BARAKALLAH..... syukur ya Allah dia atas segala nikmat dan rahmat Mu sehingga hari ini masih mampu diri ini menyedut udara bernafas dan merasakan indahnya iman pada MU.
Sekadar berkongsi pada hari ibu yang jatuhnya pada hari ini 10 Mei 2015. Pastinya semua ibu ternanti-nanti serungkai kata ucapan SELAMAT HARI IBU dari anak-anak. Sebagaimana ibu-ibu lain diraikan, teringin juga dihati untuk merasa penghargaan sedemikian pada hati setiap ibu.
Apapun, bagi saya....setiap hari adalah hari ibu, hari bapa. Ibu yang melahirkan, merekalah yang membesarkan , mendidik, memberi kasih sayang, penuh ihsan dan kasih sayang membesarkan kita. Justeru adalah menjadi kewajipan, untuk setiap anak mengingati, menghargai, menyayangi kedua ibubapa. Mana mungkin sehari pun melupakan mereka. Sekalipun bukan hadiah beribu ringgit nilainya, tapi cukup buat ibubapa yang ikhlas doa tulus sang anak buat mereka yang tidak pernah putus. Sekurang-kurangnya dalam kesibukan mana sekalipun, sedekahkanlah al Fatihah setiap hari buat ibubapa yang kita kasihi.
RABBI FIRLI WALI WALIDAIYA WARHAMHUMA KAMA RABBAYANI SHOGHIRO....
Hari ni sebenarnya nak sharing resepi kerabu bunga betik. Sangat 'old timer' resepi ni sebenarnya. Budak-budak muda sekarang ramai yang tak reti/tak suka nak makan bunga betik. Selain rasanya yang pahit, makanan ni memang lah kurang glamour berbanding pizza dan burger. Kalaulah mereka tahu khasiatnya, mesti takkan lepaskan peluang menikmatinya. Apapun pahit tu boleh di atasi bagi yang tak suka rasa pahit.
Saya senaraikan dulu BAHAN-BAHANNYA:
1. Seikat bunga betik (anggaran 500 grams) direbus sehingga lembut
2. Sebiji buah tomato dipotong-potong kecil
3. 1 kilo kerang direbus dan dikopek kulitnya dan dituskan)
4. 1 cawan kerisik
5. 1 inci belacan bakar
6. 1 labu bawang besar bakar
7. 3 biji cili padi
8. Sedikit garam
9. Sedikit gula
# Nota:
a. Bahan 6 hingga 10 ditumbuk sehingga halus
b. Petua supaya bunga/daun betik tidak pahit; direbus dengan daun jambu batu @ daun ubi kayu @ asam keping
CARANYA:
Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga kesemua rata dan mesra. Untuk rasa manis dan masin boleh ditambah/kurangkan kadar gula dan garam dalam adunan tersebut.
KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM RESEPI INI:
1. Bunga betik:
- mengawal dan menurunkan hypertension/darah tinggi
- memudahkan sistem penghadaman
- mengawal jarak anak (perancang keluarga secara alami)
- merawat sakit dada
- meransang pengeluaran darah haid
- membantu mengandakan pengeluaran sel darah baru (baik untuk pesakit denggi)
2. Tomato:
- Pengawalan Berat Badan sebab tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol . Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut.
- Membantu Masalah Susah Tidur atas kandungan sumber nutrisi lycopene
- Mengurang Kerosakan Kulit kerana sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit.
- Membantu Penglihatan Mata kerana kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degenerationyang menyebabkan kesukaran untuk melihat
- Merawat Batu Karang , pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang.
3. Kerang :
- membantu mengurangi resiko terkena serangan jantung dan serangan stroke.
- membantu menyembuhkan penyakit hepatitis
- mendapatkan efek pemulihan yang dua kali lebih cepat jika anda terserang hepatitis
- Kerang juga dikaitkan dengan vitalitas kaum lelaki.
- menggalakkan sensitiviti libido wanita
Subhanallah... banyak sangat khasiatnya kann.. CUBA JANGAN TAK CUBA!!!! Memang terBAIK!!!
No comments:
Post a Comment