Sunday, 26 April 2015

JUS UNTUK KECANTIKAN DAN AWET MUDA LAGIII!!!!!

Assalamualaikummmm... Barakallahhh...

Semua orang mendambakan untuk cantik dan yang paling utama adalah sihat. Untuk mendapatkan hasil itu, ianya satu proses yang berterusan kann.. ; steady dan istiqomah dalam usaha. Saya lebih mengemari usaha secara alami dari sumber alam anugerah Illahi.

Kali ni saya nak kongsi jus untuk cantik dan awet muda ni. Sedap dan sangat menyegarkan. Sehari kalau tak dapat jus buahan , rasa macam ada yang kurang saja. Setiap hari adalah hari-hari yang saya sentiasa ber 'eksperimen' untuk menghasilkan jus gabungan buah-buahan dan sayuran. Maka apabila tercipta hasil yang YUMMYyy... saya akan buat catatan dan kongsikan di sini. 


Bahan utama kali ini adalah Tembikai kuning dan Blueberry. Blueberry memberi rasa manis manis dan sedikit masam manakala tembikai kuning pula sangat manis. Dan saya sememangnya sangat suka akan khasiat yang terkandung di dalamnya.

Khasiatnya..??? memang tidak boleh disangkal lagi. Terbukti hasil penemuan saintifik. Begitulah hebatnya anugerah Allah buat seluruh mahklukNya di mukabumi ini.

Antara Manfaat Kesihatan Blueberry

Berikut adalah beberapa diantaranya:
1. Anti-penuaan
Antioksidan yang terkandung dalam blueberry membantu mengurangi kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Radikal bebas dianggap bertanggung jawab atas penuaan tubuh. Makanan yang kaya antioksidan dengan demikian menciptakan efek anti penuaan.
Tingginya kandungan vitamin C dalam blueberry juga membantu dalam memperlambat proses penuaan.
2. Perawatan mata
Masalah mata seperti degenerasi makula, hypermetropia, miopia, dan katarak dapat dikurangi dengan bantuan blueberry.
Kehadiran berbagai vitamin (C, E, A), flavonoid, dan karotenoid berfungsi memelihara kesehatan mata dan menjadi salah satu khasiat blueberry.
3. Mencegah infeksi saluran kemih

Blueberry juga dikenal mampu mencegah infeksi saluran kemih.
Infeksi pada saluran kemih terjadi karena pertumbuhan E. coli dan bakteri lainnya di dekat dinding bagian dalam saluran kemih.
Infeksi ini akan membuat penderitanya mengalami peradangan atau sensasi terbakar saat berkemih.
Molekul besar seperti polimer dalam blueberry juga mampu menghambat pertumbuhan bakteri merugikan pada saluran kemih.
4. Mencegah gangguan otak
Buah blueberry mengandung berbagai vitamin (A, C, E dan B), antosianin, natrium, kalium, seng, fosfor, magnesium, mangan, dll.
Elemen di atas membantu melindungi otak dari gangguan neurotik dengan mencegah degenerasi sel-sel otak dan neuron.
Pesakit penyakit Alzheimer akan merasakan manfaat besar dari blueberry dengan membantu mempertahankan kesehatan sistem saraf pusat.
5. Perawatan kanser
Senyawa-senyawa kimia seperti asam ellagic, pterostilbene, dan antosianin dinilai berguna untuk mencegah dan menyembuhkan kanker.
Senyawa pterostilbene secara khusus digunakan untuk mengobati kanser hati dan kanser usus.
Gabungkan kesemua buahan, campurkan sedikit air dan gula secukup rasa  kalau sukakan manis

