Assalamualaikum dan salam sejahtera!!. Hari ni saya nak kongsikan tazkirah yang dihantar oleh sahabat KIK kepada saya. Betapa satu kebetulan yang indah... saya baru sahaja dimarahi oleh seseorang :( dan dalam pada memujuk hati, terima pula message ini.
Al kisah.. Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika dengan sahabat-sahabatnya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat-sahabatnya. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. " Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. " Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu", jawab ayahnya.
Pada hari pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati; adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ; " Kau telah melakukannya dengan baik anakkku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan di sekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam di hati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu...."""
SO.. DEAR; PLZ DON'T SIMPLY GET ANGRY.. IT'S HURTS.. AND UNFORGETABLE...
No comments:
Post a Comment