Tarikh : 26 April 2014
Tempat : Hotel Everly Putrajaya
Masa : 8 pm hingga 11.00 pm
Sebahagian besarnya adalah pertemuan semula kami setelah 30 tahun masa berlalu. Dulunya kami sama-sama menuntut di Kolej Islam Klang (sekarang dikenali sebagai Kolej Islam Alam Shah Klang). Kami menjadi pelajar KIK mulai tingkatan 4 tahun 1983. Sebahagian besarnya ramai juga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti selepas SPM, dan sebahagiannya juga ada yang terus hingga tingkatan 6. Saya menuntut di sana dari tingkatan 4 hingga tingkatan 6. Kebanyakkan dari kami, lost contact selepas keluar dari KIK. Syukur dengan adanya facebook, media alam maya yang mempertemukan kami semula. Mencatat sejarah, batch kami merupakan kehdiran ahli yang paling ramai 120 orang dari kehadiran keseluruhan 1,200 orang pada malam tersebut. Bersyukur kehadrat Illahi di atas kesempatan pertemuan ini, dan tentunya terimakasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Ghani yang menaja kehadiran semua ahli batch kami.
Saya mengambil keputusan untuk menginap di hotel, untuk lebih selesa dan tidak terburu-buru; walaupun jarak rumah bukanlah jauh sangat, (Shah Alam - Putrajaya jer). Sebelum event rasmi bermula, sempatlah beberapa akhawat datang menyinggah di bilik saya.
|
HAPPY faces.... pertemuan semula selepas 30 tahun berlalu
Secara keseluruhannya program malam itu ringkas saja. Sekadar ucapan, sedikit persembahan dan makan malam. Tetapi suasana menjadi sangat meriah, faham-faham sajalah bila masing-masing bertemu setelah sekian lama terpisah memang 'havock' jadinya :)
THE PICTURES SPEAKS A THOUSAND WORDS.... sharing some photos i took that night
Sebahagian dari my ex classmate 5 Sas 3, dari kiri Dr Azhar Zailani, , Siti Rauzani, Rosilah dan Junaidah
|
|
Bersama penaja dan urusetia event untuk batch kami Ustaz Dr Halim Naam dan Ustaz Ghani |
|
Dari kiri Zailan (Oil & Gas Johor), Zurimah (Klinik di Putrajaya), saya dan Dr. Zanaton (pensyarah di UKM) |
|
Berdiri di belakang dari kiri bertudung gelap Dr. Sofiah (UIAM), Kalmizah (Timbalan Pendakwaraya Pahang), saya, Adibah Wahab (Pusat Zakat Selangor), Nasimah, Siti Rauzani
Duduk di hadapan dari kanan Siti Maryani, Noraini (SMK Sek 9), Rosilah (org kuat AIA insurance) |
|
Dari kiri Dr. Ilhamie, Shaziyah & Ayu Masni |
|
Sempat juga berposing dengan Kak Kamariah Sulaiman (1 year senior) dan Kalmizah (Timbalan Pendakwaraya Pahang) |
|
Dari kiri Wan Noradibah (Maahad Hamidiah Kajang, Dr. Nazlina (UKM), Dr. Zanaton (UKM) dan Dr. Rusni (UIAM) |
|
Bersama Dr Nurulhuda (owned klinik di Sg. Besar, Fatimah Ahmad dan Junaidah |
|
Bersama Noorfaizun dan Siti Aminah |
|
Santai di bilik dari kiri Kak Zuriah (guru di Bangi), Siti Aminah (guru di Sabah), Dr Razmin (pakar patalogi HKL) dan Dr Hadariah (pensyarah UiTM) |
|
Petang sebelum majlis makan malam, sempat juga gurlz2 bersantai minum petang dengan pavlova istimewa Dr Hadariah |
Semoga pertemuan ini akan terus disusuli dengan pertemuan2 akan datang sebagai menjalin dan mengerat kembali sillaturahim di zaman persekolahan. Seronok melihat sahabat-sahabat yang telah berjaya di dalam karier dan kehidupan masing-masing.
Daripada Ibn Umar bahwa Rasulullah S. A. W bersabda, " Seorang Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak menggelakkan diri daripada menolongnya sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kaiamat". (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment