Sunday, 23 December 2012

SEDEKAH AL FATIHAH DAN ZIKRULLAH




Assalamualaikum wbt.


Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa... AMIN

Mudahnya untuk membuat kebajikan dan sedekah. Tidak menuntut wang dan masa yang banyak, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah. Apa saja amalan dan kebajikan kita yang kita hadiahkan ihklas kepada orang lain, tetap mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah. Hatta, senyuman juga dikira sedekah. Subhannnalah, Maha suci Mu ya Allah!!. 

Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah, Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.

Mari kita renungkan bersama pengalaman sahabat saya ini. 

Beliau menulis:

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.

Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah, ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.
Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesir. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.

Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.
Allahu 'alam

No comments:

Post a Comment