Tuesday, 26 February 2013

HOMEMADE PIZZA


My Iqbal memang sukakan 'western food'. Favourite nya; DOMINOS's pizza. Anak bujang ni pun rajin menonton Astro AFC channel. Satu hari:

"Umi.., Naqib tengok AFC channel hari ni; cara-cara buat roti dan pizza. Macam senang jer..," katanya.
"Oooo... ok.., kalau macam tu, jom kita cuba buat pizza sendiri, Naqib pun suka kan,".. jawabku.

Percubaan pertama, doughnya kurang menjadi, tak berapa lembut. Tapi habis licin juga 5 pizza bersaiz sederhana (kalau ke Domino's agaknya RM 70 - RM 100 juga tu.. he3...).

Kali kedua, kami mencuba lagi, ermmmm.. berjaya mendapatkan doh yang lembut dan lazat.

Resepinya mudah dan ringkas:


Pizza base :

  • 2 cawan tepung roti (high protein flour)
  • 2 sk yis mauripan
  • 90 ml air suam
  • 70 ml susu segar suam
  • 1 sk garam halus
  • 2 sb gula
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb susu tepung
Cara-cara : 
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. 
Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam. 
Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.

Topping/Filling : (2 large pizza)
  • 400 g daging cincang (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh) 
  • sedikit garam dan gula
  • 3 sudu besar mentega
 Untuk hiasan :
  • sedikit oregano kering
  • cendawan shitake
  • hirisan nenas
  • hirisan kapsikum
  • hirisan bawang besar
  • keju parut
  • lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.

Untuk Sos Keju :

* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam

Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.
Nota: Sos keju dimasak oleh My Idham


Pizza's in making..


INILAH HASILNYA... Walaupun gambar tidak berapa jelas, tapi memang sedap.


Berbaloi buat pizza di rumah, 'rich with topping', kita bebas nak letak topping apa,  dan boleh buat pelbagai perisa ikut keinginan. Keluar saje dari oven, sekejap jer pizza dah licin. Memang sedap dimakan panas-panas.

Semangat Naqib tambah berkobar-kobar, apalagi bila projek pizzanya di post di twitter mendapat maklumbalas balas dari kawan-kawan. Ramai yang nak mencuba. Sebelum pulang ke asrama petang itu, sempat juga dia memasak 2 pizza saiz sederhana untuk dijamu kepada rakan-rakannya di asrama.

Alhamdulillahh...rezeki dikongsi dengan rakan-rakan dengan kebolehan yang ada. 
Hasilnya; rakan-rakan memuji kelazatannya. 

Semoga Naqib akan terus mencuba resepi yang lain nanti. Thanks to my Idham also.., for being a good kitchen helper. Sedap, lazat dan lemak manis rasa pizza tu bila ditambah dengan sos keju yang dibuat oleh Idham.

No comments:

Post a Comment