Kacang walnut palsu
Kacang walnut yang ori dikeluarkan dan diganti dengan konkrit yang dibalut kertas agar lebih kemas kemudiannya dimasukkan ke dalam kulit kacang walnut yang ori dan digam
Madu lebah palsu
Madu palsu ini terhasil dari campuran air gula, manisan malt, sirap jagung atau beras, jaggery (sejenis gula yang tidak bertapis). pemanis barley malt atau bahan tambahan lainnya dengan hanya sedikit madu. Ia dipasarkan dengan meluas melalui India ke US
Daging lembu palsu
Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang kemudiannya diperap selama 90 minit dengan sedikit daging lembu gred tinggi. Bahan perap yang digunakan ini boleh meracun organ dalaman manusia dan boleh membawa penyakit kanser
Telur palsu
Ia terdiri daripada bahan kimia, asid alganic, kalium, kalsium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air. Telur ini direbus dalam air kencing kanak-kanak lelaki (mendapatkan warna dan kulittelur sibuat dari kapur. Memakan telur palsu secara berterusan boleh menyebabkan kehilangan memori dan demensia
Beras palsu
Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek. Beras ini nampak ori, tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras. ' Makan tida mangkuk beras palsu ini seperti makan sati beg plastik," kata pegawai dari Persatuan Restoren Cina
Ban kitar semula
Beberapa kedai runcit telah dituduh menghantar ban yang telah tamat tempoh kembali kepada pembuat mereka, Shanghai Shenglu Food Company, dimana ban asli ini akan dikitar dengan cara memasukkannya dalam campuran tepung, air, pewarna makanan kuning yang haram dan pemanis tiruan. Ban kemudian dipakej semula dan dijual sebagai ban baru
No comments:
Post a Comment