6. Meningkatkan fungsi pencernaan
Kehadiran tembaga, natrium, berbagai asam, fruktosa, dan vitamin dalam buah blueberry membantu meningkatkan fungsi pencernaan. Serat yang hadir dalam blueberry membantu dalam mengurangi masalah sembelit.
7. Meningkatkan kekebalan tubuh
Berbagai vitamin (A, B, C dan E) dan antosianin turut membantu meningkatkan kekebalan tubuh. 
Ini pula antara manfaat tembikai:
1. Ibnu Abbas berkata : "Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman perangsang kepda pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda, " Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisanya dari syurga."
Rasullullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini".
Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan memebrsihkan usus dan menghindarkan penyakit.
2. Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folid, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai juga amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
3. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
4. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksid.
5. Membangkitkan Libido lelaki kerana mengandungi Likopen yang memberi khasiat khusus untuk lelaki. Buah ini dapat meningkat kesuburan dan membantu membangkitkan ghairah seksual. Kajian menunjukkan bahawa sebatian sitrulin dalam tembikai, memiliki kesan afrosidiak yang sama hebatnya dengan viagra tapi sama sekali tanpa kesan sampingan. (ha3... berita baik untuk kaum lelaki ni).

6. Menurunkan kadar kolesterol, Mencegah tekanan darah tinggi dan stroke .tembikai sangat baik bagi pesakit darah tinggi. Kandungan air, magnesium  dan kaliumnya yang tinggi dapat  dan menurunkan  tekanan darah ,selain  itu adanya karotenoid di dalamnya juga dapat mencegah pengerasan pada dinding arteri maupun pembuluh vena, sehingga dapat membantu mengurangi tekanan darah.

7. Khasiat lain buah tembikai adalah sebagai anti oksidan, Antioksidannya termasuk betakaroten dan vitamin C membantu sel-sel tubuh tetap sehat. Beta karoten, yang dikenali dengan  anti oksidan yang sangat baik juga membuat Anda tetap berjiwa muda dan mencegah penuaan dini. Likopen berguna untuk membuat wajah tampak bercahaya, tampak segar dan lebih muda.Kepada warga tua, tembikai itu bukanlah hanya membantu memulihkan masalah kesihatan lebih cepat, tetapi juga membantu meningkatkan ketajaman dan ingatan

8. Membantu Fungsi Buah PinggangBuah tembikai juga berfungsi untuk merangsang keluarnya air kencing , sangat baik untuk mereka yang mengalami gangguan buang air kencing kerana mengandungi  banyak  kalium , yang sangat membantu dalam pembersihan racun-racun di buah pinggang. selain itu, buah ini juga sangat baikmengurangkan kepekatan asid urik di dalam darah, mengurangkan kemungkinan kerosakan kepada buah pinggang dan pembentukan batu buah pinggang.

9.  Membantu dalam proses penyembuhan luka, dengan cara mengambil bahagian isi putih pada buah tembikai (biasanya bahagian ini selalu kita buang). Rupanya bahagian ini sangat kaya dengan zat Ctruline dan asid Amino membantu dalam proses untuk sembuhkan luka.

10. Biji tembikai juga banyak khasiat antaranya; penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potsium, mangam, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.

11. Antara manfaat biji tembikai kepada kesihatan tubuh adalah ia mengandungi likopen yang bukan saja menambah seri wajah tetapi juga mempu menambah kesuburan lelaki.

12.  Ia juga sumber terbaik bagi kumpulan vitamin B yang penting dalam mengekalkan kesihatan darah, sistem saraf dan berkesan dalam memelihara sistem pertahanan badan. Sangat bagus untuk menyembuhkan luka dan menajamkan fikiran. Caranya rebus bijinya dalam periuk tertutup selama 45 minit, dan minum airnya.

Thumb up sunSangat banyak khasiat yang ada pada kedua buah-buahan berkenaan. Alangkah ruginya bila kita tidak memanfaatnya sebaik mungkin. Justeru cara terbaik dan mudah serta lazat untuk menikmatinya, ialah dengan perahan jusnya .


Wednesday, 22 April 2015

RESEPI KEK MARBLE YANG SANGAT LEMBUT DAN GEBUS

Salam kebahagiaan buat semua .....

Hari ini saya nak kongsikan resepi kek marble yang sangat lembut, gebusss dan moist. Simple dan mudah.

Teringat dulu-dulu waktu kecil, suka sangat makan kek ini. Tapi setahun sekali jer dapat merasa masa Hari Raya. Ya lahhh... dulukan kek, biskut , nasi impit dan rendang hanya dapat dijamah masa hari raya jerr... memang terasalah kelainan, kemeriahan Hariraya berbeza denagn hari-hari lain. Tapi sekarang tak lagi, hari-hari pun dah senang nak makan kek, biskut dan rendang. Pokoknya kalau rajin, masaklah jer kat dapur tu. Kalau malas sikit, keluarkanlah wang saku, beli jer kat mana-mana supermarket atau online order . 

