Kesibukan urusan dan aktiviti harian, adakalanya menyebabkan kita terlupa untuk mengambil makanan yang seimbang dan punyai cukup rehat serta tidur yang lena. Ialahh.. kalau dikirakan 24 jam tak cukup rasanya untuk melaksanakan segala urusan rumahtangga, kerjaya, suami dan anak-anak. Itu belum lagi dimasukkan sekali dalam jadual kehidupan bersosial dengan sahabat handai dan sanak saudara.
Tidak dinafikan, dalam sibuk-sibuk begini tiba-tiba saja badan rasa lesu tidak bermaya. Akibatnya, pergerakan pun dan jadi slow dan yang paling tak menyeronokkan, cepat jer naik baran kalau dah selalu keletihan. He3... alahai, fokus dah lari, kerja pun jadi tak semangat.
Ini rahsia saya... saya namakan jus untuk 'activate' badan yang lemau. Rasa segar dan cergas bila dah minum jus ni. Mudah dan senang serta murah saja bahan-bahannya. Jom tengok cara nak buatnya. Sambil tu saya nak kongsikan juga khasiat di sebalik setiap bahan utama jus ini.
BAHAN-BAHAN UTAMANYA:
1. 4 biji epal hijau
2. Sebatang/ dua batang serai
3. 2 biji limau kasturi
4. Segengam daun pudina
5. Gula kabung (ikut citarasa manis masing-masing)
6. 3 gelas air kosong
Bersihkan kesemua bahan di atas. Potong epal, serai. Mesin sekali epal, serai dan daun pudina, gula dengan air. Kemudian perahkan limau kasturi dan tapis air berkenaan.
DONE!!! my energy booster juice.
Saya percaya ramai pembaca di luar sana rasa semacam; EIYYYY....!!! tak lalu nak minum juis serai dengan pudina mentah-mentah tu!!!
He3... dont worry :)
Jus ni sedap. Kan ada bahan utamanya epal kat situ. rasa masam-masam manis, berangin sikit sebab ada daun pudina dan rasa serai tu... ermmm/// boleh lah. Limau kasturi buat jus ini rasa berlemak.
#Nota: kurangkan serai kalau macam takut sangat nak minum air herba ni...
Saya dulu pun allergik dengan minuman herba ni. Ialah. minum mentah-mentah kan bahan tu. Nak gigit pun tak lalu rasanya. Tapi mengenangkan khasiatnya yang sangat banyak/baik untuk tubuh badan, rasa rugi kalau tidak menikmatinya. So tolak ketepi rasa EIYYYY....!!! dan mulalah saya me'reka' untuk menjadikannya gabungan jus yang lazat.
Jus ini juga kalau diamalkan; bagus untuk membuang angin di dalam badan, mengurangkan tahap kolestrol dan membuatkan mulut dan badan berbau harum. Jom kita lihat khasiat bahan utamanya:
EPAL HIJAU:
- Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Membantu kesihatan membran paru-paru.
- Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
- Membantu mengekalkan berat badan.
- Mengurangkan tekanan penyakit asma.
- Mengurangkan risiko barah.
- Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
- Baik untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, ianya dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
KHASIAT SERAI
- Minuman serai sangat mujarab untuk merawat angin dalam perut.
- Mampu melegakan kembung perut dengan memudahkan pembuangan angin dalam badan.
- Serai juga memberi kesan positif kepada yang ingin mengurangkan berat badan.
- Selain itu jus serai mampu menurunkan lebihan kolestrol seseorang
- Dapat mengawal pembinaan selulit di badan
- Serai sangat sesuai dijadikan minuman untuk orang yang mengalami Artritis
KHASIAT DAUN PUDINA
- Membantu saluran pencernaan. Jika terkena cirit birit atau sakit perut boleh ambil jus pudina untuk rawatan
- Membantu bertindak menjadi penyejuk kepada kulit + membantu dalam masalah kegatalan kulit
- Membantu mengurangkan sindrom usus + membersihkan perut + menghilangkan masalah kulit seperti jerawat
- Membantu dalam menghapuskan toksin dari badan
- boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.
- Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens.
- Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.
- Boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
KHASIAT LIMAU KASTURI
- Mampu menambahkan keenakan rasa pada sesetengah masakan dan minuman.
- Boleh merawat batuk, demam panas, keletihan, selsema dan sakit kerongkong.
- Berkesan bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
- Jus limau kasturi mengandungi Floretin-G iaitu bahan antioksidan semulajadi yang amat baik untuk kesihatan badan.
- Ia juga mengandungi vitexsin, yang menjadi salah satu bahan untuk merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.
Pengalaman saya, yang pasti badan terasa segar selepas meminum jus ini. Cuma harus saya peringatkan, serai agak panas dan memberi kesan yang sangat lawas pembuangan najis. Jadi boleh lah dikurangkan kuantitinya kalau tak tahan/ menggunakan teknik serai diketuk dan direndam lama dalam jus agar meresap (tidak perlu dimesin sekali).
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment