Friday, 27 December 2013
Thursday, 26 December 2013
THE STREET ART : PENANG PART 2
Salah satu tarikan Penang adalah lukisan unik yang dilakar di dinding-dinding bangunan lama di tengah-tengah bandar Penang. Sangkaan saya lukisan berkenaan terletak di satu kawasan tertentu yang sama. Rupa-rupanga ianya dilukis di beberapa dinding bangunan yang berasingan dan di sudut-sudut berbeza. Kerana ingin melihat keindahan dan keunikan lakaran seniman dinding itu, pagi itu awal lagi kami sudah menjejaki sekitar jalan dan lorong-lorong di kawasan yang tidak jauh dari Masjid Kapitan. Sambil menatap gambar-gambar; saya selang seli juga dengan pantun nasihat, keindahan bahasa kita orang Melayu.
JOM kita jalan-jalan...
Our photographer in ACTION!!
Ini antara jalan yang kami jejaki, nampak deretan kan kedai-kedai lama yang masih mengekalkan stuktur dan bentuk asalnya :).
Assalamulaikummm!!!!
Tolak saja pintu pagar kayu ini....
Nampaklah lukisan kanak-kanak kecil ini di sebelah kanan pintu pagar terbuka.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara namapak
Esok jangan rindu-rinduan....
IS IT???
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Aceh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
UNIK... kedai basikal untuk di sewa. Hiasan basikal lama jadi tarikan.
Kami terus berjalan menyusuri kedai-kedai dan jalan-jalan kecil...
LOVE this photo. Comel kanak-kanak ni....:)
Hendak belayar ke Teluk Bentong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
The actual painting enviroment is this...
Sekarang kami menjejaki lukisan kucing-kucing pula
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Yang usang juga ada keindahannya....
Orang mengail di Teluk Bahang
Apalah umpannya si kulit duku
Jangan bermain kekasih orang
Nyawa tersangkut di hujung kuku
Ili dengan gayanya...
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Perca kain batik dijadikan tarikan dan hiasan kedai juga..
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Kat tangga pun ada tikus bergitar..:)
Cantik sungguh, bila seni kerangka besi di olah menjadi trademark Penang
Asal kapas menjadi benag
Dari benang dibuat kain
Barang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Menyusuri rumah kedai yang usang tetapi meriah dengan ramai pelancong..
OOWWHHHH.... kami temui Jet Li juga di dinding ini...
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendaklah ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa
LEGO
Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Rhu
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru
Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
Wednesday, 25 December 2013
CUTI-CUTI FAMILIA; PENANG PART 1
Sempena cuti sekolah dan penutup tahun 2013; alhamdulillah kami sekeluarga (mak abah, ancu dan abang) serta anak-anak berkesempatan ke Pulau Pinang. walau pun pada awalnya abah agak keberatan nak mengikut dengan alasan kurang sihat katanya, tapi digagahkan juga.
Perjalanan mengambil masa 5 jam, dalam keadaaan jalan yang agak banyak kenderaan; maklumlah musim cuti persekolahan; syukur kami sampai dengan selamat. Kami menginap di penthouse bank negara yang terletak di tengah-tengah bandar. Penginapan yang selesa dengan kemudahan huge balkoni, living room dan dining hall serta kitchen yang luas.
Nice view dari balkoni penthouse.
Mak pula so happy bila abang serta keluarga turut serta dalam percutian kali ini (he..he.. pertama kalinya kut dia boleh join kami).
Family bounding :). Missing my hubyy & my younger sister Kathy n family yg xdpt join kami
The man's in family with mak & abah. Si hero kecil Ikhwan mempengaruhi 2 lagi hero besar abang naqib dan abang firdaus dengan gaya ultraman nya.
Ladies in family. Alahaiiii... mak ngah pun nak terikut2 gaya Ikhwan.
Si cilik-cilik cucu atok & opah dengan gaya mereka.
Santai-santai abah & emak :)
Sampai juga mak & abah ke Bukit Bendera, setelah lawatan pertama abah lebih 55 tahun yang lalu ...
1 trip tour di bukit bendera untuk 6 bagi satu green car rm 30.00
CAUGHT IN ACTIONS...:)
Me & beloved mum...
Selesai solat zuhur di masjid terapung Batu Feringgi
Opah Atuk bersama cucu-cucunya
Happy faces
Cousins bounding
Siblings
The eldest belong to abang & mine
Di puncak Bukit Bendera ; rumah kolonial & peti surat yang berusia lebih 100 tahun.
Asyiknya melihat seniman jalanan ini..
Credit to Along for this beautiful photos ...
Keseleruhannya abah & mak gembira bila di kelilingi anak dan cucu-cucunya. Hilang rasa penat dan tak sihat sebelum pergi. Nampaknya, anak-anak kena selalu bawa abah & mak jalan sebagai 'treatment health' mereka. Syukur ya Allah, kami masih punya mereka serta keizinan rezeki dan ruang masa untuk bersama mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)