Sempena cuti sekolah dan penutup tahun 2013; alhamdulillah kami sekeluarga (mak abah, ancu dan abang) serta anak-anak berkesempatan ke Pulau Pinang. walau pun pada awalnya abah agak keberatan nak mengikut dengan alasan kurang sihat katanya, tapi digagahkan juga.
Perjalanan mengambil masa 5 jam, dalam keadaaan jalan yang agak banyak kenderaan; maklumlah musim cuti persekolahan; syukur kami sampai dengan selamat. Kami menginap di penthouse bank negara yang terletak di tengah-tengah bandar. Penginapan yang selesa dengan kemudahan huge balkoni, living room dan dining hall serta kitchen yang luas.
Nice view dari balkoni penthouse.
Mak pula so happy bila abang serta keluarga turut serta dalam percutian kali ini (he..he.. pertama kalinya kut dia boleh join kami).
Family bounding :). Missing my hubyy & my younger sister Kathy n family yg xdpt join kami
The man's in family with mak & abah. Si hero kecil Ikhwan mempengaruhi 2 lagi hero besar abang naqib dan abang firdaus dengan gaya ultraman nya.
Ladies in family. Alahaiiii... mak ngah pun nak terikut2 gaya Ikhwan.
Si cilik-cilik cucu atok & opah dengan gaya mereka.
Santai-santai abah & emak :)
Sampai juga mak & abah ke Bukit Bendera, setelah lawatan pertama abah lebih 55 tahun yang lalu ...
1 trip tour di bukit bendera untuk 6 bagi satu green car rm 30.00
CAUGHT IN ACTIONS...:)
Me & beloved mum...
Selesai solat zuhur di masjid terapung Batu Feringgi
Opah Atuk bersama cucu-cucunya
Happy faces
Cousins bounding
Siblings
The eldest belong to abang & mine
Di puncak Bukit Bendera ; rumah kolonial & peti surat yang berusia lebih 100 tahun.
Asyiknya melihat seniman jalanan ini..
Credit to Along for this beautiful photos ...
Keseleruhannya abah & mak gembira bila di kelilingi anak dan cucu-cucunya. Hilang rasa penat dan tak sihat sebelum pergi. Nampaknya, anak-anak kena selalu bawa abah & mak jalan sebagai 'treatment health' mereka. Syukur ya Allah, kami masih punya mereka serta keizinan rezeki dan ruang masa untuk bersama mereka.
No comments:
Post a Comment