Sebagai ibu, saya memilih untuk masak sendiri bila teringin nak makan. Masa??/ ermmmm... memang lah kalau dicatu, macam tak sempat saja, tapi memikirkan yang terbaik untuk keluarga, usahakan juga masak sendiri. Yang pasti terjamin kebersihannya dan paling penting sebagai tanda kasih buat family

Sebagai rujukan sendiri saya catatkan resepinya di sini:


BAHAN A:

227 grms buttercup
5 biji telur kuning
1 sb ovellete
3 sb susu pekat
1 sk esen vanilla

BAHAN B;

150 grms gula castor (boleh tambah kalau 
yang suka manis)
5 biji telur putih

BAHAN C:

170 grms tepung gandum
1 sk baking powder
# Bahan disatukan dan diayak sekali


CARA-CARA:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Campurkan semua bahan A di dalam satu bekas dan diputar sehingga sebati. Ketepikan.
  3. Satukan kesemua bahan B, dan putar sehingga gebu dan ringan.
  4. Kemudian masukkan bahan A yang telah gebu tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan B dan diputar perlahan-lahan sehingga semuanya telah sebati.
  5. Dengan menggunakan spatula, masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan di gaul rata dan sebati sehingga semua bahan habis dimasukkan.
  6. Masukkan ke dalam oven ; dibakar selama 40 minit @ sehingga masak.

Inilah hasilnye :)


Kek sangat sedap dimakan semasa masih panas-panas lagi; fresh from oven. Apa-apa pun kena sejukkan dulu ya sebelum disimpan.

Sangat in love dengan tekstur yang sangat GEBUSSSS & MOIST....
worth trying!!!! 
Alhamdulillah


Monday, 2 February 2015

POLIGAMI @ HIDUP BERMADU DAN SEBUAH PERUMPAMAANNYA......

Salam bahagia buat semua pembaca yang dikasihi...

Baca saja pada tajuk entri saya kali ini, saya pasti saudara/saudari pembaca mungkinnya bakal menjalani poligami @ bermadu, sedang berpoligami atau sedang menimbang buruk baiknya kehidupan berkongsi suami. Semoga kalian dirahmati Allah. Hanya yang melaluinya, tahu rasa pahit manisnya. Apa jua takdirNya..., marilah kita melihat dari kacamata yang positif.

Di kesempatan hari ini , ingin saya panjangkan sebuah catatan yang saya kira cukup jujur dari seorang adik merangkap sahabat yang sangat saya kagumi kekuatan , kesabaran dan kematangan beliau. Hanya kerana sahabat manis saya ini, bangkit dalam seribu kepayahan, dan kemudiannya akur dan redha  dengan takdirNya.... Dan kini ketenangan itu miliknya, SUBHANALLAH...!!!

Jom kita fahami poligami ini secara real, secara jujur, apa yang kita rasa, kenapa dan mengapa......? Tidak seorang pun memilih untuk berkongsi suami dengan sesiapa, jodoh itu aturan Allah SWT. Kita berkongsi ibubapa dengan adik beradik, berkongsi gula-gula dengan kawan kawan. Itu satu perkongsian yang MEMBAHAGIAKAN.... Kasih sayang kita luhur dengan tulus ikhlas kepada adik beradik dan kawan kawan.

Berbeza amat jika berkongsi suami. Ya...! ada yang istimewa diberi rezeki berkongsi dengan seseorang yang mereka kenali dan kasihi, tapi majoriti perkongsian itu dengan ORANG ASING yang suami bawa dalam hidup seorang isteri yang selama ini setia dan menyayangi sepenuh hati.....

Sebab suami berpoligami punya macam macam cerita, tapi percayalah setiap lelaki normal impikan punyai isteri isteri kerana itu fitrah mereka. Kerana itu jugalah Allah sediakan bidadari iuntuk mereka 70 orang di surga. Di samping tangunggjawab yang besar diambil sebagai amanah Allah SWT, suami sangat bahagia bila impian beristeri lebih dari satu menjadi nyata. 

