Thursday, 18 June 2015

IDEA BISKUT RAYA YANG RINGKAS TAPI SEDAP...MESTI CUBA


Salam Ramadhan al Mubarak buat pembaca yang dirahmati Allah.....

Syukur ke hadrat Allah SWT. Hari ini telah masuk hari ke 5 Ramadhan 1305. Cepat sungguh masa berlalu, tak kerasanan . Moga dengan limpahan rahmat dan kasih sayangMu ya Allah, Ramaddhan ini membawa barakah dalam kehidupan dan dikurniakan malam Lailatul Qadr. Aminnn...

Catatan kali ini saya ingin berkongsi resepi biskut yang sangat ringkas, tapi sedap, rangup dan memang jadi kegemaran. Yang penting juga, sangat berkhasiat dengan adanya badam dan cornflakes tu. Cuma... rupanya memang agak kurang menarik, jadi kalau sekadar dilihat tidaklah tertarik. Hanya bila dah makan, sangatlah menarik.

BAHAN-BAHAN:

150 gm buttercup
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus (saya guna gula kastor)
60 gm cornflakes
50 gm coklat cip
25 gm almond nib
1 camca teh esen vanila
ceri merah dipotong kasar (secukupnya untuk hiasan)


CARA-CARA:

  1. Satukan butter dengan gula.
  2. Dengan menggunkan senduk kayu; gaulkan gula dan butter hingga sebati . Tak perlu hingga kembang dan gebus, sampai sebati jer (SENANG KANN!!). ###Peringatan kalau terlebih pukul, nanti biskut akan jadi kembang dan  meleper; dah tak cantik :(
  3. Masukkan tepun sedikit demi sedikit dan gaul rata
  4. Masukkan cornflake, badam, coklat cip dan esen vanilla secara berperingkat sambil digaul rata
  5. Sediakan dulang pembakar.
  6. Ambil secara jemput-jemput kecil adunan tersebut dan susun atas dulang pembakar
  7. Letakkan buah ceri sebagai hiasan pada biskut sebelum dibakar


Sambil-sambil tu panaskan oven selama 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C. Bakar biskut selama 20 minit. Angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, 3 June 2015

ROTI SARANG LEBAH DAN RESEPI SOS KARAMEL YANG MUDAH

Barakallahh.... Subhannalah... Alhamdulillahh.... Syukur di atas segala nikmat dan rahmatMu ya Allah...

Dah jadi rutin saya sejak dua menjak ini, meroti buat anak-anak yang untuk 'supper' mereka. Bila umur anak semakin meningkat, selera dan keinginan untuk makan memang bertambah apatah lagi bila mereka punya aktif beraktiviti. Apa pun, satu kebahagian pada seorang ibu, tidak terasa kepenatan untuk mengeluh bila melihat anak-anak selera menikmati air tangan kita.

Kegemaran si bongsu Izzat Nabil, roti sarang lebah yang sedang-sedang saja manisnya. Saya ambil resepi ni dari blog masakan terkenal Masam Manis. Terimakasih atas perkongsian empunya blog Azlita yang memang sangat terkenal dengan hasil masakan yang hebat. Barakallah alaiki.

Hasilnya... ermmm.. memang Marvelous sangat-sangat. Lembut, gebus , lemak-lemak manis berkaremal dan sekejap jer licin apatah lagi bila dimakan panas-panas.


BAHAN-BAHAN :
  1. 300 grams tepung high protein
  2. 200 grams tepung gandum
  3. 2 sudu besar butter
  4. 2 sudu besar madu asli
  5. 6 grams instant yis
  6. 1 sudu kecil baking powder
  7. 3 sudu besar gula halus
  8. 1 biji telur
  9. 2 sudu besar yogurt asli
  10. 250 ml susu segar
Hasil roti yang baru keluar dari oven.

CARA-CARA:
# satukan bahan 1 hingga 7 di atas dan gaul sehingga (adunan menjadi peroi) anggaran 5 minit menggunakan mesin

# masukkan secara mengikut turutan (tanpa menghentikan mesin telur, madu, yogurt dan susu sedikit demi sedikit

# seterusnya masukkan bahan 8 hingga 11 secara turutan sedikit demi sedikit. Gaul sehingga adunan sebati dan kenyal. Anggaran 15 minit

# layurkan sebuah bekas/besin dengan minyak zaitun, dan letakkan adunan tersebut. tutup adunan tersebut dengan kainlembab/palstik lebih kurang 40 minit

# buka adunan dan uli sekali lagi. kemudian buat bentuk yang dikehendaki dan letakkan di dalam bekas untuk membakar

# tutup dengan kain lembab/plastik lebih kurang 40 minit lagi sebelum dibakar

# panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu

# masukkan adunan roti ke dalam oven 170C dan bakar selama 20 minit

# setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. kemudian bolehlah disiram di atas roti tersebut.

Kemudian curahkan karamel di atasnya

RESEPI SOS KARAMEL :

1/2 cawan
1/2 cawan thick cream
1/2 cawan susu segar
1 sudu butter
1 sudu kecil teh esen vanilla
secubit garam

CARA-CARA:

Panaskan gula sehingga cair sambil dikacau. Masukkan thick@fresh cream vanillan dan butter serta garam. Kacau rata lebih kurang 5 minit. Masukkan susu segar dan kacau lagi. Sekiranya pekat, boleh tambahkan susu segar lagi sehingga kadar yang sesuai.

Melting sangat rasanya...