Salam bahagia buat semua pembaca yang dikasihi...
Baca saja pada tajuk entri saya kali ini, saya pasti saudara/saudari pembaca mungkinnya bakal menjalani poligami @ bermadu, sedang berpoligami atau sedang menimbang buruk baiknya kehidupan berkongsi suami. Semoga kalian dirahmati Allah. Hanya yang melaluinya, tahu rasa pahit manisnya. Apa jua takdirNya..., marilah kita melihat dari kacamata yang positif.
Di kesempatan hari ini , ingin saya panjangkan sebuah catatan yang saya kira cukup jujur dari seorang adik merangkap sahabat yang sangat saya kagumi kekuatan , kesabaran dan kematangan beliau. Hanya kerana sahabat manis saya ini, bangkit dalam seribu kepayahan, dan kemudiannya akur dan redha dengan takdirNya.... Dan kini ketenangan itu miliknya, SUBHANALLAH...!!!
Jom kita fahami poligami ini secara real, secara jujur, apa yang kita rasa, kenapa dan mengapa......? Tidak seorang pun memilih untuk berkongsi suami dengan sesiapa, jodoh itu aturan Allah SWT. Kita berkongsi ibubapa dengan adik beradik, berkongsi gula-gula dengan kawan kawan. Itu satu perkongsian yang MEMBAHAGIAKAN.... Kasih sayang kita luhur dengan tulus ikhlas kepada adik beradik dan kawan kawan.
Berbeza amat jika berkongsi suami. Ya...! ada yang istimewa diberi rezeki berkongsi dengan seseorang yang mereka kenali dan kasihi, tapi majoriti perkongsian itu dengan ORANG ASING yang suami bawa dalam hidup seorang isteri yang selama ini setia dan menyayangi sepenuh hati.....
Sebab suami berpoligami punya macam macam cerita, tapi percayalah setiap lelaki normal impikan punyai isteri isteri kerana itu fitrah mereka. Kerana itu jugalah Allah sediakan bidadari iuntuk mereka 70 orang di surga. Di samping tangunggjawab yang besar diambil sebagai amanah Allah SWT, suami sangat bahagia bila impian beristeri lebih dari satu menjadi nyata.
Bermulanya poligami juga dengan berbagai kisah, ada yang jujur meminta izin kasih isteri pertama untuk cinta kedua, ada yang sembunyi sembunyi hingga tak sanggup lagi menyimpan rahsia, ada yang mengikut sunnah dengan sedaya upaya adil dalam rumahtangga, ada yang cuma mengambil amanah Allah sekadar kepuasan batin semata.
Ironinya....., isteri pertama majoriti akan mengalami gangguan perasan seperti menghadapi satu KEMATIAN orang tersayang, rasa kehilangan, kesedihan dan lain lain rasa emosi yang sentiasa bersilih ganti dalam menerima kenyataan perkongsian suami telah bermula dalam hidup mereka. Bagi pasangan yang bahagia dan saling menyayangi antara satu sama lain, rasa kehilangan itu sungguh ketara, dan sangat menyiksakan. selalu berdua ke mana mana, kini ada masa sendiri meneruskan kehidupan dengan anak- anak tercinta. Sedih, pilu, sayu dengan rasa kehilangan perlahan-lahan cuba di atasi dengan mendekatkan diri pada Yang Esa, dan mungkin juga berbagai cara pilihan sendiri untuk membalut luka. Insya Allah masa akan mengubati segala rasa. Di saat ini bantuan serta sokongan moral suami dan madu sangat sangat membantu untuk isteri pertama bangkit semula.
Sementelah...; isteri kedua mulanya akan merasa sangat bersyukur dan bahagia kerana impian untuk bersuami Allah izinkan. Namun poligami @ perkongsian suami bukan suatu yang mudah untuk dilalui oleh sesiapa pun. Isteri kedua umpama menerima kelahiran BAYI dengan perkongsian suami dan madu. Bayi itu adalah suami dan madu yang bakal memberi seribu cabaran dalam membesarkan mereka, ada bayi yang senang dijaga, tak banyak kerenah, ada bayi yang sakit, ada bayi yang suka menangis meraung dan macam macam lagi. Itulah hakikat isteri kedua; bayi yang diterima tidak boleh dibuang walau apapun terjadi. Bayi mesti dijaga dengan penuh sabar dan kasih sayang, mesti mempertahankan segalanya supaya bayi membesar sihat sejahtera.
Ianya satu proses yang berterusan, analogi kematian untuk isteri pertama, analogi kelahiran untuk isteri kedua, Hidup mesti diteruskan. Sungguh dalam berkongsi suami, hanya keimanan, kesabaran dan ketabahan yang maksima jadi pemangkin kebahagiaan semua; suami dan juga isteri isteri tercinta.
photo by my Idham; Cameron dec 2014 |
WALLAHU A'LAMMM....
No comments:
Post a Comment