Bermulanya poligami juga dengan berbagai kisah, ada yang jujur meminta izin kasih isteri pertama untuk cinta kedua, ada yang sembunyi sembunyi hingga tak sanggup lagi menyimpan rahsia, ada yang mengikut sunnah dengan sedaya upaya adil dalam rumahtangga, ada yang cuma mengambil amanah Allah sekadar kepuasan batin semata.

Ironinya....., isteri pertama majoriti akan mengalami gangguan perasan seperti menghadapi satu KEMATIAN orang tersayang, rasa kehilangan, kesedihan dan lain lain rasa emosi yang sentiasa bersilih ganti dalam menerima kenyataan perkongsian suami telah bermula dalam hidup mereka. Bagi pasangan yang bahagia dan saling menyayangi antara satu sama lain, rasa kehilangan itu sungguh ketara, dan sangat menyiksakan. selalu berdua  ke mana mana, kini ada masa sendiri meneruskan kehidupan dengan anak- anak tercinta. Sedih, pilu, sayu dengan rasa kehilangan perlahan-lahan cuba di atasi dengan mendekatkan diri pada Yang Esa, dan mungkin juga berbagai cara pilihan sendiri untuk membalut luka. Insya Allah masa akan mengubati segala rasa. Di saat ini bantuan serta sokongan moral suami dan madu sangat sangat membantu untuk isteri pertama bangkit semula.

Sementelah...; isteri kedua mulanya akan merasa sangat bersyukur dan bahagia kerana impian untuk bersuami Allah izinkan. Namun poligami @ perkongsian suami bukan suatu yang mudah untuk dilalui oleh sesiapa pun. Isteri kedua umpama menerima kelahiran BAYI dengan perkongsian suami dan madu. Bayi itu adalah suami dan madu yang bakal memberi seribu cabaran dalam membesarkan mereka, ada bayi yang senang dijaga, tak banyak kerenah, ada bayi yang sakit, ada bayi yang suka menangis meraung dan macam macam lagi. Itulah hakikat isteri kedua; bayi yang diterima tidak boleh dibuang walau apapun terjadi. Bayi mesti dijaga dengan penuh sabar dan kasih sayang, mesti mempertahankan segalanya supaya bayi membesar sihat sejahtera.

Ianya satu proses yang berterusan, analogi kematian untuk isteri pertama, analogi kelahiran untuk isteri kedua, Hidup mesti diteruskan. Sungguh dalam berkongsi suami, hanya keimanan, kesabaran dan ketabahan yang maksima jadi pemangkin kebahagiaan semua; suami dan juga isteri isteri tercinta.
photo by my Idham; Cameron dec 2014

WALLAHU A'LAMMM....



Tuesday, 27 January 2015

THE BEST APPETIZER ; EPAL HIJAU ASAM BOI

Nak sharing satu lagi cara yang sedap untuk menikmati epal hijau yang adakalanya 'super duper' masamnya. Memang resepi ini sangat popular sejak dua menjak kebelakangan ini. Boleh buat biz lagi. Mudah, senang dan cepat juga cara penyediaannya. 


BAHAN-BAHANNYA:

6 biji epal hijau
5 biji asam boi (pilih asam boi yang bersaiz besar)
3 biji cili padi (boleh kurangkan @ tambah untuk tahap pedas yang diingini)

CARA-CARA:

1. Epal hijau dibuang bijinya dan dipotong nipis-nipis
2. Cili padi dan asam boi dihiris halus
3. Gaulkan kesemua bahan di atas sehingga mendapat rasa sebati, kerana epal menyerap dengan cepat rasa cili padi dan asam boi. 

ERMMMMM..... masam masam manis dan pedas pedas rasanya. Bila dah mengadap, memang non stop pula mengunyah. Tapi jangan bimbang, tidah mengundang kepada masalah kegemukan yang sangat ditakuti semua orang. Best sangat sebab membantu untuk mereka yang menghadapi masalah penghadaman juga.


