecantikan wanita terletak dalam kebijaksanaannya. Seorang istri memang mempunyai kudrat sangat hebat dalam mencintai dan membenci, yang ada kalanya tidak mengenal pertengahannya, namun dia masih mampu bersikap dengan santun dalam logik. Dunia semakin damai ketika dia tidak menghambur air mata dengan dalih itulah kudrat wanita. Tapi tempat pengaduan lantaran kepenatan dan lelah hanya kepada Yang Maha Esa untuk menyelesaikan.

Kecantikan seorang istri terletak dalam kesabarannya. Dia mendidik diri agar tidak menjadi sebagai sebuah cobaan bagi keluarga, khususnya sang suami. Kesabarannya menuntunnya untuk tidak mengundang  amarah dan kerapuhan perasaan di sembarang telinga. Kesabarannya juga terpancar dalam kehidupan sehariannya, yang menjadikan hari- hari adalah berkah untuk sang suami.
Mengalahnya adalah untuk ketenangan, dan kemenangannya adalah untuk kebahagiaan, bukan hanya untuk diri dan sesamanya, namun juga untuk semua insan yang ada disekitarnya. Menjadi pelayan bagi sang suami adalah sebuah keridhoaan, dan istri yang “cantik” sangat menyadari bahwa dirinya akan terlayani oleh kebaikan dari Allah SWT sebagai upahnya.

Kecantikan seorang wanita terletak pada kejujurannya. Ketepatan kata- kata dengan kenyataan tanpa harus menambah sesuatu konflik baru;  menjadikannya cantik dengan jujur, sangat alami dan apa adanya.

SUBHANALLAH!!! betapa wanita itu indah. Dan kecantikan abadi sang istri itu adalah tentang jiwanya. Keikhlasannnya mengabdi kepada suami hanya karena Allah yang tercermin secara zahir, tutur kata, sikap, dan perilaku. Bahkan Allah pun tersenyum melihat seorang hambanya yang sedemikian cantik sehingga dia kelak, insya Allah dikategorikan sebagai bidadari surga. Kecantikannya menuntun sang suami dengan sadar dan sepenuh hati berkata ” alhamdulillah, aku bersyukur mempunyai istri secantik dirimu”

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين