Hari ini saya nak kongsikan jus nenas yang jadi kegemaran saya & family. Selalu saya sediakan sebagai minuman waktu makan malam. Keesokan harinya, ermmm.. perut rasa lega kerana ternyata nenas work for stomach cleanser.
Di bawah ini bahan-bahannya:
1. Nenas yang telah dikupas dan buang 'matanya'
2. Buah jambu (boleh guna jambu batu berbiji @ tidak berbiji)
3. 1 batang sayur saderi
4. Sedikit gula (ikut citarasa)
Mesinkan kesemua bahan di atas sekali, dan ditapis.
INILAH DIA HASILNYA dan siap untuk diminum... ERMMmm.. sangat menyegarkan dan sedapppp!!!
KHASIAT NENAS:
- Kaya dengan vitamin C, B1 dan B2, B3, B5 dan B6, magnesium, beta-carotene, folic asid dan diet fiber
- Kaya dengan bromelain iaitu sejenis enzime yang yang membantu untuk menyeimbangkan kandungan asid dan alkali di dalam badan ; sekaligus membantu memudahkan penghadaman
- Mengurangkan keradangan perut dan menghilangkan rasa mual
- Baik untuk sakit tekak, pesakit gout, penyembuhan pembedahan, luka, rhematoid arthitis, dan ostearthitis.
NOTA: Bagus diminum selepas makan berat (heavy meal)
KHASIAT GUAVA:
- Kaya dengan kandungan vitamin C dan vitamin A (sebenarnya sebiji guava mengandungi 4x vitamin C dari sebiji oren dan 10x vitamin A dari lemon)
- Kaya dengan sumber fiber, vitamin B2 dan E, kalsium, folate, zat besi, phosphorus dan potassium
- Sebagai sumber antioksidan bagi menggelakkan cancer
- Mengurangkan 'bad cholestrol' (LDL) dan meningkatkan kadar 'good cholestrol' (HDL)
- Memudahkan proses penghadaman
- Menyihatkan fungsi hati
- Meningkatkan kualiti penglihatan, mencantikkan kulit, menguatkan gigi dan tulang
KHASIAT SADERI:
- Menghapuskan parasit perut
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Mengatasi masalah buah pinggang, batu karang dan anti kanser
- Membantu menurunkan berat badan
- Memberi tenaga dan menurunkan hormon tekanan (stress)
- Baik untuk penjagaan kulit, kuku dan rambut
NOTA : Cuma ianya memberi kesan dingin pada badan. Khusus untuk wanita, jangan ambil terlalu banyak
CUBALAHH... dan rasakan keenakkannya..