Wednesday, 29 January 2014

BIRTHDAY CAKE FOR LITTLE PRINCESS NUNU

Assalamualaikum.....

N3 kali ini nak buat coretan sikit tentang kek birthday Nunu. Birthday sebenar gadis cilik Nunu adalah pada 15 Jan 2014. Pejam celik..pejam celik ... dah 7 tahun umur anak gadis cik Ila ini.


SELAMAT HARI LAHIR KE-7 NUNU!!. Auntie Ros doakan semoga menjadi anak yang solehah, dan menjadi kebanggaan serta kebahagiaan buat kedua ibubapa Nunu. Alhamdulillah sempat juga saya menyiapkan kek red velvet yang di tempah oleh ibu kesayangan Nunu. Mujurlah ibu Nunu tetap mahukan saya membuat kek untuknya, walaupun telah saya maklumkan awal keterlewatan untuk menyiapkan tempahan tepat pada waktunya. Terimakasih Ila, kerana mempercayai air tangan saya.



TQSM untie Roslizah Arshad...! Sangat sedap red velvet cake yg untie wat, kakak suka;)

#Belated besdaY anak dara
 — with Fuad Salleh.
TQVM ila. Terharu baca komen ila di facebook. 
Saya dimaklumkan oleh Ila; masa ambil Nunu dari rumah babysitternya dia agak moody (adalah perkara yang meruntun hati dia agaknya :(.
Tiba-tiba masuk saja ke kereta, dia tiba-tiba ceria bila ternampak kek yang dibawa oleh ibunya. And she's HAPPYY...alhamdulillah!!

Jom layari resepi kek red velvet di atas:

BAHAN-BAHAN :

1. 2 cawan tepung serbaguna
2. 1 tsp baking soda
3. 1 tsp baking powder
4. 1 tsp garam
5. 1 tsb serbuk koko
6. 2 cawan gula castor
7. 1 cawan minyak sayuran
8. 2 biji telur
9. 1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sb cuka)
10.2 tsp vanilla esen
11.2 sb pewarna merah
12.1 tsp cuka
13. 1/2 cawan hot coffee/nescafe

CARA-CARA:

Panaskan oven 170C. Sediakan loyang bersaiz 8 " yang telah disapu butter.


Satukan bahan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam; ketepikan.

Sediakan satu bekas lain. Putar dengan kelajuan sederhana gula + minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, pewarna dan esen vanilla. Putar sehingga sebati. 

Masukkan hot coffee dan cuka; putar.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul perlahan-lahan menggunkan spatula sehingga adunan sebati. Masukkan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45-60 minit dengan suhu 170C.

Apabila telah masak, letakkan di atas dawai relai. Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum proses mendeko dilakukan.


CREAM CHEESE ISING:
1. 250 grams cream cheese
2. 125 grams buttercup
3. 200 grams gula ising
4. 2 sudu besar krimwell (untuk memudahkan proses mendeko)

# Kesemua bahan di atas diputar sehingga ringan dan fluppy

Sedia untuk mendeko :)

Salam sayang untuk Nunu...



No comments:

Post a Comment