Sunday 12 July 2015

BISKUT MERINGUE KISSES; THE BEST...


Kebanyakan biskut menggunakan telur kuning sebagai salah satu bahan dalam adunan. Jadi, kerapkali putih telur yang diasing disimpan dalam peti sejuk dan kemudiannya terbiar begitu saja.

Untuk tidak membazirkannya, apa kata kita gunakan putih telur untuk membuat biskut yang tak kurang sedapnya ini. Biskut ini sangat ringan, crunchy dan cair di mulut. Cumaaaa..... kena banyak bersabar dengan biskut ni sebab masa yang diambil untuk memasaknya agak lama

BAHAN-BAHAN:

4 biji putih telur
1/4 tsp cream of tartar
1/4 tsp garam halus
1 cawan gula halus ising
1 tsp perisa mocha
5-10 titis pewarna coklat (optional)



CARA-CARA :

Panaskan oven 80C terlebih dahulu selama 10 minit. Letakkan kertas pelapik non stick paper di atas dulang pembakar dan ketepikan

Satukan putih telur, cream of tartar dan garam. Putar dengan kelajuan maksima selama 2 minit (sehingga adunan menjadi buih-buih halus yang sangat ringan)

Semasa proses memutar adunan dilakukan, perlahan-lahan masukkan gula ising sedikit demi sedikit. Gunakan spatula untuk mengais adunan ditepi mixer agar semua adunan dapat di putar oleh mesin.. 

Teruskan memutarkan adunan dengan kelajuan maksima sehingga adunan betul-betul ringan dan tidak menitik.

Masukkan perisa  & pewarna mocha. putar sehingga adunan rata. JANGAN TERLEBIH PUKUL KERANA ADUNAN AKAN SEDIKIT MENCAIR NANTI. Adunan dah tak menjadi kalau begitu.

Ambil dan masukkan adunan ke dalam plastik piping yang telah diletakkan acuan yang sesuai/dikehendaki untuk membentuk biskut kelak.

Pipe adunan terus ke atas dulang pembakar yang sedia dilapik (PERINGATAN: jangan sesekali menngunakan kertas pelapik biasa, kerana biskut nanti akan melekat pada kertas berkenaan).

Bakar sehingga 1 jam (sehingga biskut kering). Kemudian biarkan di dalam oven selama 1 jam lagi (boleh juga semalaman) sehingga betul-betul ringan dan kering.

Simpan di dalam bekas kedap udara, JAngan sesekali simpan di dalam petisejuk. Nanti biskut akan lembab dan melekit.

*Pesanan penting : Semasa membuat biskut meringue ini, untuk mendapatkan hasil yang sangat ringan dan foamy seperti Styrofoam, hendaklah menggunakan bekas stainless steel atau mangkuk kaca. Elakkan menggunakan mangkuk plastik.


No comments:

Post a Comment