Sunday, 12 July 2015

M & M CHOCOLATE COOKIES YANG LAZAT

Persiapan hariraya yang sederhana untuk kami sekeluarga tahun ini. Saya sedayanya untuk cuba menyediakan juadah kuih muih dengan air tangan sendiri. Jadinya, pilihan biskut kenalah yang menepati citarasa anak-anak.

M & M cookies ini sebenarnya adalah 1st try saya. Hasilnya, alhamdulillah memuaskan. Sekilas pandang, daya penarik utamanya adalah chocolate M & M yang berbagai warna sangat menyerlah di atas adunan biskut berwarna chocolate.

Cumaa... anak-anak bujang memberi komen tak kena pada tekak mereka (mungkin sebab rasa chocolate yang kuat). Apapun ianya menjadi kegemaran si dara saya. Siap tanya lagi; "ehhh... kenapa umi buat sikit jer, SEDAP sangat apaaa biskut ni", Huhhhh... LEGA rasa hati bila biskut yang kita buat LAKU juga. Lebih rasa seronok lagi, bila bawa balik kampung ; biskut ini jadi kegemaran anak-anak saudara pula especially Ikhwan. Mak pun dok rajin juga mengunyah biskut ni :). Ermmm.... Alhamdulillah, FINISHED!!! habuk pun tak tinggal. Siap ada request supaya buat lagi. 

Di sini saya sharingkan resepinya:
Bahan-bahan diayak dan satukan :

  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung rose 
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko gelap aka dark choc/biasa(nak sedap, pilih yg ader brand can Van Houton ker)
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor @ gula perang
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang (walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional (saya tak letak)

Cara-cara :

Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.

Masukkan kuning telur dan pukul rata.

Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.

Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.

Selepas buat bentuk bebola doh biskut tadi...leperkan...lebih cepat masak.. Gunakan alas non stick di atas dulang pembakar supaya mudah dialih bila telah masak.

Kemudian hiaskan biskut anda dengan M & M di atas biskut.

Panaskan oven 150c atau ikut kesesuaian oven anda.

Masukkan cookies dalam oven. Biar dalam 15 ke 20 minit. Kalau buat kecil-kecil lagi cepat masak. 

Masa keluar dari oven, biskut akan sedikit lembik. Biskut akan mudah dialih ke rak untuk disejukkan apabila menggunakan pelapik non stick (walaupun mahal sedikit yang bagusnya pelapik ini re- cycle). Tetapi kena berhati-hati dan perlahan-lahan supaya biskut tidak berderai. Biarkan sejuk dan ia akan mengeras dgn sendiri..

Kalau masih ada bahagian yg lembik jugak walaupun dah sejuk (selalunya bahagian tengah) masukkan dalam oven lebih kurang 5 minit lagi..

Siap sudah biskut yang sangat attractive in colour :)

No comments:

Post a Comment