Monday, 28 April 2014

ALUMNI DINNER EX KOLEJ ISLAM KLANG


Tarikh     :  26 April 2014
Tempat   :  Hotel Everly Putrajaya
Masa      :  8 pm hingga 11.00 pm


Sebahagian besarnya adalah pertemuan semula kami setelah 30 tahun masa berlalu. Dulunya kami sama-sama menuntut di Kolej Islam Klang (sekarang dikenali sebagai Kolej Islam Alam Shah Klang). Kami menjadi pelajar KIK mulai tingkatan 4 tahun 1983. Sebahagian besarnya ramai juga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti selepas SPM, dan sebahagiannya juga ada yang terus hingga tingkatan 6. Saya menuntut di sana dari tingkatan 4 hingga tingkatan 6. Kebanyakkan dari kami, lost contact selepas keluar dari KIK. Syukur dengan adanya facebook, media alam maya yang mempertemukan kami semula. Mencatat sejarah, batch kami merupakan kehdiran ahli yang paling ramai 120 orang dari kehadiran keseluruhan 1,200 orang pada malam tersebut. Bersyukur kehadrat Illahi di atas kesempatan pertemuan ini, dan tentunya terimakasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Ghani yang menaja kehadiran semua ahli batch kami.

Saya mengambil keputusan untuk menginap di hotel, untuk lebih selesa dan tidak terburu-buru; walaupun jarak rumah bukanlah jauh sangat,  (Shah Alam - Putrajaya jer). Sebelum event rasmi bermula, sempatlah beberapa akhawat datang menyinggah di bilik saya. 


HAPPY faces.... pertemuan semula selepas 30 tahun berlalu

Secara keseluruhannya program malam itu ringkas saja. Sekadar ucapan, sedikit persembahan dan makan malam. Tetapi suasana menjadi sangat meriah, faham-faham sajalah bila masing-masing bertemu setelah sekian lama terpisah memang 'havock' jadinya :)

THE PICTURES SPEAKS A THOUSAND WORDS.... sharing some photos i took that night

Sebahagian dari my ex classmate 5 Sas 3, dari kiri Dr Azhar Zailani, , Siti Rauzani, Rosilah dan Junaidah

Bersama penaja dan urusetia event untuk batch kami Ustaz Dr Halim Naam dan Ustaz Ghani
Dari kiri Zailan (Oil & Gas Johor), Zurimah (Klinik di Putrajaya), saya dan Dr. Zanaton (pensyarah di UKM)

Berdiri di belakang dari kiri bertudung gelap Dr. Sofiah (UIAM), Kalmizah (Timbalan Pendakwaraya Pahang), saya, Adibah Wahab (Pusat Zakat Selangor), Nasimah, Siti Rauzani
Duduk di hadapan dari kanan Siti Maryani, Noraini (SMK Sek 9), Rosilah (org kuat AIA insurance)
Dari kiri Dr. Ilhamie, Shaziyah & Ayu Masni

Sempat juga berposing dengan Kak Kamariah Sulaiman (1 year senior) dan Kalmizah (Timbalan Pendakwaraya Pahang)
Dari kiri Wan Noradibah (Maahad Hamidiah Kajang, Dr. Nazlina (UKM), Dr. Zanaton (UKM) dan Dr. Rusni (UIAM)
Bersama Dr Nurulhuda (owned klinik di Sg. Besar, Fatimah Ahmad dan Junaidah
Bersama Noorfaizun dan Siti Aminah
Santai di bilik dari kiri Kak Zuriah (guru di Bangi), Siti Aminah (guru di Sabah), Dr Razmin (pakar patalogi HKL) dan Dr Hadariah (pensyarah UiTM)


Petang sebelum majlis makan malam, sempat juga gurlz2 bersantai minum petang dengan pavlova istimewa Dr Hadariah
Semoga pertemuan ini akan terus disusuli dengan pertemuan2 akan datang sebagai menjalin dan mengerat kembali sillaturahim di zaman persekolahan. Seronok melihat sahabat-sahabat yang telah berjaya di dalam karier dan kehidupan masing-masing. 

Daripada Ibn Umar bahwa Rasulullah S. A. W bersabda, " Seorang Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak menggelakkan diri daripada menolongnya sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kaiamat". (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Monday, 21 April 2014

JUS UNTUK KESEGARAN BADAN

Kesibukan urusan dan aktiviti harian, adakalanya menyebabkan kita terlupa untuk mengambil makanan yang seimbang dan punyai cukup rehat serta tidur yang lena. Ialahh.. kalau dikirakan 24 jam tak cukup rasanya untuk melaksanakan segala urusan rumahtangga, kerjaya, suami dan anak-anak. Itu belum lagi dimasukkan sekali dalam jadual kehidupan bersosial dengan sahabat handai dan sanak saudara.

Tidak dinafikan, dalam sibuk-sibuk begini tiba-tiba saja badan rasa lesu tidak bermaya. Akibatnya, pergerakan pun dan jadi slow dan yang paling tak menyeronokkan, cepat jer naik baran kalau dah selalu keletihan. He3... alahai, fokus dah lari, kerja pun jadi tak semangat.

Ini rahsia saya... saya namakan jus untuk 'activate' badan yang lemau. Rasa segar dan cergas bila dah minum jus ni. Mudah dan senang serta murah saja bahan-bahannya. Jom tengok cara nak buatnya. Sambil tu saya nak kongsikan juga khasiat di sebalik setiap bahan utama jus ini.

BAHAN-BAHAN UTAMANYA:


1. 4 biji epal hijau
2. Sebatang/ dua batang serai
3. 2 biji limau kasturi
4. Segengam daun pudina
5. Gula kabung (ikut citarasa manis masing-masing)
6. 3 gelas air kosong

Bersihkan kesemua bahan di atas. Potong epal, serai. Mesin sekali epal, serai dan daun pudina, gula dengan air. Kemudian perahkan limau kasturi dan tapis air berkenaan.

DONE!!! my energy booster juice.

Saya percaya ramai pembaca di luar sana rasa semacam; EIYYYY....!!! tak lalu nak minum juis serai dengan pudina mentah-mentah tu!!!

He3... dont worry :)

Jus ni sedap. Kan ada bahan utamanya epal kat situ. rasa masam-masam manis, berangin sikit sebab ada daun pudina dan rasa serai tu... ermmm/// boleh lah. Limau kasturi buat jus ini rasa berlemak.
#Nota: kurangkan serai kalau macam takut sangat nak minum air herba ni...

Saya dulu pun allergik dengan minuman herba ni. Ialah. minum mentah-mentah kan bahan tu. Nak gigit pun tak lalu rasanya. Tapi mengenangkan khasiatnya yang sangat banyak/baik untuk tubuh badan, rasa rugi kalau tidak menikmatinya. So tolak ketepi rasa EIYYYY....!!! dan mulalah saya me'reka' untuk menjadikannya gabungan jus yang lazat.

Jus ini juga kalau diamalkan; bagus untuk membuang angin di dalam badan, mengurangkan tahap kolestrol dan membuatkan mulut dan badan berbau harum. Jom kita lihat khasiat bahan utamanya:

EPAL HIJAU:

  • Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
  • Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
  • Baik untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, ianya dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

KHASIAT SERAI
  • Minuman serai sangat mujarab untuk merawat angin dalam perut. 
  • Mampu melegakan kembung perut dengan memudahkan pembuangan angin dalam badan. 
  • Serai juga memberi kesan positif kepada yang ingin mengurangkan berat badan. 
  • Selain itu jus serai mampu menurunkan lebihan kolestrol seseorang 
  • Dapat mengawal pembinaan selulit di badan
  • Serai sangat sesuai dijadikan minuman untuk orang yang mengalami Artritis 

KHASIAT DAUN PUDINA
  • Membantu saluran pencernaan. Jika terkena cirit birit atau sakit perut boleh ambil jus pudina untuk rawatan
  • Membantu bertindak menjadi penyejuk kepada kulit + membantu dalam masalah kegatalan kulit
  • Membantu mengurangkan sindrom usus + membersihkan perut + menghilangkan masalah kulit seperti jerawat 
  • Membantu dalam menghapuskan toksin dari badan
  • boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.
  • Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. 
  • Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. 
  • Boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.


KHASIAT LIMAU KASTURI
  • Mampu menambahkan keenakan rasa pada sesetengah masakan dan minuman.  
  • Boleh merawat batuk, demam panas, keletihan, selsema dan sakit kerongkong. 
  • Berkesan bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Jus limau kasturi mengandungi Floretin-G iaitu bahan antioksidan semulajadi yang amat baik untuk kesihatan badan. 
  • Ia juga mengandungi vitexsin, yang menjadi salah satu bahan untuk merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.
Pengalaman saya, yang pasti badan terasa segar selepas meminum jus ini. Cuma harus saya peringatkan, serai agak panas dan memberi kesan yang sangat lawas pembuangan najis. Jadi boleh lah dikurangkan kuantitinya kalau tak tahan/ menggunakan teknik serai diketuk dan direndam lama dalam jus agar meresap (tidak perlu dimesin sekali).

Selamat mencuba!!!