Selesai pratikal memandu, jam dah pukul 9, masa untuk bersarapan. Tak sempat nak masak, breakfast di kedai. Lepas breakfast masa untuk cuci mata dan shopping di Bagus. Cari acuan untuk cheese tart crust (bought 40's small size and 12's medium saiz). Minggu ni ; projek memasak dengan main ingredients CHEES..
Cheese... cheese... cheese..
Uminyer merancang untuk mencuba resepi cheese tart; si dara pula teringin nak makan lagsane......"kita buat lagsane saje umi untuk lunch hari" ujar si Ili. Ok lah Ili; alamat hilang diet umi awak ni....
As Ili busy with her lasagne, i'm preparing the ingredients for cheese tart pula. Selama ini kalau Hari Raya menjelang, mesti tak miss order cheese tart, sedap sebab rasanya yang manis berlemak. Nampak macam rumit yang membuatnya , tapi hujung minggu ni mesti nak usahakan juga. Bila dah buat, tidak lah sesukar mana pun. Jom kita lihat cara membuatnya...
BAHAN UNTUK DOH CRUST:
- 170 gram buttercup
- 50 gram gula icing
- 1 biji telur saiz B (suhu bilik)
- 1 camca perisa vanilla
- 290 gram tepung gandum
- Campurkan butter dengan icing, dan dikacau perlahan-lahan dengan senduk kayu. Apabila telah nampak tekturnya sebati (licin dan berkilat),
- Masukkan telur dan icing dan kacau lagi sehingga sebati dalam 3 hingga 5 minit.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil di kaup dengan senduk. Bila adunan dah agak kental, boleh diuli dengan tangan saja.
- Untuk mendapatkan .... yang sedap dan rangup, balut doh dengan plastik dan simpan di dalam peti ais selama 3 jam (sebaik-baiknya 1 malam)
Adunan yang telah dicampur butter, icing, telur dan perisa vanilla. Gambar masih proses awal lagi, perlu dikacau perlahan-lahan supaya teksturnya sekata dan licin. Kemudian barulah dicampurkan dengan tepung, sedikit demi sedikit.
Adunan yang telah disalut plastik, simpan di dalam peti ais
2 hingga 3 jam untuk mendapatkan crush yang sedap
Setelah adunan dikeluarkan, tibalah masa untuk menempa dengan acuan. Pastikan bahagian tengah dicucuk dengan garpu supaya mudah untuk di pisahkan dari acuan bila telah masak nanti. Masak selama 17 minit dengan suhu 150C.
BAHAN UNTUK FILLING:
- 190 gram cream cheese ( saya pilih brand Philidelphia). Keluarkan dari peti sejuk 20 - 30 min sebelum digunakan; pastikan sedikit sejuk (tak mahu suhu bilik)
- 50 gram gula castor
- 1 biji telur (saiz B)
- 1 camca perisa vanilla
- Pukul cream cheese dengan gula sehingga gebu
- Masukkan telur dan vanilla
- Pukul lagi 2 - 3 min
Sebelum letak filling cheese, saya letakkan bluberry jem untuk lebih sedap. Kemudian baru letakkan
cream cheese tadi di atasnya. Bakar dengan suhu 150C selama 7 minit. (nak tahu filling dah masak @
belum, sentuh dengan jari;ianya masak kalau tidak melekat )
Blueberry filling |
Cream cheese filling |
HASILNYA:
Alhamdulillah, inilah hasil percubaan pertama ; lakaran kurang mahir dari amatur. Tapi rasanya memang lazat. Sekejap saja dah licin.
Esoknya atas permintaan anak-anak, buat lagi. Selepas mengambil Naqib di asrama, hantar ke tuition di Jalan Pudu, balik singgah pula di pasar tani (cari barang dapur pula), sempat juga mengajar Ili memandu sekejap, terus balik. Rumah pula nak dikemas, tapi syukurlah kerjasama anak-anak memudahkan urusan, masing-masing ambil tanggungjawab bersama.
Selesai, masak untuk lunch, sementara menunggu untuk ambil Naqib dari tuition penuhi permintaan anak-anak yang nakkan cheese tart lagi. Kali ini design buah blueberry pula:
Selesai, masak untuk lunch, sementara menunggu untuk ambil Naqib dari tuition penuhi permintaan anak-anak yang nakkan cheese tart lagi. Kali ini design buah blueberry pula:
Siap blueberry cheese tart, packing untuk Naqib bawa balik ke asrama, hantar sikit untuk jiran sebelah; Alhamdulillah dapat dikongsikan rezeki bersama.
Lewat petang hantar pula Naqib ke asrama...
Maha Besar Mu ya Allah, dalam kesibukan terkejar ke sana sini, Engkau masih memberi kekuatan buat hambaMu ini.melunaskan tanggungjawabku pada anak dan keluarga.
Semoga Kau menjadikan anak-anakku, anak-anak yang soleh dan memlimpahkan kebahagian buat kami sekeluarga. Aminnnn....
No comments:
Post a Comment