Yang pasti, khasiatnya memang banyak kerana epal hijau boleh membantu mencegah:

  • Pembinaan kolestrol dalam salur darah
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu kesihatan membran paru-paru
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
  • Membantu kesihatan sistem kardi ovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah
  • Membantu mengekalkan berat badan.Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Bila kudapan masih berbaki, simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam petisejuk; amat sedap dan menyelerakan bila dimakan sejuk-sejuk :)
I feel like flyinggg.......

Friday, 28 November 2014

SAMBAL UDANG KERING YANG MARBELOUS!!!

Assalamulaikum ... salam Jumaat yang barakah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dari segala yang kita telah lalui, amalan kita..., ketenangan dan kebahgiaan kita.... kesihatan dan rezeki harian kita. Aminnnn.....

Hari ini saya ingin berkongsikan satu resepi mudah pembuka selera. Saya namakannya sambal hijau. Kerana bahan asasnya adalah cili api. Resepi ini sebenarnya adalah resepi keluarga seorang sahabat, seseorang yang sangat saya kasihi, dan sememangnya sambal kegemaran beliau. Hingga kini pun, sekalipun tidak waktu sudah tidak mengizinkan untuk bersua, saya masih memasaknya kerana ia juga jadi kegemaran suami dan anak-anak saya. Memang terangkat!!! bila pekena sambal ni, berpeluh-peluh,  mak mertua lalu di belakang pun tak perasan. :(


BAHAN-BAHAN:

100 grms udang kering
15 biji cili api/padi hijau
7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Asam keping anggaran 1 inci
Sebatang serai
Sedikit garam

CARA MEMASAKNYA:

Basuh udang kering. Setelah bersih, rendamkan udang kering dengan air panas dalam 5 minit supaya udang tersebut lembut. Sementara itu, tumbuk cili api, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. (dalam kes saya, bawang merah dan bawang putih memang sentiasa ada stok yang dikisar dalam peti sejuk untuk menjimatkan masa memasak) Serai di ketuk kasar.

Panaskan minyak anggaran 5 sudu besar. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk beserta serai sehingga pecah minyak dengan api yang sederhana. Masukkan udang kering beserta air rendaman tadi,serta asam keping. Letakkan garam secukup rasa. Tumis sehingga masak dan pecah minyak.


Dah siap pun sambal hijau udang kering. Sedap dimakan sekadar dengan ikan goreng dan  nasi putih panas-panas. SELAMAT MENCUBA!!!!


Monday, 24 November 2014

PETUA MISS V KEMBALI GADIS

Ketakutan bagi seorang wanita adalah masalah miss v yang semakin kurang menyengat. Bimbang kalau-kalau en suami berpaling arah. Apatah lagi apabila telah melahirkan anak, usia semakin meningkat, miss v dah tak sama seperti mula-mula berkahwin. Petua di bawah merupakan amalan yang saya perolehi dari nenek saudara saya (al fatihah untuk beliau) yang merupakan bidan kampung. Kebetulan depan rumah arwah nenek dulu, ada sebatang pokok inai yang rendang. Masa remaja, saya memang suka ke rumahnya sebab suka menumbuk daun inai untuk dipakai di jari. 


Rupa-rupanya daun inai bukan saja untuk memerahkan kuku dan rambut, ianya juga boleh dijadikan bahan utama; untuk mengetatkan miss v secara alami.


BAHAN-BAHAN: 

1. Daun inai 

2. Daun pegaga 

3. Daun limau purut 

4. Pinang muda 


CARA-CARANYA:


Tumbuk kesemua bahan di atas untuk mendapatkan airnya yang pekat (boleh ditambah sedikit air jika perlu). Tapis. Gunakan air campuran bahan di atas untuk miss v. Caranya, celup  cotton bud/jari anda di dalam cecair berkenaan, dan oleskan di dalam lubang miss v. 


# NOTA ; perlu diingatkan bahan tersebut hendaklah disimpan di dalam peti ais kerana tiada sebarang pengawet dan boleh tahan untuk penggunaan seminggu.


Lakukan setiap hari selepas mandi petang sehingga anda puas dengan hasilnya. InsyaAllah, kalau selalu mengamalkannya , miss v akan kembali ketat seperti dara:) 


SELAMAT MENCUBA. Bila dah cuba , baru tahu kesan Urmmmhpppnya....