Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu
rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka
tidak tahu rahsianya ialah…
1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik
ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya. Sakit memang sakit, bukan kata orang lain, diri sendiri pun memang tersiksa apabila diri mengarahkan agar menahan nafsu. Namun itulah hakikatnya, sebuah kemenangan pasti ada pengorbanannya. Kitalah yang kuat, kalau menang dalam pertarungan itu.
2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya,
maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sakit zahir nampak di mata; banyak juga tempat untuk berubat. Bagi yang bersyukur, alhamdulillah... sakit dilalui dengan tenang kerana ia tahu kenapa dan mengapa sakit itu datang.
Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka. Penyakit hati ini sukar diubati, susah nak dibantu sebab tidak nampak pada mata zahir. Kerana itulah ibadat dan muhasabah diri kena berterusan agar hati sentiasa terubat.
Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka. Penyakit hati ini sukar diubati, susah nak dibantu sebab tidak nampak pada mata zahir. Kerana itulah ibadat dan muhasabah diri kena berterusan agar hati sentiasa terubat.
3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya),
sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit
batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan
dirosakkannya. Apa tidaknya, kalau sampai nafsu beraja di hati, tentulah perlakuan sukar dikawal. Menjadi ikutan bila mempengaruhi orang lain pula.
4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka,
sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita
melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.
5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin
tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit
sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.
6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari
sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.
7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang
paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan harta. Bahkan
orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.
8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan
menguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan
ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi
kerosakannya terlalu banyak.
9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya
tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang
memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang
yang memiliki Tuhan.
10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar
dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.
11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah
diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan
berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah,
orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan
mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat
malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan
kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci
manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu
dijadikan kawan berbincang.
12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi
simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.
13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap
orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak
diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang
dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun
tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam
dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga
turut susah dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit
hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung. Bila seseorang itu sombong,
orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan
ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita itulah adakalanya
mengundang bala atau kesusahan. Bolehlah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.
JOM... CERMIN DIRI MUHASABAH JIWA..
Semoga kita temui sebuah ketenangan
No comments:
Post a Comment