Wednesday, 5 August 2015

KARI KEPALA IKAN DENGAN MANGGA MUDA YANG AMAT SEDAPPPP....


Resepi berasaskan kepala ikan memang kegemaran saya. terimakasih en suami yang selalu membelikan ikan yang besar-besar; he3... dan tentunya kerana dia tahu isterinya yang satu ini penggemar kepala ikan.

Catatan saya kali ini adalah kari kepala ikan dengan mangga muda yang sangatlah sedapnya...:). Memang menjadi favorite kami suami isteri.

BAHAN-BAHAN:

A. 1 ekor kepala ikan jenahak/merah (dicuci bersihkan dengan limau nipis untuk hilangkan bau hanyir)

B. Bahan tumis dihiris halus :
     3 biji bawang merah
     2 biji bawang putih

C. Bahan tumis dimesin :
     5 biji bawang merah (kecil)
     2 biji bawang putih
     1 inci halia
     3 sudu besar rempah kari (saya guna BABA's)

D. Sedikit air asam jawa
     1 biji santan kelapa

E. Sayuran/buah:
     10 Kacang bendi sederhana besar (direbus lebih dahulu)
     1 biji tomato
     1 biji mangga muda (yang agak masam)    
 

CARA-CARA:
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan bahan tumis B sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan tumis C dikacau rata sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan santan.
  • Masukkan kepala ikan. Anggaran 10 minit, masukkan pula tomato dan mangga muda.
  • Apabila kepala ikan telah hampir masak, masukkan kacang bendi.
  • Gunakan api perlahan sambil  mencedok perlahan-lahan kuah agar santan masak rata dan tidak pecah minyak. Kepala ikan tidak boleh terlalu digaul untuk mengelakkan dagingnya hancur.  
  • Apabila menggelegak, perlahankan api.
  • Anggaran masa memasak 45 minit.
Yang pasti, tak payah ke restoren mamak untuk pekena kepala ikan lagi.

1 comment:

  1. Took me time to read all the comments, but I really enjoyed the article. It proved to be Very helpful to me and I am sure to all the commenters here! It’s always nice when you can not only be informed, but also entertained. cotton twill

    ReplyDelete