Assalamualikum dan salam Jumaat yang penuh barakah buat semua mulimin dan muslimat.
Syukur alhamdulillah, hari ini saya diberi peluang untuk mengadakan majlis makan-makan untuk semua staff di bahagian saya. Masih teringat-ingat lagi menu tadi, nasi jagung berlaukkan daging dendeng, dalca kari tulang lembu dan ayam masak merah banjar. Alahai.... sampai terlupa nak snap gambar menu yang lazat tadi. Masakanti sebenarnya disediakan oleh salah seorang kerani saya Anies (atas permintaan saya & dimasak sendiri oleh ayah beliau). Sebagai boss, saya keluarkan wangnya saja. Wahhh... memang sedap!!!. Bertambah-tambah saya makan.
Sesetengah orang suka mengajak staff mereka makan-makan di luar. Tapi tidak pula saya, sebab saya merasakan lebih meriah makan-makan di pejabat dengan masakan yang dibawa dari rumah. Sudah pasti yakin dengan kesegaran dan kebersihannya. Lagi pun tak perlu meninggalkan pejabat, dan semua staff akan ada bersama.
Malam sebelumnya. sempat juga saya menyediakan sebiji kek choc moist untuk jamuan ini. Ini memang kek choc TERBAIK yang pernah saya cuba. Sangat moist, gebu dan lembab. Ermmmm....
BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:
Resepi asal : http//www.bestmoistchocolatecakerecepi.com/
Sumber rujukan: AzieKitchen
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula castor
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur saiz A
1 cawan buttermilk (saya sediakan sendiri)
1 cawan vege oil
2 tsp vanilla esen
1 cawan air mendidih (wajib letak coffee/nescafe)
CARA MEMBUAT BUTTERMILK:
1 cawan susu segar
1 sb cuka
Masukkan cuka ke dalam susu dan gaul sebati
CARA MEMBUAT KEK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 C.
2. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan tabur rata dengan tepung gandum ( saya gunakan loyang bersaiz 7 "
3. Satukan semua bahan di atas KECUALI AIR MENDIDIH ke dalam mixing bowl dan putar dengan kelajuan sederhana kira-kira 10 minit.
4. Akhir sekali masukkan air kopi/nescafe panas tadi dan di kaup perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang pembakar dan sedia untuk dibakar
# UNTUK HASIL KEK YANG CANTIK DAN GEBU; masa membakar yang saya perlukan adalah 1 jam. 40 minit pertama menggunakan suhu 170 C dan bakinya 20 minit dengan suhu 150 C
Inilah hasilnya, tekstur yang halus, sangat gebu dan lembab..
Selepas kek siap dibakar, biarkan sehingga betul-betul sejuk. Saya potong kek kepada 2 bahagian dan lapiskan dengan cream cheese. Kemudian saya salut keseluruhan kek dengan cream cheese; dan biarkan sejuk semalaman di dalam peti ais. Jom tengok cara-cara menghasilkan cream cheese yang mudah dan sedap.
BAHAN MEMBUAT CREAM CHEESE:
1. 250 gram cream cheese Philadelphia
2. 125 gram buttercup
3. 200 gram gula icing yang telah diayak
Caranya:
Satukan kesemua bahan dan diputar sehingga ringan dan gebu.
#Siap dan sedia untuk dijadikan topping kek
Keesokkan harinya, seawal pagi lagi saya sudah memulakan projek kek ini. Mula-mula masakkan dulu chocolate ganache (resepi di bawah). Letakkan kek di atas dawai relai, dan curahkan choc ganache yang masih panas terus ke atas kek dan ratakan....
CARA MEMBUAT CHOCOLATE GANACHE:
1. 150 ml whipping cream (jenama Rish's)
2. 500 grm choc compound bittersweet Berly's
3. 1 sudu besar butter cup
Cara-cara:
1. Panaskan whipping cream secara double boil kira-kira 5 minit sambil dikacau
2. Masukkan chocolate coumpoud + buttercup . Kacau hingga likat dan berkilat
# Sedia untuk dicurahkan ke atas kek
Untuk hiasannya saya gunakan cream cheese saya yang masih berbaki dan diwarnakan serta di lakar ke atas kek mengikut kreativiti. Alhamdulillah inilah hasilnya, kek chocalate haven saya...
The longer i live
the more beautiful
life becomes.
If you foolishly ignore beauty,
you will soon find yourself without it
No comments:
Post a Comment