Wednesday, 29 January 2014

BIRTHDAY CAKE FOR LITTLE PRINCESS NUNU

Assalamualaikum.....

N3 kali ini nak buat coretan sikit tentang kek birthday Nunu. Birthday sebenar gadis cilik Nunu adalah pada 15 Jan 2014. Pejam celik..pejam celik ... dah 7 tahun umur anak gadis cik Ila ini.


SELAMAT HARI LAHIR KE-7 NUNU!!. Auntie Ros doakan semoga menjadi anak yang solehah, dan menjadi kebanggaan serta kebahagiaan buat kedua ibubapa Nunu. Alhamdulillah sempat juga saya menyiapkan kek red velvet yang di tempah oleh ibu kesayangan Nunu. Mujurlah ibu Nunu tetap mahukan saya membuat kek untuknya, walaupun telah saya maklumkan awal keterlewatan untuk menyiapkan tempahan tepat pada waktunya. Terimakasih Ila, kerana mempercayai air tangan saya.



TQSM untie Roslizah Arshad...! Sangat sedap red velvet cake yg untie wat, kakak suka;)

#Belated besdaY anak dara
 — with Fuad Salleh.
TQVM ila. Terharu baca komen ila di facebook. 
Saya dimaklumkan oleh Ila; masa ambil Nunu dari rumah babysitternya dia agak moody (adalah perkara yang meruntun hati dia agaknya :(.
Tiba-tiba masuk saja ke kereta, dia tiba-tiba ceria bila ternampak kek yang dibawa oleh ibunya. And she's HAPPYY...alhamdulillah!!

Jom layari resepi kek red velvet di atas:

BAHAN-BAHAN :

1. 2 cawan tepung serbaguna
2. 1 tsp baking soda
3. 1 tsp baking powder
4. 1 tsp garam
5. 1 tsb serbuk koko
6. 2 cawan gula castor
7. 1 cawan minyak sayuran
8. 2 biji telur
9. 1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sb cuka)
10.2 tsp vanilla esen
11.2 sb pewarna merah
12.1 tsp cuka
13. 1/2 cawan hot coffee/nescafe

CARA-CARA:

Panaskan oven 170C. Sediakan loyang bersaiz 8 " yang telah disapu butter.


Satukan bahan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam; ketepikan.

Sediakan satu bekas lain. Putar dengan kelajuan sederhana gula + minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, pewarna dan esen vanilla. Putar sehingga sebati. 

Masukkan hot coffee dan cuka; putar.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul perlahan-lahan menggunkan spatula sehingga adunan sebati. Masukkan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45-60 minit dengan suhu 170C.

Apabila telah masak, letakkan di atas dawai relai. Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum proses mendeko dilakukan.


CREAM CHEESE ISING:
1. 250 grams cream cheese
2. 125 grams buttercup
3. 200 grams gula ising
4. 2 sudu besar krimwell (untuk memudahkan proses mendeko)

# Kesemua bahan di atas diputar sehingga ringan dan fluppy

Sedia untuk mendeko :)

Salam sayang untuk Nunu...



Friday, 24 January 2014

CHOCOLATE CAKE : YANG SANGAT MOIST DAN HEAVENN..


Assalamualikum dan salam Jumaat yang penuh barakah buat semua mulimin dan muslimat.

Syukur alhamdulillah, hari ini saya diberi peluang untuk mengadakan majlis makan-makan untuk semua staff di bahagian saya. Masih teringat-ingat lagi menu tadi, nasi jagung berlaukkan daging dendeng, dalca kari tulang lembu dan ayam masak merah banjar. Alahai.... sampai terlupa nak snap gambar menu yang lazat tadi. Masakanti sebenarnya  disediakan oleh salah seorang kerani saya Anies (atas permintaan saya & dimasak sendiri oleh ayah beliau). Sebagai boss, saya keluarkan wangnya saja. Wahhh... memang sedap!!!. Bertambah-tambah saya makan.

Sesetengah orang suka mengajak staff mereka makan-makan di luar. Tapi tidak pula saya, sebab saya merasakan lebih meriah makan-makan di pejabat dengan masakan yang dibawa dari rumah. Sudah pasti yakin dengan kesegaran dan kebersihannya. Lagi pun tak perlu meninggalkan pejabat, dan semua staff akan ada bersama.

Malam sebelumnya. sempat juga saya menyediakan sebiji kek choc moist untuk jamuan ini. Ini memang kek choc TERBAIK yang pernah saya cuba. Sangat moist, gebu dan lembab. Ermmmm....


BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:
Resepi asal : http//www.bestmoistchocolatecakerecepi.com/
Sumber rujukan: AzieKitchen

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula castor
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur saiz A
1 cawan buttermilk (saya sediakan sendiri)
1 cawan vege oil
2 tsp vanilla esen
1 cawan air mendidih (wajib letak coffee/nescafe)

CARA MEMBUAT BUTTERMILK:

1 cawan susu segar
1 sb cuka
Masukkan cuka ke dalam susu dan gaul sebati

CARA MEMBUAT KEK :

1. Panaskan oven pada suhu 170 C.
2. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan tabur rata dengan tepung gandum ( saya gunakan loyang bersaiz 7 "
3. Satukan semua bahan di atas KECUALI AIR MENDIDIH ke dalam mixing bowl dan putar dengan kelajuan sederhana kira-kira 10 minit.
4. Akhir sekali masukkan air kopi/nescafe panas tadi dan di kaup perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang pembakar dan sedia untuk dibakar

# UNTUK HASIL KEK YANG CANTIK DAN GEBU; masa membakar yang saya perlukan adalah 1 jam. 40 minit pertama menggunakan suhu 170 C dan bakinya 20 minit dengan suhu 150 C

Inilah hasilnya, tekstur yang halus, sangat gebu dan lembab..



Selepas kek siap dibakar, biarkan sehingga betul-betul sejuk. Saya potong kek kepada 2 bahagian dan lapiskan dengan cream cheese. Kemudian saya salut keseluruhan kek dengan cream cheese; dan biarkan sejuk semalaman di dalam peti ais. Jom tengok cara-cara menghasilkan cream cheese yang mudah dan sedap.

BAHAN MEMBUAT CREAM CHEESE:

1. 250 gram cream cheese Philadelphia
2. 125 gram buttercup
3. 200 gram gula icing yang telah diayak

Caranya:
Satukan kesemua bahan dan diputar sehingga ringan dan gebu.
#Siap dan sedia untuk dijadikan topping kek

Keesokkan harinya, seawal pagi lagi saya sudah memulakan projek kek ini. Mula-mula masakkan dulu chocolate ganache (resepi di bawah). Letakkan kek di atas dawai relai, dan curahkan choc ganache yang masih panas terus ke atas kek dan ratakan....

CARA MEMBUAT CHOCOLATE GANACHE:

1. 150 ml whipping cream (jenama Rish's)
2. 500 grm choc compound bittersweet Berly's
3. 1 sudu besar butter cup

Cara-cara:
1. Panaskan whipping cream secara double boil kira-kira 5 minit sambil dikacau
2. Masukkan chocolate coumpoud + buttercup . Kacau hingga likat dan berkilat
# Sedia untuk dicurahkan ke atas kek

Untuk hiasannya saya gunakan cream cheese saya yang masih berbaki dan diwarnakan serta di lakar ke atas kek mengikut kreativiti. Alhamdulillah inilah hasilnya, kek chocalate haven saya...


The longer i live
the more beautiful
life becomes.
If you foolishly ignore beauty,
you will soon find yourself without it

Wednesday, 15 January 2014

HOMESTAY SEKINCHAN

Perlukan penginapan :
  • Bercuti dengan keluarga
  • Rombongan pengantin
  • Kursus
  • Pengambaran filem, drama & video
  • Lain-lain percutian

Kemudahan yang ditawarkan :
  • Sebuah rumah penginapan banglo
  • Boleh memuatkan sehingga 30 orang
  • Berhampiran dengan pekan Sekinchan
  • Berhampiran dengan pantai Sekinchan yang terkenal dengan makanan laut yang SEGAR dan MURAH
  • Berhampiran dengan sawah yang terbentang luas saujana mata memandang

Lokasi :
  • Taman Aman Jaya, Sekinchan Selangor

 Pandangan dari pagar masuk utama

Pandangan depan rumah

 Kawasan halaman hadapan/kanan yang luas boleh untuk 10 buah kereta (parking)

Pintu masuk

 Ruang tamu 1

Ruang makan 1

Ruang tamu 2

Dapur

Ruang rehat atas

Bilik tidur utama

Bilik tidur utama

Bilik tidur 1

Bilik tidur 2


Untuk tempahan sila hubungi :

PN ROSE 019-2125811 @

TINGGALKAN MESSAGE DI BLOG INI. 

Saya akan menjawab dengan kadar segera 

Saturday, 4 January 2014

DON'T GET ANGRY SAYANG ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!. Hari ni saya nak kongsikan tazkirah yang dihantar oleh sahabat KIK kepada saya. Betapa satu kebetulan yang indah... saya baru sahaja dimarahi oleh seseorang :( dan dalam pada memujuk hati, terima pula message ini.

Al kisah.. Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika dengan sahabat-sahabatnya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat-sahabatnya. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. " Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. " Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu", jawab ayahnya.

Pada hari pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati; adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.


Pemuda lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ; " Kau telah melakukannya dengan baik anakkku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan di sekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam di hati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu...."""

SO.. DEAR; PLZ DON'T SIMPLY GET ANGRY.. IT'S HURTS.. AND UNFORGETABLE...