Assalamulaikumm... salam sejahtera. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat kasih Illahi selamanya.. aminnnn.
Hari ini saya nak kongsikan resepi mudah yang sentiasa jadi kegemaran anak-anak. Dari Ili hinggalh ke Izzat, ke empat-empat anak saya amat mengemari kek ringkas ini. Kalau cuti sekolah, buat satu adunan, sekejap jer dah LICIN!!!!
Sekali dua sayalah yang ke dapur menyediakannya. Sekarang Cik Ili saya sudah pun mahir membuatnya. Ringkas, mudah dan sekejap jer dah DONE!!! 15 minutes preparations time...
BAHAN-BAHANNYA:
250 grms buttercup
220 grms MILO
30 grms serbuk koko Harsley's
450 grms biskut cheese crackers Julies's
3/4 tin susu pekat
CARA-CARANYA ;
1. Panaskan kuali.
2. Masukkan buttercup dan kacau hingga buttercup cair
3. Masukkan susu dan serbuk koko dan kacau dengan cepat tetap perlahan (supaya adunan tidak berketul)
4. Kacau adunan sampai likat (lenguh sikitlah tangan sebab ala-ala kacau dodol gitu.!!.)
5. Perlahankan api, masukkan biskut sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga semua biskut habis
6. Gaul rata. matikan api
7. Masukkan ke dalam bekas yang telah dialas dengan kertas minyak terlebih dahulu, dan ditekan agar rata
8. Sejukkan, seeloknya semalaman/4 jam di dalam peti sejuk.
TARAAAA...!!! Adunan telah sedia dipotong.. Cantik kan macam corak batik, eksklusif with colour combination dark brown and gold. Apa yang membezakan kek batik saya ini dengan yang lain-lain ya????
Penggunaan biskut cheese crackers membuat kek batik ini sedikit crunchy. Ada pula rasa coklat mewah Harsley's dan MILO tu....
Ermmmm...SEDAP SANGAT.
Kalau nak tahu kenalah cubalah resepi mudah ini.
BISMILLAHIR RAHMANNIR RAHIM.... jom makan.
Sedap sebagai kudapan semasa menonton TV atau bila-bila masa saja. Memang jadi kegemaran kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment