Selamat Ulangtahun ke 14 anakku.
Semoga Naqib menjadi anak yang soleh, berjaya hidup dunia dan akhirat... itu doa Umi setiap masa dan ketika untuk Naqib.
Lahirnya Naqib 20 Jan 1998 merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya dari Allah SWT. Semoga Allah memberi kekuatan dan permudahkan Umi untuk menjaga Naqib selaku amanahNya. Tentunya Umi mengharapkan yang terbaik dalam segala hal buat Naqib.
Nama IQBAL NAQIB NURUDDIN memberi makna yang amat besar pada Umi. Bagi orang yang tidak mengerti ; apalah ada pada nama. Pada Umi, sejak pencarian nama yang indah dan sesuai untuk Naqib, dalam hati sudah terdetik sebuah doa dan harapan buat anak yang Umi kandung. Kerana itu, nama yang diberi adalah sebuah doa sebagai tanda kasih dan harapan Umi yang mengiringi perjalanan Naqib sepanjang hayat ini. Semoga anak Umi selalu ingat doa dan harapan pada nama yang diberi.
IQBAL bermaksud Kejayaan
NAQIB bermaksud Yang Menjamin
NURRUDDIN bermaksud Cahaya Agama
Semoga Allah sentiasa memeliharamu agar dalam rahmat dan perlindunganNya. Garaplah ilmu selagi hayat dikandung badan, pada setiap detik nafas ada kasih sayang yang Allah sampaikan dalam pelbagai bentuk agar kita mengerti dan memahaminya. Bukalah mindamu dan hayatilah ilmu Nya anakku.
Salam sayang dari;
UMI
No comments:
Post a Comment