Sunday, 23 December 2012

LANGKAWI: PART 1

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk bersama keluarga ke Langkawi (entah ke berapa kalinya he3...). Kebetulan mak dan abah mememang suka ke sana. Tahun ini sahaja sudah 2 kali ke sana. Jadi, setelah berbincang dengan adik, maka kami ambil keputusan untuk bawa mereka ke destinasi pilihan mereka.

Fight jam 6.25pm. Jam 4 dah berada di LCCT. Mujur dah buat web chechk in, taklah kelam kabut sangat. Tetiba adik tanya, bawa tak mykid anak bongsu ???  Alamak terlupa lah pulak... cousinnya yag sebaya dengannya pun teringgal my kids. Nak balik ke Shah Alam, aduhhh... memang tak sempatnyer.

Kalau tertinggal ic/mykids untuk penerbangan, begini cara penyelesaianya:
1. Pergi ke Balai Polis berhampiran (mujur balai polis dalam LCCT jer; sebelah Coffee Bean).
2. Buat laporan ic/mykid hilang (sebenarnya en. polis tu dah tahu tertinggal mykid; tapi kenalah buat
    karangan baik untuk cover-cover sikit kelalailan sendiri)
3. Dapatkan salinan report, dan bawa untuk check in di kaunter sebagai pengesahan....

Huhhhh... lega, tak sampai setengah jam, masalah selesai. 


Izzat n Firdaus while waiting for the report
Terimakasih en. polis yang efisien
(Yang seronoknya, pakat dengan en polis, sajer gurau-gurau dengan Izzat dan Firdaus, u all tak boleh fly sebab tertinggal mykids, jadi kena tinggal di balai polis dengan abang polis ni. Relax jer, tapi kat sini sejuk macamana nak tidur???   he3... macam tak kisah jer kena tinggal).


A little helper; good boy Rasdhan!!!
Tiba di Langkawi airport on time, alhamdulillah. Kereta sewa pun dah siap sedia menunggu. Perut dah bagi signal, masa untuk makan malam. 



Perut dah bagi signal, masa untuk makan malam. Laparrrr.... Adik cadangkan makan kari kepala ikan di gerai berhampiran dengan airport (just around the corner airport round about). He3... tengahari tadi pun baru jer masak kari kepala ikan jenahak, malam kari lagi... Layann jer lah lapar punya pasal.

GP Halim nama diberi, gulai ikannyer... perghhh terbaik. Memang sedap.. sehingga menjilat jari (lapar sangat atau memang sedap ???). Istimewanya, gerai ini cuma ada dua jenis masakan, kari dan goreng saja. Ada macam-macam ikan, sotong dan ketam. Pilih aje, dan minta mereka masakan kari atau goreng.

Jam 10 malam baru check in di Sri Kijang... time to have a sweet dreammmm//

2 comments:

  1. Salam blh tak dapatkn sayacarA utk tempah d sri kijang no.fon 0162423193

    ReplyDelete
  2. Salam.. tempahan Sri Kijang hanya boleh dibuat melalui staff bank negara, sbb resort itu khusus untuk staff mereka

    ReplyDelete